Seorang pemuda sedang melihat ke arah pemandangan laut yang menunjukkan betapa merah jingga warnanya, sama seperti warna langit ketika ini. Pemuda itu berpeluk tubuh menahan kedinginan angin laut. Tak lama kemudian dia merasakan kehangatan yang menyelimut tubuhnya. Dia tersenyum, dia tak perlu melihat siapa yang berada di belakangnya. Kerana dari bau perfumenya sahaja dia sudah tahu siapa gerangan orangnya.
"Ming... awak sorang je? Mana yang lain?"
Ming tersengih, dia memeluk erat P'kitnya dari belakang. Tatapannya turut terarah menatap laut yang terbentang luas di depan mata. Senja kian melabuh tirainya.
P'kit... kekasihnya ini masih lagi bernafas atas dasar persahabatan yang Beam simpan di dalam hatinya. Beam tidak berbohong apabila dia meminta Pha menyampaikan hajat terakhirnya, iaitu pernyataan minta maaf kerana Beam tahu masanya sudah suntuk. Dan bagaikan sudah dirancang, Beam tahu hayatnya akan berakhir pada peluru yang dilepaskan oleh pihak polis.
Sebenarnya P'kit masih hidup. Beam hanya menidurkannya dengan ubat tidur dan meletakkannya di dalam sebuah bilik hotel yang telah ditempahnya selama beberapa minggu untuk dia melaksanakan rancangannya. Sebelum Beam menghembuskan nafas terakhirnya, dia sempat memberitahu lokasi persembunyian P'kit. Dan Ming bersyukur atas nilai kemanusiaan Beam yang tidak membunuh sahabat baiknya sendiri.
Tapi Forth adalah orang yang paling kasihan. Saat dia cuba mendapatkan jawapan dari P'Beam... yang dia dapatkan hanyalah senyuman untuk yang terakhir kalinya. Biarlah Forth pula yang diseksa dengan persoalan yang tidak jelas. Kerana segala jawapan yang ada pada Beam akan dibawa sampai ke mati.
Manalala Pha, ditahan oleh pihak polis untuk membantu siasatan. Namun apa yang mengejutkan, Pha dibebaskan tak lama kemudian, semua tuduhan digugurkan dengan campur tangan seseorang. Tak siapa yang tahu, sehingga ke hari ini
Forth dan Pha, kembali menyambung kembali apa yang tinggal di antara mereka. Tidak dinafikan, Forth kini lebih belajar untuk menghargai, dirinya lebih terbuka untuk mencintai sesungguhnya Pha. Ming dan kit fikir, cukuplah keduanya dihukum dengan perasaan bersalah di masa lalu. Mereka sudah cukup terhukum dengan perpisahan mereka sebelum ini. Biarlah mereka bahagia untuk kali ini.
Namun begitu, satu tanda tanya bagi Ming dan yang lain. Bagaimana dengan Yo? Ke mana Yo menghilang? Siapa yang berikannya journal tu kalau bukan P'Beam? Dan siapa yang bersusah payah sejauh ni untum bebaskan Pha?
Tak apalah, walaupun kesemua persoalan ini masih tiada jawapannya. Yang penting mereka semua sudah menemui kebahagiaan masing-masing. Dan mereka akan terus mencari Yo sehingga ketemu. Mereka tak akan berputus asa! Itu yang pasti!
Di sesuatu tempat...
Kelopak bunga sakura yang jatuh berguguran sedikit pun tidak dapat mengangumkan sosok ini dengan kecantikkan bunga sakura tersebut. Yang ada cuma menambahkan rasa tidak senangnya sahaja."Bodoh... teruskan bersenang dengan kebahagiaan sementara korang tu. aku akan pastikan yang aku akan hancurkan korang pelan-pelan. Masa tu korang takkan nampak pun di mana aku akan menyerang. Aku akan ambik setiap makna kebahagiaan korang... dan hancurkannya di depan mata korang... ini janji aku..."
Sosok itu, memberikan isyarat pada anak buahnya yang setia menunggu tuannya sejak dari tadi.
"Bright siapkan semuanya. Kita akan berangkat ke Thailand. Pastikan semuanya sudah siap tersedia mengikut rancangan... aku nak semuanya berjalan dengan lancar."
"Jangan risau Singto, orang kita dah siap sedia di sana dan aturkan semuanya. Tinggal kita mendarat di Thailand sahaja."
Singto melihat bunga sakura itu buat kali terakhirnya sebelum dia melangkah masuk dan menuju ke sebuah ruangan rahsia. Di dalamnya terdapat dua buah keranda yang diletakkan dalam suhu yang paling dingin. Ianya untuk proses pengawetan... mayat.
Singto menuju ke arah sebuah keranda yang mengisi sekujur tubuh yang masih elok kondisinya walaupun sudah tak bernyawa lagi. Tangannya terhulur membelai wajah yang... seiras dengannya. Dan pada papan tanda di sebelah keranda itu pula tertulis Kongpob suthilack.
Mereka jumpa Kongpob tapi terlambat. Terlambat untuk selamatkannya kerana dia sendiri pilih untuk pergi bersama orang yang dia cinta.
"Bodoh... dasar adik bodoh. Kau dah sakitkan Arthit lepastu kau sakitkan diri kau pulak."
Air matanya mula menitis. Dia menyekanya dengan kasar. Dia bergegas keluar dari ruangan itu sambil disusuli oleh seorang gadis yang dikenali. Mila.
Gadis itu nampak tidak terurus. Lebih-lebih lagi selepas mendengar berita Beam dah mati. Dia bagaikan sosok tak bernyawa. Berjalan bagaikan tiada arah. Ditambah pula dengan kematian kongpob. Mereka semua hilang arah tujuan.
"Mila... janji ngan aku. Selepas ni kau takkan cintakan orang macam mana adik aku cintakan Arthit. Sebab cinta tu boleh buat kau sakit, sebab cinta tu boleh buat kau jadi gila. Lepaskan Beam... dia dah tiada."
Mila tak menjawab. Dia hanya mendiamkan diri dan memberikan tatapan kosong.
Singto menghela nafasnya. Dia pun takkan cintakan orang seperti mana adiknya mencintai Arthit. Ianya menyakitkan.
"Mila... kita akan balas balik... kita akan pastikan yang mereka takkan mampu pun berhajat untuk hidup atas muka bumi ni. Kita akan ambik semuanya yang mereka ada."
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?