Chapter 35

4.9K 323 56
                                    

Rantai yang sudah mencecah bertahun - tahun usianya dipandang sepi.

     Rantai ini.

     Pemberian Andrew.

     Dan juga rantai kesayangannya.

     Segala memori ketika Andrew menyerahkan rantai ini kepadanya masih lagi segar di ingatannya. Ketika itu dia sedang bersedih akibat pemergian bapanya semasa dia masih kecil lagi. Ibunya, London tiada ketika pengebumian bapanya. Hilang entah kemana. Langsung tidak melawatinya yang sedang menangis tersedu - sedu. Sudahlah dirinya ditinggalkan oleh ibunya kepada bapanya dan apabila ayahnya tiada ibunya langsung tidak datang menjenguk.

     Muak sangatkah ibunya dengan dirinya ini? Sedangkan ketika itu dia masih kecil, masih belum mengerti makna dunia sebenar.

     Perkara yang paling menyakitkan dirinya dan tidak akan pernah dilupakan ialah ketika ibunya datang menjemputnya di rumah ibu saudaranya untuk dibawa pulang. Paling tidak disangkakan ibunya telah berkahwin dengan lelaki lain. Diwaktu dia bersedih, ibunya pula sedang berbahagia sebagai pengatin baharu. Sungguh memedihkan.

     Drake bukanlah lelaki kedua selepas ayah kandungnya tetapi lelaki yang entah ke berapa yang dikahwini London. Gila kan?

    Bila dia mula berpindah ke tempat lain, di mana tempat yang di anggap sebagai 'neraka' baginya, muncul seorang penyelamat kepadanya ketika itu.

     Andrew.

     Ya, dialah lelaki yang dianggap Keyra sebagai lelaki yang dihantar oleh tuhan untuk menjadi pelindungnya. Andrew selalu berada di sisinya tak kira suka atau duka. Jadi, bagaimana dia ingin mengelakkan dirinya daripada terus menyukai Andrew?

     Perasaan takut semasa dia mengetahui tentang identiti sebenar Andrew terus diatasi oleh perasaan cinta. Tetapi, tidak disangka pula Keyra hanyalah seorang adik di mata Andrew. Perasaan cinta itu tetap disimpan di dalam hatinya walaupun sudah lama tidak berjumpa. Dan dia telah bertekad untuk menjadikan Andrew sebagai miliknya walaupun terpaksa melukakan hati Amelia.

     Namun...

     Pada hari ini,

     Di depan matanya sendiri,

     Dia dapat melihat ketulusan cinta Amelia kepada Andrew. Gadis itu sanggup mencederakan dirinya semata - mata ingin membantu Andrew. Kadang - kadang dia terfikir risikonya jika dia ingin menjadi peneman hidup Andrew, mampukah dia melakukan pengorbanan seperti yang Amelia lakukan? Atau lebih besar dari itu?

     Dia rasa dia belum mampu.

     "Amy lebih layak untuk Andrew"

     Telefon pintarnya yang berada di sisi di ambil lalu ibunya dihubungi. "Mak, tolong bagitahu nenek, Keyra akan tinggal dengan nenek hujung minggu ni"

     "Keyra yakin ke?"

     "Ya"

     "Okey, nanti ibu tempahkah tiket untuk Keyra fly ke sana. Apa - apa ibu telefon Keyra ya?"

     "Okey" Panggilan dimatikan.

     Beberapa minit selepas itu telefonnya kembali berdering. Dia sangka ibunya yang menghubunginya tetapi pemanggil itu ialah Dr Regan.

     "Keyra betul ke apa yang saya dengar?"

     Keyra melepaskan keluhan. Matanya dijulingkan ke atas. "Dari mana doktor tahu ni?"

     "Adalah. Saya ada ejen rahsia tahu. Everything about you, ada dalam pengetahuan saya"

    "Ini mesti mak yang report kan?" Takkanlah semua benda berkaitan dengan dirinya perlu dilaporkan kepada Dr Regan?

HIDDEN : He's My Dark Hero [COMPLETED]Where stories live. Discover now