Chapter 22

6.4K 402 5
                                    

Tok!

    Tok!

    Tok!

     Kepala yang tidak gatal digaru berkali - kali. Apa yang lama sangat Adriel buka pintu ni? Biasanya ketika waktu makan, dia tidak perlu memanggil adiknya kerana dia sendiri yang akan keluar. Belum siap makanan lagi, dia dah tercegat dekat meja makan.

     Tapi, hari ini dia lain. Langsung tak keluar mana - mana. Keluar dengan kawan dia pun langsung tidak. Sudah dua hari dia macam ni. Dia ada masalah ke? 

     "Bukalah pintu ni Adriel. Aku tahu kau ada kat dalam" 

    Senyap.

     "Adriel, kau ada masalah ke? Janganlah kurung diri kau macam ni. Aku risau tahu" 

    Senyap.

     "Jomlah teman aku makan, Adriel. Aku sunyi makan sorang - sorang tanpa kau dua hari ni"

    "Kau makanlah dulu. Aku dah kenyang" Jawab juga akhirnya. Dia dah kenyang? Sejak bila dia makan? Dari semalam lagi dia tak keluar dari bilik. Sekolah pun dia tidak pergi dua hari ni. Bila kawan dia tanya, aku hanya jawab dia sakit. Sedangkan aku sendiri tak tahu dia ada masalah ke sakit ke apa.

    "Kau tipu. Kau langsung tak sentuh makan sejak semalam" 

     Senyap lagi.

     Amelia mengeluh. 

    "Suka hati kau lah. Aku makan dulu. Kalau kau lapar, aku simpankan sikit makanan untuk kau dalam peti sejuk. Jangan lupa makan, nanti kau sakit" Tiba - tiba Amelia terasa sebak. Dia rindukan adiknya yang sengal. Mana perginya perangai dia yang kepoh, suka mengusik and suka makan.

     Adriel, janganlah buat aku macam ni!! 

x x x

    Kakinya tidak berhenti bergerak. Sekejap ke kanan, sekejap ke kiri. Hatinya tidak tenang memikirkan tentang apa yang bakal dibualkan oleh Adriel dan juga Andrew. Setelah dia menceritakan perubahan pada Adriel, Andrew terus memberitahunya dia akan berbincang dengan adiknya itu, keseorangan. 

    Apabila dia cuba masuk, Andrew tidak mengizinkan. Katanya, bagi mereka ruang untuk bercakap. Kalau semua dah selesai, dia akan maklumkan sendiri kepada Amelia.

   "Kau jujur dengan aku, Adriel" Adriel meneguk liur. Risau kalau Andrew tahu tentang perkara yang sebenar. "Kau...terkena sumpahan kan?" 

    "A-apa kau merepek ni?" 

    "Jawab soalan aku, Adriel. Aku dapat rasakan sesuatu yang aneh pada diri kau" 

    "A-aku..." 

    "Jangan risau. Kau boleh bagitahu aku, mungkin aku dapat tolong kau selesaikan"

     Adriel mengeluh. Dia sudah tidak dapat sembunyikan daripada Andrew lagi. Lambat -laun pasti orang lain akan tahu juga. Lebih lagi dengan kelebihan yang ada pada kawan baiknya ini "Ya. Aku vampire sama macam kau" 

    Andrew agak terkejut mendengar kenyataan Adriel. Tidak disangka, Adriel juga seorang vampire. Patutlah dia merasakan 'kuasa' lain apabila dia berhampiran dengan Adriel. 

    "Terkejut bukan?" Adriel ketawa bagi menutup kesedihan dihatinya. Dia sudah dapat mengagak bahawa Andrew akan terkejut. "Aku baru dapat tahu yang aku vampire, semalam. Badan aku rasa sakit sangat. Aku rasa panas tapi seluruh badan aku menggigil. Aku juga dapat rasakan sesuatu yang pelik dalam mulut aku. Bila aku pandang cermin, aku betul - betul mati akal tengok diri aku. Seluruh tubuh aku pucat. Gigi aku juga mula tumbuh taring. Aku tak sangka benda ni betul - betul terjadi" 

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now