AKU menjinjing sikit untuk mencapai mangkuk di dalam kabinet bahagian atas lantas diletakkan di atas kitchen island. Bijirin dan susu segar dimasukkan bersama ke dalam mangkuk tersebut.
Hujung minggu seperti ini, macam biasa aku akan berjoging dari rumah aku ke kawasan taman memandangkan pagi ini aku tidak terlalu sibuk dengan kerja yang perlu disiapkan.
Sarapan pagi dihabiskan sebelum aku keluar untuk memulakan aktiviti pagi ini. Kasut sukan disarungkan dan senaman ringkas dilakukan supaya tidak akan berlaku sebarang kecederaan ketika aku berjoging seketika nanti.
30 minit berlalu setelah sebanyak dua kali aku berulang - alik dari rumah ke kawasan taman. Aku berehat seketika di atas kerusi batu yang telah disediakan di taman tersebut sambil mengelap peluh di muka. Mengambil oksigen secukup - cukupnya.
Fuhh, penat! Seperti mahu mati pun ada. Mungkin kerana sudah lama aku tidak berjoging terlalu lama seperti ini tanpa henti. Biasanya aku hanya berjoging tidak sampai 15 minit tetapi hari ini terlebih rajin pula.
Pandangan aku teralih kepada tiga orang perempuan yang turut berehat di bawah sebuah pondok biru disitu. Mereka sepertinya memerhatikan sesuatu yang menarik. Salah seorang daripada mereka menangkap beberapa keping gambar dan ketawa seronok.
Gambar apa entah yang diorang tangkap?
Aku berpaling ke arah tempat yang menarik perhatian tiga orang wanita itu.
What the…?!
Andrew sedang shirtless sambil membasahkan tubuhnya menggunakan paip yang berada tidak jauh dari sini. Rambut hitam keperangannya sengaja dikusutkan.
Jadi, perempuan tadi sedang menangkap gambar Andrew half naked yang terang - terang terpampang six pack nya. Diorang giggle sama - sama sebab seronok tengok abs seksi Andrew??
Urghh, ini tidak boleh jadi.
Punggung dibangkitkan dari bangku dan Andrew didekati.
Pap!
"Wuu, nice abs" Bibir bawah digigit. Aku sentuh abs Andrew yang syeksyi tu. Hehe.
Terbatuk Andrew akibat terlalu terkejut dengan tamparan tiba - tiba di perutnya. Dia terus mengambil t-shirt kelabunya dan ditutup perutnya itu.
Tiada guna lagi dia menutupnya, jelas - jelas aku nampak tadi. Dengan lekuk - lekuk dia sekali aku hafal. Hehe, gurau je. Gatal tak boleh bawa bincang eh kau. "Kau buat apa kat sini?"
"Untuk sampaikan pesanan supaya awak pakai balik baju. You know why? There... " sekumpulan perempuan yang mengambil gambar Andrew tadi terus mengalihkan telefon masing - masing apabila mata Andrew tepat memandang ke arah mereka. "Tak payah nak show off sangat abs awak yang seksi tu"
Kali ini mata Andrew kembali menoleh ke arah aku. "Apa? Saya tak berbohong okay. Diorang ambil gambar awak tadi. Kalau tak percaya checklah sendiri" Dia melangkah ke kerusi batu dan melabuhkan punggungnya di situ.
Aku turut berehat di situ. Aku perhati Andrew. Dia yang hanya memakai sweatpants kelabu bersama kasut puma berwarna hitam kelihatan sangat - sangatlah hot. Tambahan pula dia tak pakai baju, tayang ototnya yang sasa dengan air yang menitis pada…
"Done checking me out?" Aku terus mengalihkan pandangan. Gulp! Kantoi!
"Eww, no!" Pantas aku menafikan.
"Eww, no!" Andrew meniru suara aku dengan nada yang agak tinggi pitching nya, nyaring. Boleh bayangkan tak? This guy kadang - kadang unpredictable jugak. Kejap baik, kejap tak. Is he okay?
YOU ARE READING
HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]
Romans"Kau dengarkan tadi?" Sebelah kening Amelia naik. "About me, vampire and everything" Amelia berkalih. Wajahnya ditundukkan. Perlahan - lahan dia mengangguk kepala. Sejujurnya dia juga terkejut mendengar perbualan mereka tadi. Terketar - ketar...