What is human's greatest driven force?
Hatred. Because It's strong enough to push a person into killing.
Pemuda itu menatap hujan yang turun dari daun pintu masuk rumahnya. Badannya yang kurus itu bersandar pada pintu tadi dan pandangannya menatap sayu pada hujan yang semakin lebat membasahi bumi.
Bau tanah mula meruap ke ronga pernafasannya. Dia sukakan bau tu. Dia pejamkan matanya dan cuba menghayati suasana itu... yang dulunya merupakan salah satu kenangan terindah bersama dengan P'Arthit.
Sebuah lagu klasik dimainkan melalui radio lama yang dahulunya pernah menjadi milik P'Arthit. Kini peninggalan P'Arthit itu menjadi miliknya.
Dulu selalu je dia mengusik abangnya yang berjiwa sentimental tu. P'Arthit selalu mendengar lagu-lagu lama yang direkod melalui kaset, pelik.
Namun P'Arthit sangat sukakannya.
Flashback ;
"Phi~ apa benda ni. Orang sekarang main lagu dekat phone je tau. Ni pakai kaset-kaset bagai. Ya ampunnn tengok ni! Berhabuk! Uhukk!"
Pemuda itu menggosok debu yang dah semakin menebal pada barisan kaset yang mereka jumpa di dalam store.
Ni kalau gumpal-gumpal ni dah boleh buat bola dah rasanya.
Arthit menggelengkan kepalanya sambil bercekak pinggang. Haih kalau bukan kerana kudrat dia seorang tak cukup nak angkat semua barang-barang ni, tak kuasa dia nak ajakla.
Tapi nak buat camne. Budak tu still lagi tolong walaupun mulutnya dari tadi menyumpah seranah pada habuk-habuk dan sawang labah-labah di atas siling.
"Phiiiiii~~~ jomlah balikkkk."
Pemuda itu menghentakkan kakinya pada lantai dan menyebabkan hampir separuh deretan kaset yang tersusun tadi terjatuh bagaikan domino.
"Tengok tu! Nanti rosaklah..." lembut Arthit menegur tetapi masih takder tanda-tanda bahawa pemuda itu mahu mengambilnya. Bukan itu sahaja malah dia mencebikkan wajahnya tanda protest.
Arthit mengeluh dia tiada pilihan lain. Dia tunduk dan mengambil kembali kaset-kaset yang terjatuh tadi. Haih... nak dimarahkan takut merajuk. Nak merajuk kan, nanti bukan dia yang pujuk kita. Kita yang kena pujuk balik.
Nasib baik sayang...
Tap... tap...
"Huh?" Kedua mereka tersentak mendegar seperti ada benda-benda kecil yang terjatuh di atas zink store rumah mereka.
"Phi? Tu hujan kan?"
"Takderla, alien jatuh tu."
"Phi!!!!"
Arthit tergelak. "Ha ah, hujanlah. Takkan orang pulak. Kau ni pun. Sejak bila hujan turun sealin dari air?"
"ada! Hujan batu!" pemuda itu mejawab dengan penuh sakarstik dan membalikkan tubuhnya tanda dia merajuk.
Dia menjeling malas pada abangnya. Dia terus beredar dari situ dan meninggalkan Arthit berseorangan.
Bila dia buka pintu tu...
"Gyahhh!!!"
Cepat-cepat dia tutup balik dan badannya menggigil kesejukan akibat terkena air hujan yang kian lebat di luar.
"Ahahahahaha. Itulah sebab kenapa phi tak nak keluar lagi tadi. Kelam kabut betul. Dahlah meh duk sini. Tunggu sampai hujan reda sikit. Meh."
Arthit menepuk sebuah bangku kosong si sebelahnya. Manakala tangan sebelahnya lagi sedang sibuk menggodek sebuah radio lama.
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?