Chapter 12 : The truth revealed

96 0 0
                                    

"Mae...."

Pemuda itu masih merayu di lutut ibunya, menangis memohon pada kasih seorang ibu walaupun tak pernah didapatkannya selepas abangnya pergi.

"Mae.... ———- sayang Mae naaa."

Tapi mae tak pernah sayang saya....

Andai kata saya juga berakhir seperti P'Arthit... adakah mae juga akan rindukan saya?

Ataupun saya akan menjadi yang terlupakan...

P'Arthit beruntung naaa... semua orang sayang dia.

Saya rindukan P'Arthit.

"P'ARTHIT!!!" Pemuda itu bagaikan terjatuh dalam jurang yang besar dan ditarik keluar dari alam separuh sedar sehinggakan dia bangun secaa mengejut.

Badannya yang pegal akibat tidur di sofa tidak diperdulikan. Ubat-ubatannya yang berteraburan di atas meja dibiarkan bersepah.

Insomnia, Anti-depression...

Semua itu bagaikan sudah menjadi makanan ruji baginya. Setiap hari melalui mimpi yang sama, setiap kali tekaknya lali menelan ubat-ubatan tu semua.

Sedikit lagi... sedikit lagi. Mimpi ni akan berakhir. Sekarang semuanya dah berada di dalam genggamamnya. Tinggal untuk melaksanakannya dan menghabiskan semuanya sekali gus.

Pemuda itu mencapai sebuah topeng putih yang kosong. Dia menatapnya buat kali terakhir sebelum memakainya pada wajahnya.

Ah... ini lebih selesa. Menutup apa yang tergambar pada wajahnya ketika ini. Riaksi, Emosi dan semuanya.

Dia mencapai sebilah pisau dan kerambit. Kemudian sisipkan pada pinggang dan lengan bajunya. Perfecto!

Now... let's move on to the next and last stage...

Krakkk... pintu yang berhubung ke sebuah bilik rahsia dibuka.

Memperlihatkan beberapa orang yang sedang menanti apakah takdir mereka.

Mari kita lihat hukuman apa yang mereka akan dapatkan saat karma datang di hadapan mereka.

"Hello guys... selesa kat sini?" Pemuda itu tersenyum sinis di sebalik topeng. Dia melihat Pha, Forth dan Ming yang berada dalam ruangan itu melihat dirinya dengan riak wajah ketakutan. Bagus, bagus... itu yang dia mahu.

"Woi! Setan! Mana Beam hah?!" Forth meronta di sebalik ikatannya. Kepalanya sakit dan terasa seperti ada sesuatu hangat yang mengalir. Pasti darah.

Ingatannya sebenarnya samar-samar, sejak bila dia berada di sini dan siapa yang bawa mereka semua ke sini. Dan dia sendiri pun tak ingat sejak bila dia tercedera dan diikat pada kerusi.

Yang dia tahu bila dia buka mata, dia tengok Ming dah terbaring atas lantai dengan kaki yang luka. Pha terbaring di atas sebuah katil macam katil sakit dekat hospital dan lengkap denga iv drip. What the fuck- serious creepy tempat ni.

Gelap suram, dan hanya bertemankan dengan cahaya dari mentol lampu yang hidup segan mati tak mahu ni je. Dan satu lagi persoalan dia... mana Beam? Wait! Mungkin ke si creepy ni dah bunuh Beam?! Sama macam Kit?!

"Weyh mana Beam hah?! Kau buat apa ngan dia?! Kau memang binatang! Kau memang setan! Kau dah bunuh kit pastu kau ambik Beam pulak?!"

Jeritan Forth telah berjaya mengejutkan Pha dan Ming, mereka berdua baru sahaja dapat suaikan diri dengan persekitaran baru mereka.

"What the-" pha cuba bangun tapi badannya tak boleh bergerak. Dia dah mula panik.

Pemuda bertopeng itu berjalan menghampiri Pha dan berdetak lidah.

SinWhere stories live. Discover now