-FLASHBACK-
Bunyi tembakan kedengaran di dalam rumah sebuah keluarga.Terdapat banyak darah bewarna merah seperti biji saga di atas lantai rumah itu.Tingkap-tingkap rumah itu pecah akibat tembakan tersebut dan semua perabot rumah itu musnah akibat tembakan itu juga.
"K..kimi..jaga adik kamu...S..sembunyikan d..diri kamu berdua s..s...sekarang...," kata ibu kepada Kimi,Abang kepada Mira.Kimi menangis teresak-esak melihat keadaan ibu bapanya.Badan ibu dan bapa mereka terbaring di atas lantai yang penuh dengan darah itu.Manakala adiknya Mira sedang memeluk lengan bapanya yang sudah tidak sedarkan diri lagi.
*BANG!BANG*
Walaupun berasa berat hati,Kimi bangun dan mengangkat adiknya yang berumur 13 tahun itu.
"LEPASKAN!!!!Adik tak mau pi tanpa Ayah dan Ibu!!!!!," jerit Mira,meronta-ronta kepada abangnya.
"Adik!!AYAH DAN IBU DAH TAK DAK!!!SEKARANG KITA KENA SELAMATKAN DIRI!!," jerit Kimi lalu berlari menuju ke biliknya.Dia dan adiknya Mira masuk ke dalam almari kepunyaannya yang besar dan luas itu.Dia memeluk adiknya lalu memujuknya agak berhenti menangis walaupun dirinya juga ingin menangis.
*BANG BANG!*
Air mata Mira tak berhenti keluar dari matanya.Tangannya memeluk kuat tubuh abangnya.
Kemudian,suasana di luar menjadi sunyi sepi.Kimi membuat keputusan untuk pergi ke luar untuk memeriksa sekiranya pembunuh itu masih ada.
"Adik dengar sini kay?Abang akan pergi ke luar jap nak tengok pembunuh tu ada ke tak ja...okay?,"
"Tak mau!!!Jangan tinggalkan adik!!!," jerit Mira.
Hakimi melihat adiknya lalu dia menundukkan diri lalu dia mencium dahi adik kesayangannya.Air matanya jatuh ke pipi.
"Abang sayang adik sangat-sangat...Jangan keluar sampai abang mai...Kay?,"
"JANGAN!!!JANGAN TINGGALKAN ADIK!!!!," jerit Mira.
Hakimi dengan perasaan sedih dan berat hati lari keluar dari almari itu lalu dia pergi memeriksa setiap sudut rumah mereka.
"ABANG!!," jerit Mira dalam almari itu.Dia memeluk kakinya sambil menangis.Dia berdoa supaya abangnya selamat dari dubunuh.Namun...
*BANG!BANG!*
"ARGHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!,"
Mira terkejut apabila dia mendengar bunyi tembakan dan suara abangnya menjerit.Mira menangis di dalam almari itu.Dia terlalu takut untuk pergi ke luar.Dia terlalu pengecut.Dia takut.Dia tak berani.
Tapi dia tidak boleh duduk diam...Dia harus pergi dan selamatkan keluarganya...
Lalu Mira pun keluar dari almari dengan gementar.Lalu,dia berjalan menuju ke ruang tamu dan dia menjumpai tubuh badan abangnya yang tidak bernyawa lagi di atas lantai.Dia dengan segera menuju ke abangnya lalu dia memeluk abangnya dengan air mata yang mengalir di pipinya.
Tanpa Mira sedar...Kepalanya diketuk oleh kayu hoki abangnya.Dia menjerit meminta pertolongan.Kepalanya mengeluarkan darah yang banyak.Benda terakhir yang dia nampak ialah...Seorang lelaki yang memakai topeng misteri sedang melihat ke arahnya.
-END OF FLASHBACK-
DI DALAM WAD MIRA,
Mira merenung ke luar tingkap.Kepalanya penuh dengan balutan.Memori yang pahit itu datang kembali kepadanya.Setitis air mata Mira jatuh ke pipi apabila mengenangkan kembali memori pahit itu.
ANDA SEDANG MEMBACA
//ASSASSINS KILLERS// (MALAY)
Fantasy"Kau pun... dapat mesej tu jugak?," "Ya...kenapa?," "Aku pun dapat mesej tu," __________________________ Enam orang gadis menerima sebuah mesej yang sama daripada orang yang sama. Mengapakah mereka menerima mesej itu?Siapakah yang menghantar mesej i...
