Chapter 14 : In the past 2 Pha&Forth

104 3 0
                                    

Dan bahagia itu tak bertahan lama. Saat hati mula beralih, Forth jumpa seseorang yang dia betul-betul cintai. Sementara itu Meninggalkan Pha berseorangan cuba membaiki keretakan yang masih boleh diselamatkan, yang nyatanya mustahil.

"Forth! Apa semua ni?!"

"Maafkan aku Pha..."

Pha membuang wajahnya ke tempat lain, dia tak mampu menatap wajah Forth yang ketika ini seolah-olah merayu padanya...

Merayu padanya untuk menjadi pemutus dalam perhubungan mereka...

"Forth semudah itu ke kata cinta pada diri kau hah? Hari ni kau suka orang lain, esok kau suka orang lain. Kau ingat aku apa Forth?!" Pha membaling sebuah buku dan tepat mengenai dada Forth.

"Aku... aku sayang kau... tapi dalam pada masa yang sama aku jatuh cinta pada P'Arhtit. Aku tak boleh nak bohong diri aku sendiri Pha. Aku betul-betul jatuh sayang dekat P'Arthit. Aku cintakan dia!" Forth menutup wajahnya dengan sebelah tangan. Menutup mata serapat yang mungkin... cuba menahan cecair yang mula bergenang di dalam matanya.

Pha meneguk rasa kelat yang tersekat di dalam kerongkongnya sejak dari tadi. Sesak rasanya...  dia terkekeh pelan...

"Forth... kau ingat tak lagi... masa mula-mula kau cakap kau sukakan aku? Sama macam sekarang ni la! In case kalau kau tak ingat, biar aku ingatkan kau! Apa yang kau cakap ni... sama macam macam yang kau cakap dekat aku dulu... segoyah itu ke kesetiaan kau pada aku, Forth?"

Adakah dia harus pasrah demi kebahagiaan Forth? Tapi apa Forth tahu tak mudah baginya untuk melepaskan rasa cinta ini yang hanya untuk Forth?bagi Forth mungkin ini semua tak bererti apa-apa. Tapi pha yang merasakan sakitnya itu perpisahan apabila mengetahui, dirinya sudah tak dicintai lagi. Perasaannya hanya tinggal sepihak.

Dan lebih sakit lagi dia tak dapat nak menahan Forth dari terus pergi darinya. Sakit...

"Tak ada apa yang yang aku boleh buat untuk selamatkan semua ni?" Pha mengharapkan jawapan dari Forth. Biarkan dirinya tahu yang bukan hanya dia yang beria-ria untuk pertahankan semua ini.

"Maaf Pha... mungkin ini akan sakit... tapi jujur lebih baik dari aku terus sakitkan kau dengan penipuan kan?"

Kali ini Air mata Forth juga jatuh. Tak guna lagi berahsia. Dia sedih... dia marah dengan dirinya sendiri. Kerana dirinya tidak berpendirian tetap. Kerana akhirnya perasaannya sendiri yang tidak pasti dan menyakiti pha di akhirnya.

"Jujur je Forth. Jangan tipu aku. Cakap je... supaya aku ada alasan yang cukup untuk bencikan kau... ada alasan yang cukup untuk buat aku lepaskan gantungan yang tak bertali ni. Alasan yang cukup untuk bebaskan kau dari hubungan kita ni..."

"Aku dah tak rasa apa-apa lagi pada kau Pha... maafkan aku."

Forth menghampiri Pha dan menarik lelaki itu kedalam pelukannya. Biarkan lelaki itu menangis di dalam rangkulannya untuk kali yang terakhir.

"Jahat... kau jahat." Pha memukul pelan bahu Forth. Dia terasa lemas... lemas kerana selama ini dia hidup dalam pembohongan? Sejak bila?

Biar rasa ini... tersimpan hanya untuk aku... kamu saja tahu. Hanya sekadar engkau tahu... aku ada bila kau perlu.

"Kau dengan P'Arthit... sejak bila?"

"Masa sotus... sejak tu... sejak tu semuanya berubah Pha. Maafkan aku."

Pha menolak Forth dengan perlahan, menatap ke dalam mata lelaki di hadapannya ini dengan tatapan sayu. Kekesalan... perasaan serba salah... rasa kasihan... tiada... tiada sekelumit pun perasaan cinta di situ. Dia tersenyum pasrah, kenapa begini akhirnya...

"Forth...Tolong cakap yang kau cintakan aku walaupun kau sebenarnya tak maksudkannya..."

Forth menggelengkan kepalanya, dia tak mahu. Bukankah itu akan menyakiti perasaan Pha lagi? "Jangyan macam ni Pha..."

"Please!!! At least biar aku tenang. Biar aku boleh lepaskan kau... please Forth... sekurang-kurangnya bahagiakan aku untuk seketika."

Mereka berdua terdiam untuk waktu yang lama. Sehinggalah Forth meraih wajah Pha, dan mengucup bibir lelaki itu. Pandangan mereka saling bertaut.

Ya... biarkan ini bertahan untuk terakhir kalinya.

"Pha... aku cintakan kau. Selamat tinggal."

Dan Forthla yang meleraikan pelukan mereka, Forthla yang meninggalkannya, Forth lah yang berpaling daripadanya, Forthla yang membiarkan huluran tangannya tak bersambut lagi. Dan Forthla membuatkan hatinya terus membeku dari menerima sebarang perasaan yang namanya cinta lagi. Kerana sejujurnya dia tetap mencintai Forth.

SinWhere stories live. Discover now