Chapter 30

6.2K 322 25
                                    

Andrew bangkit dari baringannya. Jam tangannya diambil dari beg galas lalu ditatap.

12.19 a.m.

.    Dia memandang Nigel di sebelah. Sudah lena diulit mimpi. Namun, dirinya masih belum mampu lelap. Sudah berkali - kali dia cuba, tetap tidak boleh.

     Hoodie disarungkan pada tubuhnya. Sebaik sahaja dia keluar daripada khemah, dia memeluk tubuh apabila merasakan kedinginan angin malam. Sunyi sahaja, hanya kedengaran bunyi serangga - serangga. Dia memerhati khemah milik kumpulan teman wanitanya yang berada selang 3 buah khemah daripada khemahnya.

     Agak - agak Amelia sudah tidur atau belum?

     Kakinya mula mengorak langkah ke khemah Amelia tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Takut kantoi dengan cikgu nanti tak pasal - pasal kena denda cuci tandas di sekolah.

     Andrew membuka zip khemah Amelia. Kaki Amelia dicuit lalu dia meletakkan jari telunjuknya di mulut sebaik sahaja melihat gadis itu yang agak terkejut melihatnya.

     Isyarat mulut 'Jom keluar' dibuat. Amelia mengangguk seketika sebelum bangun dan mengikuti Andrew ke tempat yang dia sendiri tidak tahu.

AMELIA GREY's POV

     Kami berdua melabuhkan punggung di atas rumput. Kedua - dua belah tanganku dimasukkan ke dalam poket hoodie akibat deruan angin malam yang begitu sejuk. Aku memerhati keadaan sekeliling yang hanya diterangi dengan cahaya bulan. Kawasan rumput yang luas tanpa pokok - pokok tinggi.

     Kitaorang tengah dating ke ni? Dating pukul 12 malam di bawah langit malam yang cantik tanpa gangguan sesiapa. Uuu, sounds special right?

     "Cantik" Aku memandang Andrew di sebelah yang sedang memandang langit. Ingat puji diri aku tadi, rupa - rupanya puji langit. Perasan betul kau Amy. Tak salah pun perasan sekali sekala. Macam lah korang tak pernah perasan.

     "Ha'ah. Terlalu indah"

     Dan baru aku sedar Andrew tersangatlah handsome plus cute malam ini. Maksud aku bukan malam ini aje tapi selalu. Dia mengenakan hoodie berwarna hijau bersama sweatpants kelabu.

     Rambutnya digayakan menutup dahi bukan seperti selalu yang diangkat menampakkan dahinya. Mata birunya bersinar seolah - olah melambangkan kegembiraan. Melihat senyumannya juga mampu buat diri aku tersenyum.

     "Kenapa awak ajak saya datang sini?"

     "Aku tak boleh tidur. Mungkin terlalu penat"

     Aku sangka aku sahaja yang tidak mampu tidur. Rupanya Andrew juga sama. Sebenarnya aku lebih kepada takut dengan hantu yang mengganggu aku sejak akhir - akhir ini. "Awak nak dengar satu perumpamaan tak?"

     Pandangan Andrew teralih kepada aku. Sebelah keningnya terangkat. Haihlah, buat begitu pun nampak handsome. "Perumpamaan apa?"

     "Perumpamaan ini saya reka sendiri tau. Bukan calang - calang orang dapat mendengarnya" Tiba - tiba rasa malu pula bila Andrew pandang betul - betul muka aku. Hoho, gedik! "Awak ibarat bintang pada saya. Dan saya pula bulan"

     "Kenapa kau bulan dan aku bintang?"

     "Sebab bulan kan comel dan cantik. Jadi, ia mestilah saya" Jawapan aku menghasilkan tawa kecil dari mulut Andrew. "Awak ialah bintang sebab awak menghiasi hidup saya. Bintangkan handsome, bersinar - sinar"

     "Macam mana kau tahu bintang handsome? Bintang tu lelaki ke?"

     "Sebab awak bintang. Awakkan handsome. Mestilah bintang tu handsome"

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now