2 tahun kemudian...
ADRIEL GREY's POV:
Aku memandang kosong ke arah sekujur jasad yang berbaring lemah di atas katil putih tersebut. Badannya kaku namun riak wajahnya seakan dia sedang tidur. Tidur yang nyenyak.
Tangan putih pucatnya diraih lantas digenggam kemas. Sejuk. Sampai bila kau nak baring kat sini? Bangunlah. Aku perlukan kau. Terlalu banyak perkara yang aku nak luahkan. Aku...
...rindu kau
Aku menundukkan kepala, menyandarkan dahi pada tangan yang setia aku genggam. Sudah dua tahun berlalu namun tiada langsung simptom - simptom yang menunjukkan dia akan sedar dari tidur panjangnya walau hanya sekadar menggerakkan jarinya.
Tiada.
Tiba - tiba pintu diketuk dan dikuak daripada luar. Terjengul kepala Aunt Rosie menyapa pandangan. Bibir wanita itu merekah dengan senyuman. Namun, aku tahu itu adalah sebuah senyuman kepenatan.
Mujurlah masih ada Aunt Rosie yang sudi membantu aku untuk menjaga Amelia sepanjang dua tahun ini. Dalam keadaan sibuknya, dia masih cuba untuk menjaga Amelia dan dalam diam masing - masing mengharapkan gadis lemah ini akan bangun dalam masa yang terdekat walaupun kami langsung tidak menyuarakannya.
"How? Ada sebarang tanda?" soal Aunt Rosie sambil mengorak langkah menghampiriku.
Aku tersenyum kelat. "Tiada, aunt. Dan sampai sekarang doktor masih buntu. Tiada cara untuk sembuhkan Amy" Aku tidak hairan jika doktor yang merawat Amelia berasa aneh dengan keadaannya yang stabil tetapi langsung tidak sedarkan diri.
Aku masih ingat dengan kata - kata Dr. Alan, selaku doktor yang merawat Amelia.
"Awak keluarga kepada Amelia Grey?" soal Dr. Allan. Dahinya yang berkerut dan riak yang penuh dengan kerisauan membuatkan hati aku tidak keruan seakan aku bakal mendapat berita buruk daripada mulut doktor lelaki separuh abad itu.
"Ya, saya. Macam mana keadaan kakak saya?"
"Actually, your sister dalam keadaan stabil. Tiada apa - apa masalah. Tapi, buat masa sekarang Amelia masih lagi tidak sedarkan diri. Dengan keadaan dia yang sihat saya syak dia hanya pengsan. Mungkin dalam masa beberapa jam lagi dia akan sedar. But, kalau sampai esok dia masih belum sedarkan diri, saya akan buat rawatan yang selanjutnya untuk pastikan masalah kesihatannya"
Aku mengangguk faham. Mana mungkin doktor dapat mengesan masalahnya jika dia menghadapi sakit yang sukar untuk diketahui oleh manusia biasa.
"Ermmm..." aku mengangkat kepala apabila mendengar Dr. Allan seperti ingin menanyakan sesuatu. "Boleh saya tahu apa yang terjadi?"
"Apa maksud, doktor?" Sebenarnya aku sudah dapat mengagak soalan itu yang akan keluar namun aku tiada jawapan kepada soalan itu.
"Saya hairan. Pakaian Amelia penuh dengan darah dan koyakan tetapi tubuh dia langsung tiada kesan luka atau parut yang menandakan dia tercedera-"
Belum sempat Dr. Allan menghabiskan ayatnya aku menjawab. "Itu darah saya" balas aku sambil menunjukkan kesan balutan pada kepala aku. Nak tak nak aku terpaksa menipu. Tidak mungkin aku akan mengatakan itu darah Amelia sendiri tetapi lukanya telah sembuh kerana dirawat oleh seorang vampire yang mencintainya.
YOU ARE READING
HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]
Romance"Kau dengarkan tadi?" Sebelah kening Amelia naik. "About me, vampire and everything" Amelia berkalih. Wajahnya ditundukkan. Perlahan - lahan dia mengangguk kepala. Sejujurnya dia juga terkejut mendengar perbualan mereka tadi. Terketar - ketar...