Chapter 15

7.6K 469 14
                                    

BERMULA daripada permainan truth or dare yang mereka mainkan semalam sehinggalah kejadian Ms. Celine menyuruh Andrew memandikan dirinya, dia ceritakan kepada Jasmine. Nasib dia ingat segala peristiwa hitam yang berlaku semalam. Jika tidak, pasti dirinya sudah memikirkan perkara bukan - bukan apabila dia tersedar dirinya berada di atas katil Andrew bersebelahan dengan lelaki itu. 

     Mahu pecah perut Jasmine mendengarnya. "Habis macam mana? Andrew betul - betul mandikan kau?" 

     Okey sumpah aku geli dengan mimik muka Jasmine sekarang. Dasar betina gatal. Tidak guna ini anak. "Of course lah tak. Dia just basuhkan muka aku then bagi baju dia untuk aku tukar"

     "Manalah tahu. Kau kan mabuk, kot - kot dah angkut sampai katil"

     Pap! 

     Tanpa amaran Amelia terus menampar bahu Jasmine dengan kuat sekali. Mengerang kesakitan lah Jasmine jawabnya. Bunyi dia padat wooo. Sedap pula tampar bahu berlemak ni. Haha jahat siaa. "Tak okey? Mana boleh. Aku jaga my virginity baik - baik tau, mustahil aku akan biarkan hilang disebabkan aku mabuk. No, no, no! Aku rela have no sex sampai aku kahwin"

     "Wow, bagusnya! Aku salute kau"

     Eh dia ni. Puji aku macamlah dia dah hilang dara. "Kau bagaimana pula?"

     "Aku? Pshhh, dah lama hilang" sempat Jasmine ketawa di hujung ayatnya. Amelia pula terkelu, tidak terkata. How can? Tenang sahaja Jasmine memberitahunya seolah tiada langsung terselit penyesalan. 

     "Berbalik kepada topik kita tadi, citerlah macam mana korang boleh tidur sekatil?" Jasmine mengubah topik, malas ingin membuka kembali kisah lamanya. 

     Amelia pula mengerling ke arah Andrew yang berada di hadapannya, selang dua kerusi. "Yang aku ingat, ibu Andrew tak sempat kemas bilik tetamu, jadi dia suruh aku kongsi bilik dengan Andrew. Aku tidur atas katil sorang je.  Tapi, dia ahh, bila aku sedar je nampak dia kat sebelah" Sengaja diperlahankan suaranya supaya Andrew tidak mendengar kata - katanya yang membela diri. Walhal dia sudah tahu, kejadian Andrew terlelap di sebelahnya adalah kerana dia sendiri. 

     "Kau makan apa siaa? Asal berat sangat?" Tubuh Amelia ditolak kasar ke atas katilnya. Sudahlah dia terpaksa serahkan tshirt dan boxer nya kepada gadis itu. Namun, gadis itu terpaksa melipat pada bahagian pinggang berkali - kali dek kerana saiz pinggang mereka yang berbeza. Sekarang menyusahkan dia terpaksa mendukung Amelia hingga ke bilik tidur walaupun sebenarnya tiadalah berat mana gadis ini. 

     Saja nak merungut lebih

     Kaki Amelia diangkat lalu diletakkan perlahan di atas katil dan membetulkan posisi tidur gadis itu agar lebih selesa. Selimut ditarik hingga ke paras dada

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now