Flashback
"Sawadee P'Arthit!"
Pemuda yang dipanggil Arthit itu berpaling pada arah suara yang memanggilnya. Untuk seketika, riaksi wajah garangnya bertukar menjadi lembut."Au! Ai'Pha! Apa yang awak buat kat sini? Leader team medical hari ni bukan giliran awak kan hari ni?"
Arthit menarik tangan Pha menuju ke arah tempat yang lebih teduh. Tak mungkin Arthit sampai hati untuk melihat juniornya yang satu ini berpanas-panasan seperti budak teknik yang lain. Arthit melihat budak-budak fakulti lain sebagai benda yang rapuh. Hahaha salahkan orientasi mereka yang brutal ini, dan fakulti lain belum pernah sebrutal ini dalam mendidik budak-budak baru.
Pha yang rasa ralat apabila diperlakukan seperti orang yang lemah, mendengus dengan rasa tidak suka. Riaksi dari bakal doktor ini membuatkan Arthit tersenyum. Sumpah Pha mengingatkannya pada adiknya.
"Auu Phi!!! Janganlah layan saya macam girlfriend Phi. Saya okay jela duduk kat tengah panas tu. nanti jatuhlah reputasi saya!"
Arthit hanya ketawa sambil menggelengkan kepalanya.
"Lagipun saya datang sini sebab prof John."
Jawapannya membuat Arthit menaikkan alisnya. Kenapa dia macam pernah dengar nama ni ya? Kat mana ya? Ada something mengenai prof John yang buatkan dia rasa seperti tak senang duduk.
"Kenapa prof fakulti engineering nak jumpa budak medik? For what reason?"
Phana mengangkat kedua bahunya, "don't know la Phi, yang pasti prof Thalia suruh saya jumpa Prof John untuk satu program co-join dengan fakulti teknik for next month."
Lagila tak masuk akal! Dah la Pha tu masih lagi freshie. In this case supposed to be senior dia la yang uruskan. Jadah Pha pulak? And lagi satu, as head hazer engineering, bukanke sepatutnya dia dimaklumkan ke projek co-join ni? The hell? Ada meeting yang dia termissed ke? Tapi kalau ada mesti Knott pun bising sekali. Ni takder pape pun.
"Hurmm, okayla kalau camtu. Kalau ada pape roger Phi je okay? Phi akan tolong mana yang mampu."
Pha pergi selepas memberikan 'wai' pada Arthit. Walaupun berat bagi sang senior untuk membiarkan dia pergi, nak tak nak itu adalah arahan. Pha kena jugak pergi. Tapi kenapa perasaan dia macam tak best je pasal hal ni. Nanti malam nanti dia buat mental note untuk tanyakan hal ni pada Kongpob.
.
.
.
.
.
3.00 a.m
"Phi nape tak tidur lagi?" Kongpob cuba menahan diri dari tidak menguap. Dia terbangun dari tidurnya apabila dia merasakan terlalu banyak gerakan di sebelah tempat tidurnya.Dia melihat Arthit yang resah, sekejap-sekejap berpusing ke kanan dan ke kiri, kemudian bangun bersandar pada kepala katil memeriksa telefon bimbitnya. Kemudian mengeluh hampa kerana apa yang ditunggu tak kunjung tiba. Sebenarnya apa yang mengganggu fikiran Phinya sampai sebegini?
"Phi? Phi okay tak ni?" Matanya sudah segar melihat Arthit yang memandangnya dengan tatapan yang penuh resah.
"I'm worried about Phana. Do you know, freshman from medic."
Entah kenapa pernyataan itu yang membuatkan Kongpob lebih segar bugar. The hell tetiba nama Phana tetiba muncul dan kenapa Arthit terlebih risaukan dia.
"Phi, phi paling tahu yang saya tak suka ada nama orang lain bila kita berdua je kan? Kenapa nak sibuk-sibuk risaukan orang lain? Risaukan boyfriend awak sendiri tak boleh ke?"
Arthit menjeling tajam, "awak ni dah kenapa? Dia tu junior kita tahu tak! Saya tak boleh lepas tangan je bila saya tahu dia dekat luar tu malam-malam buta macam ni, dia cakap dia nk call saya. Bukan saya tak percayakan prof John tu- tapi-"
Ketika itu Kongpob sudah mencerna 80% dari apa yang dijelaskan oleh P'Arthit. Dia dah mula duduk dari perbaringannya dan menatap Arthit serius sebelum dia bingkas bangun dan tergesa-gesa mencari kunci keretanya.
"Phi pergi siap-siap cepat." Ringkas namun cukup untuk menimbulkan tanda tanya.
"Hah?"
"Pha ada cakap tak dia dengan prof John dekat mana?"
"Tak, kong... macam mana ni... saya risau! Kong! Jomlah kita pergi cari dia!!!"
Kongpob faham dengan kerisauan Arthit. Yelah siapa yang tak kenal dengan prof John. Salah seorang lecturer terbaik dalam kampus mereka tetapi... prof John juga terkenal dengan khabar angin yang mengatakan dia 'makan' student dia sendiri. Dengan modus operandinya, mengajak student menemaninya outsation dan bermalam di hotel. Pada awalnya Kongpob tak mempercayainya.
Mungkin bukan lagi rumours bila kongpob sendiri dengar dari student yang pernah menjadi mangsa mereka.
Jadi bila mendengar N'Phana yang bersama dengan Prof John...
"Prof John... dia suka 'sentuh' student dia sendiri. I thought, dia cuma sentuh student fakulti kita je... but kalau dah sejauh ni dia luaskan modus operandi dia. Dia dah semakin berani. Phi, what about you? Awak paling lama di sini, you should know about Prof John..."
Kongpob menatapnya dengan tatapan curiga.
Arthit menggelengkan kepalanya dengan laju. "Tak! Saya tak pernah encounter dengan Prof John macam ni. I mean saya pernah ada kelas dengan dia but dia tak pernah panggil saya. Kejap... wait... I think pernah sekali! Tapi knott tak bagi saya pergi, bila saya tanya kenapa dia tak bagi dia cuma diam je. Saya dah cuak gila masa tu, takut dia denda saya ke apa but in the end, nothing happen. Seolah-olah invitation sebelum ni tak pernah berlaku- oh... that's why..."
Arthit terdiam sendiri, waktu tu dia bersyukur sesangat yang Knott dah selamatkan dia. Knott tahu...
Kongpob mengangguk dengan senyuman yang ketat. Ingatkan dia supaya dia berterima kasih pada P'Knott selepas ini.
"Kita kena cari Phana sekarang jugak. Saya akan contact dengan kawan-kawan saya-"
Tiba-tiba bunyi deringan dari telefon bimbit Arthit berbunyi. Dia dan Kongpob saling berpandangan sebelum...
"Phana!"
Ending flashback.
Phana menghentakkan kepalanya pada dashboard kereta. Kalaulah... kalaulah P'Arthit ada kat sini... mesti dia boleh selesaikan semua ni.
P'Arthit.... saya rindukan Phi... maafkan saya phi.
YOU ARE READING
Sin
Misterio / SuspensoApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?