Amelia termenung.
Tangannya menongkat dagu sambil memandang ke luar tingkap. Dia melepaskan keluhan berat.
Apa yang diajar oleh professor tadi langsung tidak masuk ke dalam otaknya. Setiap patah perkataan yang didengarnya tadi bagaikan angin.
Sungguh dia masih belum dapat melupakan tentang masalahnya. Sesaat pun dia tidak pernah melupakannya.
Dalam hati dia bersyukur kerana rawatan untuk memisahkan kaitan antara Adriel dan Kelsey berjalan dengan lancar selama 2 bulan ini. Tinggal sebulan dua sahaja lagi untuk menyelesaikannya dan mereka akan meneruskan pada misi seterusnya.Ahh, rindunya pada Andrew!
Hati Amelia menjerit - jerit memanggil nama Andrew. Dia terlalu rindukan teman lelakinya itu. Sejak - kemenjak, Andrew sibuk dengan kerjanya. Akibat masing - masing sibuk dengan urusan sendiri, mereka jarang berjumpa. Call atau mesej pun kadang - kadang aje.
Dan sepatutnya semalam dia akan dilawati Andrew seperti yang Andrew janjikan. Namun, lelaki itu tidak memunculkan diri. Hampir 3 minggu diorang tak jumpa. Andrew tak rindu aku ke? TT.
Dia di sini bagaikan mahu mati menunggu kehadiran lelaki itu. Teringin nak jumpa selalu macam dulu. Bila dah selesai belajar, pergi dating. Pergi amusement park sama - sama, makan ais krim, masuk rumah hantu, naik roller coaster bagai.
Aaa, rindu!
Dia cuba hubungi teman lelakinya tetapi tidak dapat. Jadi, akhirnya dia meninggalkan pesanan supaya Andrew menghubunginya sebaik sahaja kerja selesai.
Deringan daripada telefonnya menandakan ada panggilan masuk. Matanya menoleh memandang skrin telefon yang menyala - nyala.
Nama Prince Charming terpapar. Panjang umur...
Pantas Amelia menjawab panggilan tersebut lantas ditekapkan ke telinganya. "Awak..."
"Hai. Dah lama ke tunggu?"
Amelia mengemam bibir mendengar suara Andrew. Eee, rindunya suara syeksyi Andrew titew. "Hurm..."
"Marah eh?"
Soalan Andrew dibiarkan sepi. Amelia bertanya lagi. "Kenapa semalam awak tak datang? Saya tunggu awak tahu"
Telinganya menangkap bunyi keluhan Andrew.
"Sorry, sayang. Semalam saya ada kerja kena siapkan. Terpaksa kerja even hujung minggu"
Amelia mengangguk faham walaupun Andrew tidak mampu melihatnya. Tapi, apa salahnya kalau Andrew memaklumkan kepadanya dahulu. Tiadalah dia tunggu sampai ke malam.
Atau sebenarnya Andrew sudah ada perempuan lain? Disebabkan itu dia kian diabaikan?
"Taklah. Mana ada perempuan lain selain Amelia Grey yang berjaya ambil hati saya. Semalam saya pulang kerja pukul 10 malam. Balik aje daripada kerja terus terlelap sampai lupa nak call awak. Dah. Dah. Jangan fikir yang bukan - bukan"
Andrew di sana sudah mula runsing dengan kebisuan Amelia. Ya, dia dapat mendengar isi hati Amelia ketika ini kerana dia mahu.
YOU ARE READING
HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]
Romance"Kau dengarkan tadi?" Sebelah kening Amelia naik. "About me, vampire and everything" Amelia berkalih. Wajahnya ditundukkan. Perlahan - lahan dia mengangguk kepala. Sejujurnya dia juga terkejut mendengar perbualan mereka tadi. Terketar - ketar...