Semua orang menginginkan jalan cerita hidup mereka berpengujung bahagia...
Ya... semuanya pasti mengharapkan sebegitu...
Tapi semua orang terlupa yang hidup ini hanyalah sebatas realiti.
Bahagia atau derita semuanya terletak di tangan kau sendiri.
Bagaimana kau membawa laluan hidup kau,
Kau akan lihat bagaimana jalan pengakhirannya.Muzik di dalam bar bergema di setiap ruangan, bagaikan tak peduli dengan bait-bait lirik yang belum tentu ada maksudnya sendiri atau tak. Pengunjung di sini tidak peduli, yang mereka tahu mereka hanya mahukan keseronokan yang mengisi waktu malam mereka.
Mereka berenam memilih tempat yang paling hujung di dalam bar, tak mahu dilihat oleh para gadis yang pantang melihat pemuda-pemuda kacak dan mengganggu keseronokkan mereka.
"Yo, dahlah. Ini dah masuk yang keberapa awak minum~" Pha cuba menarik gelas daripada tangan Yo, tapi budak tu mula menjadi agresif dan memeluk gelasnya dan naik ke atas meja. "LET'S HAVE FUN TONIGHT!!!!"
Dan siapa sangka jeritan Yo mendapat sahutan dari seluruh pengunjung di bar ini.
"Ming... kawan awak ke ni?"
Ming masa itu dah macam nak tenggelam je dekat seat dia. Rasa macam nak menghilangkan diri je, yela siapa sangka Yo bila mabuk teruk betul perangainya, macam hanat je.
Beam merada kasihan melihat Phana yang kesulitan dalam menguruskan Yo, terus dia bangun dan menarik tangan Yo supaya duduk di sebelahnya. Kit memberi ruang yang banyak agar Yo boleh berbaring di atas sofa dan menggunakan riba Beam sebagai bantal.
"Bagitahu aku, aku patut rasa jealous ke atau abadikan moment cute ni?" Forth sedikit ternganga dengan scene di hadapannya ini sambil melirik ke arah Phana.
Baru sahaja Phana hendak membalas, terdengar suara Yo merengek. "Mommy~~~"
"Shhh, Mimpi yang indah yaaa." Lembut suara Beam memujuk. Memang gaya keibuan sangat. Tangannya tak henti menepuk pelan mendodoikan Yo.
"Kalau yang ni pun kau nak jealous, aku tak tahu nak kata apa la." Sindir Phana sambil menjeling ke arah Forth.
"Apa citer ngan fakulti kau sekarang? Aku dengar kau head hazer this year kan? What happen dengan candidate sebelum ni?" Ujar kit tanpa mengetahui saat itu riak wajah Forth dan Phana mula berubah.
"Ha- hah?"
Kit menaikkan alisnya, apa kena dengan Forth ni? Takkan hal fakulti pun tak tahu menahu? Apa jenis head hazer dia ni? Dia melihat Ming untuk mendapatkan jawapan.
"Asal kau nak tahu kit? Bukannya kau ada kena mengena dalam hal ni kan? Ke kau dah ubah fikiran nak tukar course?" Phana meneguk minuman di dalam gelasnya.
Kit mengambil sebiji buah anggur dan mencampakkannya pada Phana. Memang mendapat la pandangan maut dari Beam sebab bermain dengan makanan. "Babi, kita dah tahun keberapa, function la sangat tetiba aku nak tukar course. Aku cuma nak tanya je pasal kes tu."
Mereka berlima hanya memandang satu sama lain. 'Kes' tu... merupakan kes tergempar sejak tahun pertama mereka di universiti itu. Kes di mana fakulti engineering menjadi tak sama lagi seperti dahulu kerana masih membawa coretan hitam terutamanya pada para pelajar yang mengikuti sotus semasa 2 tahun yang lepas.
"Korang maksudkan P'Kongpob"
Celah Beam apabila melihatkan masing-masing masih tak berani untuk membuka mulut mereka. Ditambah lagi dengan kehadiran junior baru seperti Ming dan Yo, kalau boleh mereka yang senior ini tak mahu junior-junior mereka tahu pun mengenai sejarah hitam ni. Tapi memandangkan Kit dah membuka cerita... dan mereka pun mendapatkan pandangan yang penuh tanda tanya dari Ming...
"Kenapa panggil dia P, Beam?" Forth berkerut, dan menjeling ke arah Phana. Lelaki giant itu hanya meneruskan tegukkan minumannya hingga gelas itu betul-betul menjadi kosong. Dia terasa dahaga sekali...
