Sunyi dalam riuh,
Gempita tanpa bunyi,
Tiada dalam ada,
Sentiasa tanpa asa.Putus walau kukuh,
Mata mengerling lain,
Hati terletak di usai,
Sudah belum noktah.Seramik digubah sesuai,
Piawai bentuk bunga,
Kusut tak diwarnai,
Lama kian rapuh.Dua nyawa bersama,
Satu bersemi sua,
Dua berjanji sama,
Biru kekal di jiwa.Pulang tidak berserah,
Terpaksa menyangkal arah,
Selebungi kepalsuan rasa,
Mahu elakkan resah.
YOU ARE READING
Kalam Perasaan
PoetryPenulisan ini, terjemahan fikiran. Penulisan yang sama sekali tidak layak didengar oleh cuping telinga. Tetapi masih ingin disampaikan kepada pintu hati. Kepada para hati yang tersasar ke halaman ini, Aku buka jendela perasaan aku untuk kau selami...