Chapter 4

9.6K 552 26
                                    

ANDREW MATTHEW's POV:

      Aku pejam mata erat. Keluhan kecil dilepaskan. Badan aku rebahkan di atas katil sambil memikirkan kejadian petang tadi. 

     Aku tak sengaja tengking dia tadi.

     Aku nampak muka Amelia jelas sebek menahan tangis tapi otak aku tetap berkeras untuk tengking dia.   

     Ini semua angkara aku tidak dapat minum darah hari ini sehinggakan semua benda yang aku rasa, lihat dan lalui seperti tidak sempurna. Mahu saja aku mengamuk tadi. 

     Lebih - lebih lagi dengan bau wangian darah Amelia yang menggoda aku untuk menghisapnya memang merosakkan mood aku. 

    Telefon di sisi, aku gapai lantas contact Adriel dibuka. 

     Me:
     Bro

     Adriel:
     Duh, what's up? 

     Me:
     Amelia macam mana? Dia okey tak

     Adriel:
     She's fine. What's wrong with that
     sudden question? Korang gaduh ke apa

     Me:
     We had a little argument. But since dia 
      okey, that's good then. 

     Adriel:
     Aku dah agak dah. Patutlah balik rumah
     aje, muka cemberut habis. I think you 
     should apologize, dude. 

 
    Perasaan bersalah menjentik tangkal hati aku. Teruk sangatkah aku marah dia tadi? Tapi, ini salah Amelia juga. 

     Menanyakan soalan yang dia sendiri tidak tahu asal - usulnya. 

     Haish, serabut! 


     Me:
     Okey. Tapi, dia senang dipujuk tak? 

     Adriel:
     Just try and you'll know it ;) 

      

x x x

     So, here I am right now. 

     Berdiri di dalam khalayak ramai dalam suasana yang bingit dengan lagu bergema kuat semata - mata untuk meminta maaf kepada seseorang yang baru saja 2 bulan dia kenal. 

    Seriously, this is not my thing! 

     Mata aku meliar mencari seseorang yang aku ingin jumpa. Aku masuk ke kawasan ruang tamu dan memboloskan diri dari manusia - manusia yang sedang menari dan bergelak ketawa. 

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now