PUNCA kematian ibu dan ayah korang berdua adalah kerana kejahatan vampire. Mereka berdua dibunuh dengan kejam tanpa kami tahu apakah motif mereka. Disebabkan hal itu keluarga kita tidak akan pernah berkawan atau mempercayai keturunan vampire. Apatah lagi bercinta. Tidak akan pernah terjadi sama sekali" Amelia menelan liur kesat. Jantungnya berdetak dengan hebat.
"B-betul ke?" Aunt Rosie mengangguk mengiyakan. "Tapi, mesti akan ada sebab kenapa vampire bunuh ibu dan ayah kami. Mana mungkin mereka sengaja membunuh ibu dan ayah tanpa bersebab"
"I don't know. Keluarga kita tidak pernah mempunyai sebarang masalah dengan vampire, Amy. They're too cruel"
"Bukan semua macam tu"
"Itu tidak penting. Apa yang penting keturunan kita tidak akan pernah sesekali berkawan dengan keturunan vampire atau mempunyai sebarang kaitan dengan mereka. Ingat tu"
Dimainkan jarinya sesama sendiri. Perasaan takut, serba salah semuanya hadir di dalam dirinya ketika mengenang kembali peristiwa semasa dia berbincang dengan Aunt Rosie semalam. "Macam mana dengan kau Adriel? Macam mana dengan Andrew?"
Adriel diam terkutik. Bermakna Aunt Rosie masih lagi mengingati peristiwa tersebut dan telah merancang untuk terus membenci keturunan vampire? Bagaimana dengan dirinya? Adakah dia juga akan turut dibenci apabila Aunt Rosie mengetahui tentang identiti sebenarnya? "Jadi selama ini aunt tak pernah tahu tentang perkara yang sebenar?"
"Apa maksud kau?"
"Kita berdua tahu termasuklah Andrew bahawa keturunan vampire iaitu keturunan Matthew bermusuhan dengan keturunan Grey berpunca daripada keturunan kita sendiri. Semuanya tidak akan berlaku kalau datuk bertindak dengan waras ketika itu. Jika aunt benar - benar tahu tentang perkara yang sebenar, sudah tentu dia akan memaafkan keturunan vampire kerana keturunan kita yang memulakan permusuhan ini"
"Aku buntu, Adriel. Apa patut kita buat sekarang? Bagaimana jika aunt tahu tentang identiti sebenar kau dan..." Kepala ditundukkan. "...Andrew" Walaupun dia masih marah dengan lelaki itu namun, perasaan sayang dan prihatin masih kekal di hatinya malahan payah untuk dihapuskan.
"Kau jangan risau. Kita akan sama - sama cari jalan untuk selesaikan masalah ini. There's a solution for every problem right? Apa yang penting sekarang adalah tentang kau dengan Andrew"
x x x
AMELIA GREY's POV:
Aku memandang tepat lelaki di hadapan aku dengan riak kosong walaupun sebenarnya aku menahan sebak di dada. Sungguh aku masih belum bersedia untuk berjumpa dengannya.
"Aku rindukan kau" ucap Andrew senada tanpa perasaan kecuali sayu.
Aku hanya mendiamkan diri. Tiada balasan untuk ayat itu. Setiap kali aku melihatnya, peristiwa yang berlaku pada hari itu akan terbayang - bayang di minda aku.
"Awak balik sajalah Andrew" Langit yang mendung aku pandang. "Hujan akan turun tidak lama lagi. Lebih baik awak pulang" Langkah dibuka, berkira untuk masuk ke dalam rumah.
Tangan aku dipegang kejap oleh Andrew. "Aku tak minta banyak pun Amy. Aku cuma minta kau dengar penjelasan aku. Please!" Aku meneguk liur kesat.
Entah mengapa susah untuk aku menolak permintaannya itu. Hati aku meronta - ronta supaya memandang wajahnya dengan lebih lama supaya rindu yang aku pendam dapat dilepaskan. Namun, otak aku masih berkeras melayarkan kembali kejadian Andrew dan Keyra.
"Tiada apa yang perlu dijelaskan lagi Andrew. Sudahlah, saya dah penat dengan semua ni" Aku cuba untuk menarik tangan aku daripada genggamannya tetapi pegangannya semakin erat.
YOU ARE READING
HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]
Romance"Kau dengarkan tadi?" Sebelah kening Amelia naik. "About me, vampire and everything" Amelia berkalih. Wajahnya ditundukkan. Perlahan - lahan dia mengangguk kepala. Sejujurnya dia juga terkejut mendengar perbualan mereka tadi. Terketar - ketar...