Thailand, Suvarnabhumi Airport;
"Home sweet home!" Orang disebelahnya hanya menjeling pada si empunya suara yang menjerit macam nak bagi satu dunia dia dah balik thailand. Macam-macam perangai.
"Aiyooo Tuan Mudaaa~ muka tu janganlah ketat sangat. Be happy apa? Kau pun dah lama tak jejak kaki kat sini kan?"
Bright meminum espressonya, sangat perfect combinationnya. Pesanannya dibuat dengan teliti sekali! Jadi dia sangat gembira! Kopi for life okay? Jadi jangan judge.
Dia jadi teringat pada minuman yang berlawanan dengannya, iaitu teh. Haruman bau teh chamomile yang semerbak yang dituang dari pot tembikar ke dalam cangkir kegemaran Mila. Teh chamomile mengingatkannya pada Mila, gadis itu sangat sukakannya.
Ah, dia jadi rindu pada Mila... apa lah budak tu buat sekarang ni ya?
Mila terlalu patah hati sehinggakan dia pulang semula ke tanah airnya iaitu Malaysia. Mengucapkan terima kasih pada Tuan Muda dan salam terakhir kerana tak dapat lagi berkhidmat untuk singto.
Bright tak salahkan Mila, kerana Mila begitu sukakan Beam. Kasihnya tak pernah terucap sehingga ke hari ni, dan dia rasa dalam banyak-banyak hal pastinya gadis itu paling menyesali pada perasaannya.
Singto hanya membenarkannya, Tuan Muda yang satu tu sebenarnya berlembut hati untuk menerima Mila kembali semula bekerja dengannya jika Mila sudah sedia. Singto juga tahu yang Mila perlukan masa. Well semua orang dalam organisation merasakan benda yang sama. Mereka sanggup mati demi Arthit. Beam merupakan salah satu peninggalan Arthit pada mereka dan sebab itulah mereka bermatian melindungi Beam.
Tapi... mereka gagal. Mereka biarkan Beam mati sebelum sempat rancangannya terlaksana.
"Bagi aku... tempat ni mengingatkan aku pada neraka dunia!" Desis singto. Matanya meliar melihat persekitaran di sini.
Bright mengeluh, yang ni lagi sorang.
Singto merupakan sepupu jauh Kongpob, mungkin kerana genetik atau keajaiban, mereka berdua dianugerahkan dengan memiliki wajah yang sama tetapi dengan sifat yang berbeza. Jika Kongpob seorang yang baik dan peramah, berbeza dengan singto, dingin dan kejam.
Singto dan Kongpob sebenarnya sangat rapat, jika mereka bersama sudah pasti orang katakan mereka adalah kembar. Kongpob bagaikan adik singto yang tak pernah dia ada. Disebabkan itulah Singto sangat menyayangi Kongpob.
Sejarah silam Singto membuatkan Singto nekad untuk berhijrah ke negara matahari terbit. Namun begitu Singto tak pernah putuskan hubungan dengan Kongpob, mereka selalu berhubung dan kadangkala Kongpob bercerita mengenai Arthit. Jadi dari situ Singto mengenal Arthit.
Singto mengeluh, kalau bukan kerana nak menyelesaikan hutang yang belum terlunas. Tak akan dia jejakkan kaki ke sini!
.
.
.
.
Sementara itu tak jauh dari situ..."Auu! Cepatlah Lookaew!!! Kejap lagi kita kena marah dengan mama!"
Kelihatan seorang pemuda manis, berkulit putih, lengkap dengan lesung pipit di pipinya, sedang memarahi seorang gadis yang juga merupakan kakaknya.
Pemuda itu mengembungkan pipinya tanda marah, tak nampak garang dan menakutkan pun. Lagi rasa nak cubit adalah pipi dia tu.
Lookaew menjeling pada adiknya, kecoh! Kelam kabut! Tak menyabar! Tak nampak ke dia sedang cuba berjalan dengan penuh elegant dengan kasut tumit tinggi dia yang baru ni? Tolonglah faham sikit!
"Krist, cuba kau bawak bertenang?kejap lagi ada yang kena pukul kepala tu kan. Kau tak nampak akak tengah jalan slow-slow ni? Kan jatuh tergolek kat sini siapa yang nak sambut? Kau?"
