Keyra memeluk tubuh memandang Puan London dan Encik Drake. Apa lagi yang hendak dibincangkan? Dia tetap dengan keputusannya, ikut bersama ke New York atau dia akan menetap di California bersama keluarga Andrew.
"Why are you so stubborn? Mak tak nak susahkan Mrs. Matthew untuk jaga Keyra sedangkan nenek mampu jaga" Pening sudah kepalanya dengan kedegilan Keyra. Berdegil tidak mahu tinggal bersama neneknya.
"No! Nenek suka sangat membebel. Telinga Keyra rimaslah asyik dengar benda yang sama. Walau apa cara sekali pun, Keyra tak nak tinggal dengan nenek. FULLSTOP!"
"Habis Keyra masih berdegil nak ikut kitaorang?" Keyra mengangguk. Puan London memandang suaminya yang hanya mendiamkan diri dari tadi di sofa. "Kitaorang pergi sana bukan untuk bercuti, tapi untuk rawatan ayah. Macam mana dengan persekolahan Keyra jika Keyra tinggal di Utah?"
Keyra cepat - cepat memotong. "Excuse me, he's not my dad and I rather die than go to that fucking school"
London menahan sabar. "Whatever! Yang penting sekarang, kalau Keyra masih lagi berdegil untuk tinggal di rumah Mrs. Andrew, ada syaratnya"
Keyra mengeluh. Matanya dijulingkan ke atas. "Apa lagi mak?"
"Bawak adik Keyra sekali"
Empat perkataan itu cukup membuatkan Keyra berasa marah. Buat apa nak bawa budak ni sekali. Dia bukan adik aku betul. Dia anak mak aku dengan jantan tak guna tu (Drake). "What the hell Keyra kena bawa dia?!?! Kenapa mak tak bawa dia ikut sekali?!?"
"Keyra, watch your mouth! She still your sister, my daughter! Mak dah cakap kan, mak pergi sana bukan untuk bercuti. Mak tak sempat nak jaga dia. Kalau Keyra tak nak bawa adik Keyra sekali, okay fine, tinggal dengan nenek"
Keyra menghentakkan kakinya tanda protes. Kunci di kabinet dia gapai, sebelum kakinya melangkah keluar. Pintu dikatup dengan kuat sekali sehingga mengejutkan adiknya, Jade yang sedari tadi lagi tidur.
x x x
"Hey, awak okey tak?" Teguran Dr. Regan menyedarkan Keyra daripada lamunannya.
Dia menunduk memandang makanan yang masih belum disentuh. Keluhan kasar dilepaskan. "Mereka tidak sepatutnya minta bawa Jade bersama. Itu anak mereka, they're supposed to take care of her. Not me"
"Keyra…"
Keyra memotong. "I know that look. Please doktor, saya ajak doktor datang sini bukan untuk menambahkan lagi beban saya. I need you to help me, kurangkan tekanan saya" Dia sendiri keliru mengapa dia mengajak Dr. Regan untuk keluar bersamanya sedangkan dia tidak suka dengab sikap doktor ini yang cringey.
Mungkin kerana layanan Dr. Regan membuatkan dia selesa dengan lelaki ini.
"Okay, I'm sorry. Sementara saya tunggu awak habiskan your food, let me tell you a story" Keyra akur. Dia menggapai sudu dan garfu untuk menjamah makanannya. "Awak masih ingat tentang lelaki yang awak ceritakan kepada saya waktu saya teman awak di wad hari tu?"
"Andrew Matthew?"
"Yea, actually he's my cousin"
Tersedak Keyra mendengar kata - kata Dr. Regan. Cepat - cepat Dr. Regan menghulurkannya air. "Sepupu doktor? Maknanya doktor juga vampire?" Soal Keyra sambil membuntang matanya memandang lelaki itu.
"Hish, tak. Sebelum ibu saya kahwin dengan ayah saya, her name was Christina Matthew dan dia ialah manusia biasa memandangkan hanya lelaki berketurunan Matthew yang disumpah. Bila ibu saya kahwin dengan ayah saya, namanya ditukar kepada Christina Taylor and they got me, Regan Taylor. So, saya hanyalah manusia biasa" jelas Dr. Regan panjang lebar.
YOU ARE READING
HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]
Romance"Kau dengarkan tadi?" Sebelah kening Amelia naik. "About me, vampire and everything" Amelia berkalih. Wajahnya ditundukkan. Perlahan - lahan dia mengangguk kepala. Sejujurnya dia juga terkejut mendengar perbualan mereka tadi. Terketar - ketar...