Chapter 13 : In the past 1 Beam&Arthit

113 4 0
                                    

First year at University kasersart;

Beam melihat Forth dan Pha pulang bersama dengan berpegangan tangan, mereka kelihatan begitu bahagia sekali. Terutamanya Pha, seharian asyik tersenyum apabila bersama dengan Forth. Sejak pertandingan bulan kampus, sedikit sebanyak telah membuatkan mereka menjadi rapat dan akhirnya memutuskan untuk berhubungan lebih dari sekadar pertemanan.

Tapi sayangnya mereka tidak mahu declare hubungan mereka kepada public, mereka lebih selesa menyimpannya untuk mereka sendiri, termasuk Beam dan kit. Tapi Beam tahu, cuma dia mendiamkan diri kerana mungkin couple ini mahukan masa untuk berkongsi kebahagiaan itu bersama teman rapat. Beam tetap sokong relationship mereka secara diam-diam. Lebih tahu adanya perasaan cinta di antara mereka sahaja sudah cukup.

Tak mengapa, asalkan sahabatnya bahagia dia sudah cukup bahagia. Melihat kelibat Pha dan Forth mula menghilang dari perkarangan fakulti medik, Beam masih tetap di tempatnya menunggu sosok yang dinantikannya.

Tiba-tiba ada sepasang tangan yang mencubit kedua pipinya, "amboi~ marah betul ya sebab kena menunggu? Lama sangat ke Phi buat awak tunggu?"
Orang itu lengkap dengan berjaket merah, tersengih apabila usikannya menjadi. Membuat Beam marah dengannya adalah hobinya jadi dia akan mencari sebanyak mungkin peluang itu.

Beam menghentam buku limanya sedikit perlahan pada bahu orang di hadapannya ini. Orang ini hanya tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya, happy sebab usikannya menjadi.

"P'Arthit! Phi kenapa lambat sangat?! Phi tahu tak dah nak berkematu dah punggung ni tunggu! Agaknya sampai berjanggut kalau tunggu lama lagi."

Arthit terkekeh pelan, "amboi melampau betul sampai berjanggut. Takderla lama tu kan?" Lelaki itu mengambil beg galas Beam dan sebelah tangannya lagi menarik tangan Beam untuk membuatnya berdiri.

"Phi mintak maaf naa, meeting sotus. Phi tak boleh lari. Phi kan former head hazer, phi kena trainning pengganti baru untuk hazing semester baru.Sorry na..."

"Oh wahai P'Arthit kesayanganku, kita ada teknologi yang namanya fon. Dah tahu nak lewat, text me or something. Bukan susah pun. Tak pandai pakai fon ke? Kalau macam tu campak je la fon tu. buakn reti guna pun kan? Pastu memang sengaja kan nak suruh kita tunggu kat sini macam orang bodoh." Beam sengaja tak memandang wajah Arthit yang kelihatan sangat serba salah. Dia sengaja memberi cold shoulder pada Arthit, rasakan! Buat lagi orang tertunggu.

Arthit menarik bahu Beam, supaya pemuda itu menatap ke dalam matanya. Dan melihat dirinya betul-betul rasa bersalah akan kesalahannya. Dia mengatup kedua tangannya dan menundukkan kepala di hadapan Beam. "Sorry! Sesungguhnya Phi la yang bersalah! Phi tak pandai guna phone. Jadi phi takyahlah pakai phone lepas ni kalau benda ni buat kita gaduh! Phi buang je phone ni ya?"

Arthit mengeluarkan iphonenya dan bersedia untuk mencampakkan phonenya. Yes itu yang dia akan buat kalau itu yang akan buat Beam berpuas hati dan memaafkannya.

Kemudian sepasang tangan milik Beam secepat mungkin menangkap tangan Arthit yang sudab bersedia untuk membaling. Dengan wajah yang panik dia segera menjerit "Phi! Phi dah gila ke?! Phi jangan buat benda gila boleh tak?!"

"Maafkan phi dulu."

"Tak nak"

"Okay kalau camtu phi baling! Lepas!"

"Okay! Okay! Phi ni!!! Cakap kat mama phi buat gila lagi!"

Arthit mencebikkan wajahnya mengejek Beam. Sikit-sikit mama. Nasib baikla mama diorang tu melayan aje kerenah adik beradik ni. Kalau la mama diorang tu hilang had kesabaran dia suatu hari nanti, mungkin dah separuh mati agaknya dipukul sebab degil dan suka cari gaduh.

"Bisingla budak kecik ni. Awak ingat phi betul-betul nak campak ke phone ni? Dah la bru beli, pakai duit part time phi pulak tu. memang taklah. Hahahhah" Arthit dah senang berlagak di hadapan Beam sementara adik tiri kesayangannya itu hanya mencebikkan wajahnya.

Kenapala dia boleh dapat abang yang bermoral macam ni. Abang yang suka pedajal adiknya sendiri.

Ya diorang sebenarnya adik beradik tiri, mama Beam adalah isteri kedua Rojnapat. Sewaktu mengetahui Rojnapat berkawin lain dan mempunyai seorang anak yang muda lebih kurang 4 tahun daripada usia Arthit, tipulah kalau tak meletus perang teluk dalam keluarganya. Malah sempat juga Arthit membenci Beam yang ketika itu dianggapnya perosak pekahwinan ibunya dan ayahnya.

Tapi setelah dia berjumpa dan mengenali Beam dengan lebih dekat, tanpa disangka mereka menjdi rapat dan seolah-olah menjadi adik beradik kandung. Sifat Arthit yang penyayang membuatkan Beam menjadi terlalu bergantung pada Arthit, tapi Arthit tak masalahkannya malah menyenanginya kerana selama ini dia menjadi anak tunggal dan kehadiran Beam membuatkan impiannya untuk menjadi seorang abang terlaksana.

Namun begitu, tiada siapa tahu pertalian antara Arthit dan Beam. Malah ditambah lagi dengan fakulti mereka berbeza menyebabkan tiada langsung persoalan mengenai kedekatan mereka. Bahkan mereka juga bertemu secara bersembunyi. Jadi tiada siapa yang tahu termasuk sahabat baik Beam sendiri.

"Jom balik?" Arthit menarik tangan Beam dan anak itu hanya patut mengikuti lelaki yang bernama abang itu.

"Nanti dulu! Saya masih lagi marahhhhh~~"

"Haih... yela-yela... nanti Phi belanja aiskrim"

"Hahahha maaf diterima!"

SinWhere stories live. Discover now