Krist menjeling pada Lookaew.
"Hishhh tak kuasa la nak menyambut, lagi kita nak gelakkan adalah. Paling busuk pun buat-buat tak kenal."
Haish, bermoral adik dia ni. Tak sia-sia masa kecik dulu buli budak ni cakap dia anak angkat, kutip tepi jalan. (Korang pernah buat macam ni kat adik-adik korang? Hahahah😂)
"Alah kau tu, tak sempat nak menyambut, kau punya lemak pun tak sempat nak bawak, ni pulak nak menyambut aku. Dalam mimpi boleh la."
Krist dah berapi, nampak kulit putihnya terus bertukar warna.
"Ooo sekarang ni akak nak cakap yang Krist ni chubby la ya?"
"Pfft! Perasan! Chubby tu masih lagi dalam kategori comel! Kau tu suka ternak lemak la si gemuk!"
Tanpa segan silu lookaew mencubit lebihan lemak di pinggang Krist. Actually bukan lemak pun saje si Lookaew ni cari pasal.
"Akak!!!!!!"
Lookaew dah awal lagi lari dengan kasut tumit tinggi dia tu, sementara itu Krist juga tak ketinggalan mengejar dari belakang.
Bukkkk!!!!
"Awwww!!!"
"Krist!!!"
"Singto!"
Keduanya dah selamat mendarat atas lantai, Bright tergopoh-gapah cuba membantu Singto untuk bangun, dia dah tak pedulikan bagasi mereka yang tertinggal di belakang.
Manakala Lookaew awal-awal lagi dah cabut kasut tumit tingginya bagi segera berlari untuk mendapatkan Krist.
"Maafkan kami! Maafkan kami ya!"
Singto ketika itu kemarahannya mula memuncak, mulutnya dah bersedia untuk memaki sesiapa sahaja yang berada di hadapannya ini. Terutamanya pada si pelaku yang dah sebabkan dia terjatuh tadi. Si pelaku tadi asyik menunduk-nunduk meminta maaf.
"Woi, mata tu-"
"What the-" Bright dah ternganga.
Keduanya tergamam melihat sosok di hadapan mereka ketika ini.
Bagaikan melihat jelmaan kembali atau... kembar kepada-
"Arthit!"
Yang dipanggil dengan nama Arthit tadi hanya terkebil-kebil kehairanan. Dah kenapa dengan dua orang ni. Aneh! Dahlah bukan nama dia. Ikut suka hati diorang je nak panggil dia ni nama entah siapa-siapa ntah.
Lookaew dah menggaru kepalanya yang tak gatal, "ermm mintak maak maaf naaa bagi pihak adik saya. Kitaorang tak sengaja tadi. By the way nama saya Lookaew dan ni adik saya krist!"
Bright teragak-agak mengangguk sebelum secepat mungkin kembali kepada sosok ceria dan ramahnya. Dia dan lookaew mengambil masa sebentar sahaja untuk berbicara seperti kawan lama yang dah lama tak jumpa.
Manakala singto pula mula merasakan perasaan yang tidak enak. Jadi dia bukan Arthit? Tapi Krist? Sama tapi berbeza... gosh... janganlah sejarah lama berulang lagi. Tapi kenapa jantung ni berdegup dengan laju sekali?
Krist tak selesa dipandang sebegitu rupa oleh singto, jadi dia hanya terkekeh pelan sambil menghulurkan tangannya.
"Sorry ya pasal tadi? Nama saya krist. Selamat berkenalan. Jangan marah tau!"
Senyuman yang indah terpapar pada wajah manis pemuda ni. Dan sekali gus membuatkan Singto terpana. Bagaikan berjumpa Arthit buat kali pertama, dan singto jatuh cinta pada senyuman. Itu buat kali keduanya.
Ketika itu dua individu yang mempunyai arah yang sama namun berbeza matlamat bakal bertemu, benang merah takdir mereka bakal dijalin, namun adakah pengakhirannya akan berakhir tragedi atau bahagia?
Note: siapa nak s2? Kalau endingnya dah okay. It's okay if we just stop here. Kalau nak teruskan pun takpe. Jangan lupa komen naaa! Sampai jumpa lagi!!!!
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?