Chapter 60

3.4K 246 22
                                    

Hari demi hari telah berlalu. Namun, satu khabar pun tentang Andrew langsung aku tidak tahu. Aku syak ada sesuatu yang Adriel rahsiakan daripada aku.

Bila aku minta telefon aku, dia kata rosak. Bila aku minta telefon dia untuk call Andrew, dia bantah. Tetapi, terpaksa dia bagi jugak sebab aku yang paksa tapi bila aku cuba hubungi Andrew, tak dapat.

Apa yang telah terjadi sebenarnya? Sebesar mana rahsia yang mereka sembunyikan daripada aku? Atau ada sesuatu berkaitan Andrew yang mereka rahsiakan kerana sejak kebelakangan ini perihal Andrew langsung mereka tidak bangkitkan.

Tapi mengapa?

Atau Andrew telah meninggalkan aku atau...?

Mustahil!

Please, Amy! Stop overthinking! Kau perlukan rehat sekarang ni sampai kau betul - betul sihat. Bila kau dah sihat nanti kau akan keluar daripada sini dan selepas itu kau akan balik ke pangkuan Andrew semula.

Okay, dearself? Faham kan?

"Hai"

Pantas aku menoleh ke sisi apabila disapa secara mengejut. "Eh, Dianna kan?" Gadis tinggi lampai berambut perang tersenyum seraya menganggukkan kepalanya. "Macam mana boleh masuk?" soal aku dengan nada mesra tak nak kasi nampak seakan aku marah dia.

"Dah berapa kali saya ketuk pintu, tapi tiada yang menyahut. Saya risau terjadi apa - apa"

"Ohh, maaf saya mengelamun tadi. Eh, duduklah dulu" Kerusi penjaga di sisi katil aku tunjukkan kepadanya. Lantas dia melabuhkan punggungnya di situ.

Aku perhati wajah Dianna. Manis orangnya, lagi cantik dari gambar yang neneknya tunjukkan kepada aku tempoh hari. Wajahnya nampak baik sangat seperti orang yang jujur dan lurus.

Amboi, sejak bila aku pandai baca orang ni? Suka hati je nak judge orang lurus.

"Awak kenal saya?" soal Dianna setelah beberapa seketika sunyi di antara kami.

"Ya, saya kenal awak, cucu kepada Mrs. Lin" Mrs. Lin boleh dikatakan kawan baik aku di sini. Walaupun perbezaan usia kami sangat jauh, tapi itu tidak menghalang persahabatan kami. Ceyh, dah macam kisah cinta tidak mengenal usia pulak.

Berbalik pada topik tadi, disebabkan aku jarang ada pelawat dialah yang selalu teman aku. Datang di wad aku untuk ajak bersembang ataupun aku yang akan datang ke wad dia. Kiranya bergilir - gilir ikut situasi.  Kitaorang kenal waktu aku sedang jalankan ujian fisioterapi dan dia pun ada sekali. Seorang jururawat kata Mrs. Lin pesakit paling lama di sini. Sepatutnya beberapa bulan lepas dia dah boleh balik selepas beberapa bulan tinggal di sini tetapi disebabkan sakit jantung dia menyerang balik, doktor sarankan Mrs. Lin berada dalam pantauan mereka.

Nasiblah, keluarga dia masing sayangkannya. Sanggup berhabiskan beribu - ribu dolar semata - mata untuk rawatannya. Mrs. Lin pernah bagitahu aku, jika diikutkan usianya sepatutnya ahli keluarganya redha sahaja jika dia meninggal tapi disebabkan rasa sayang mereka masih berusaha untuk pulihkan Mrs. Lin.

Baguskan diorang? Kan bagus kalau semua anak - anak sayangkan ibu bapa diorang sama macam kasih sayang anak Mrs. Lin kepada Mrs. Lin.

Dianna tersenyum lagi. "Betullah tu. Sepatutnya nenek datang melawat awak hari ini tapi dia penat sikit jadi dia minta saya wakilkan dia. Dia risau katanya sebab awak tiada penjaga"

"Tak perlu susah - susah sebenarnya. Saya dah pulih. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi. Kalau diikutkan mungkin lusa saya dah boleh discharge"

"By the way, kita pernah jumpa ke?" soal Dianna tiba - tiba.

Dahi aku berkerut hairan. Pernah jumpa ke? "Rasanya belum. Ini kali pertama kita berjumpa" Aku yakin aku masih belum berjumpa dengan Dianna walaupun beberapa memori yang aku ingat hanyalah sehingga kejadian Adriel dan Kelsey berlawan di rumah kami.

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now