Chapter 27

5.6K 361 22
                                    

AMELIA GREY's POV:

     Aku menutup mulutku yang menguap dengan  tapak tangan. Huhu, mengantuk. Dari pukul 4 pagi lagi kitaorang dikejutkan untuk membersihkan badan dan melakukan senaman ringkas sebelum memulakan aktiviti.

     Cuba bayangkan senaman di pagi buta, pukul 5.30 pagi sudah mula. Langit pun gelap gelita lagi, langsung tiada semangat untuk bersenam.

     Tepat pukul 7.30 pagi, semua pelajar berbaris untuk mendengar beberapa taklimat daripada Mr. Chen selaku ketua kepada para guru yang turut menyertai kem. Sebentar lagi kitaorang bakal memulakan aktiviti yang pertama.

     Hiking!

    Excited!

     Memandangkan aku sudah selesai menyediakan barangan untuk mendaki, aku mendekati Andrew. Menolongnya yang mana perlu. Kadang - kadang aku tersenyum melihat wajah Andrew yang serius lebih daripada muka berperang.

     Lmao!

     Tapi, senyuman aku mengendur selepas aku melihat Keyra daripada jauh lagi menuju ke arah Andrew sambil memikul backpack berwarna hitam dan sebiji sama macam Andrew.

     What the shit dia bawa beg sama dengan Andrew?! Fikir sweet ke? Menyampah tahap muntah hijau aku rasa sekarang.

     "Hai, Andrew" Kedengaran sudah suara gedik Gorilla. Merdu lagi suara Gorilla sebenar daripada suara Keyra a.k.a klon Gorilla betina.

     "Hai"

     "Cantik beg Keyra, sebiji sama dengan Andrew. Merancang ke?" Aku selitkan nada perlian di situ serta perkataan 'sebiji' aku tekankan. Mata Andrew jatuh pada beg Keyra kemudian begnya. Wajah dia nampak terkejut? Takkan dia tak tahu beg diorang sama? Tinggal serumah kot.

     "Mana ada kitaorang merancang. Ibu Andrew yang pinjamkan beg ini. Tak sangka pula sama dengan Andrew" Hoho. Sungguh aku menyesal tanya soalan tadi. Semakin sakit pula hati aku bila dia libatkan ibu Andrew sekali. Nak tunjuk kemesraan dengan aunt ke? Sikit pun aku tak kisah. Rapat lagi aunt dengan aku, bahasakan aku sebagai menantu lagi. Hah! Ada lawan ka?

     "Ouh" Sepatah perkataan sahaja yang mampu terkeluar dari mulut aku.

    Malas aku nak melayan Keyra lama - lama.  "Dah siap? Jom kita pergi depan sana. Sekejap lagi aktiviti dah nak mula,"

     "Jom" Andrew menggenggam kemas tangan aku sambil membawa aku ke tempat menunggu. Aku pun tak sangka yang Andrew akan pegang tangan aku, biasanya aku yang mula memegang tangannya.

     Keyra menjeling pada tangan kami yang bersatu. Jealous lettew. Untuk pengetahuan cik Keyra lah, tangan kami tiada perasaan. Jadi, kau jeling lah sampai biji mata terkeluar pun, dia takkan takut. At least, jelinglah kat aku. Ini jeling dekat tangan kitaorang. Adehh, budush betul Keyra nih.

     Aku bersila di belakang Evelyn pada baris ke lima manakala Andrew pula berada di belakang aku. "Terlebih dahulu, saya ingin meminta maaf kerana terpaksa kejutkan kamu pada awal pagi. Aktiviti kita sepatutnya bermula tengah hari nanti. Tetapi, saya percepatkan kerana jika kita mulakan lewat mungkin aktiviti kita akan berterusan hingga malam. First, saya dah bagi peta laluan jadi mesti ikut. Jangan ada yang memandai - mandai ikut jalan sendiri. Second, kamu semua sama sekali tidak dibenarkan jalan bersendirian ataupun berduaan. Semua mesti jalan berkumpulan sebab saya risau salah satu daripada kamu mungkin sesat. Third, kamu nampak kotak dekat atas batu tu. Dalam kotak tu, ada makanan ringan yang saya sudah sediakan untuk kamu sebagai alas perut. Lastly, saya takkan ada bersama kamu semua ketika hiking nanti, sebab saya akan berada di sini dan mengira semua peserta. Tapi, jangan risau, beberapa orang penjaga hutan akan berada di sesetengah tempat. Faham kan?"

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now