"Well... dia tua setahun dari kita, dan muda 2 tahun dari 'orang' tu kan?"
Ming menyipitkan matanya. Apa benda yang diorang tengah cakap ni? Siapa pulak p kongpob tu?
"Haihhhh apa cerita la P'kongpob sekarang ni ya? Kesian dia..." giliran kit pula mencelah, dan untuk seketika semua orang di meja ini kembali menundukkan wajah masing-masing. Ada yang mempamerkan kesayuan, kesedihan dan tak kurang juga perasaan serba salah.
"What the heck? Seriously, saya tak faham walau satu pun yang Phi semua cakapkan." Rahang Ming mula mengeras. Benci bila dirinya diacuhkan, nak-nak pula disajikan dengan pemandangan yang suram macam ni. Dia buat mental note dalam kepalanya, ingatkan balik nanti dia nak buat research pasal 'kes' yang konon-kononnya misteri tu.
"Kasihan dekat P'Arthit kan?" Semua tersentak dan berpaling ke arah suara kecil yang datang daripada Yo. Pemuda itu tiba-tiba je bangun sambil menatap datar ke arah udara. Walaupun tatapannya tepat ke arah phana namun, phana dapat rasakan yang penglihatan tersebut bagaikan menembusi dirinya.
"Hish! Yo! Janganlah tetiba bangun macam tu. terkejut Phi!" Beam memukul pelan lengan Yo, tapi anak muda itu memandangannua dengan riaksi tak bersalah. "Sorry Phi... Yo cuma kesiankan dekat Phi Arthit."
Ming mencuit bahu Yo, " wait? Maknanya kau tahu pasal P'Arthit dengan P'Kongpob?"
Cis! Masa bila pulak Yo tahu semua benda ni? Dahlah tak ajak dia pulak tu kalau nak bergosip. Sekarang rasa macam ketinggalan zaman pun ada.
"Sebenarnya Phi Kongpob tu-"
Bam!!!
Suara dentaman mengejutkan mereka semua, "kita datang sini nak seronok kan? The hell kita bercakap pasal orang lain ni?! Korang tahu tak benda ni boleh rosakkan mood?!"Gelas kecil minuman phana dibiarkan bergolek tanpa isi di atas meja. Itu adalah akibat dari ulahnya tadi.
"Betul cakap phana... kita datang sini nak minum. Kenapa cakap pasal benda-benda lama ni? Kan dah hilang mood." Forth menepuk perlahan belakang phana, cuba menenangkan lelaki itu. Tanpa disedari sepasang mata sedang melihat kemesraan itu dengan pandangan yang tajam dan dingin.
"Tapi phi!" Ming hendak protes, dia ingin tahu apa yang dah jadi sebenarnya.
"Ming... awak tahu tak perasaan ingin tahu tu suatu hari nanti boleh membunuh awak? Just let it go okay? Sepatutnya awak tak perlu tahu pun kes ni." Beam tersenyum, tapi senyumannya memberikan maksud yang mendalam. Maksudnya dia memberi amaran pada Ming supaya jangan desak mereka lagi.
Ming mengangkat kedua tangannya sambil menghela nafas yang berat. Untuk kali ini dia akan mengalah.
Kit terdiam di tempatnya, sejujurnya kenapa dia boleh terfikir untuk bangkitkan topik ni tadi?
Tiba-tiba Yo berdiri semula dan naik ke atas meja sambil menjerit "bartender!!!!! Kami nak minuman lagi!!!! Bawakkan cepat!!!!!!"
Dan tak sampai satu saat, keadaan meja mereka yang suram bertukar menjadi huru hara selepas Yo menjerit dan menarik Phana untuk menari dengannya di atas meja. Dan diikuti dengan Beam yang tak kalah gilanya memberi service pada Forth dengan membuat lap dance hingga membuatkan sudut ruangan mereka bertukar menjadi ghairah. Tidak ketinggalan Kit juga join menari di atas meja sambil meninggalkan Ming yang masih berusaha untuk menyembunyikan wajahnya kerana malu dengan pengunjung-pengunjung di sini.
Bergembiralah dasar manusia-manusia bertopengkan iblis,
Saat kau menari di atas tanggisan orang lain,
Jangan kau lupa akan dosa yang tak terlupakan yang akan datang bila-bila masa mengetuk pintu karma kau.Open your eyes for the next chapter...
Bukan salah korang ke yang sebabkan dia jadi macam tu?
Bukan salah korang ke yang pisahkan mereka berdua?
Bukan salah korang ke yang rampas kebahagiaan mereka?
Bukan korang ke?!!!!
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?