Flashback ~ 1 minggu selepas kejadian itu, dan pemakaman Beam Baramee.
"jadi... macam mana awak kenal Arthit?"
Pemuda yang sedang disoal ini hanya mendiamkan diri, suspek hanya menatap sang penyoal dengan tatapan sinis, dan mengejek. Dalam hatinya sudah mengutuk kebodohan sang detektif yang hanya pandai memancing dengan melontarkan soalan-soalan yang membuatkan yang disoal semakin mahu mengunci mulut mereka. Tiada provokasi, tetapi hanya tuduhan untuk mencari segera siapa yang harus dipersalahkan. Bukankah pekerjaan yang namanya polis ini begitu?
"Detektif Ag. Nes?" detektif wanita ini hanya terdiam, dia tahu dirinya sedang ditilik sejak dari tadi. jantung dia dah berdebar, pemuda ini bukannya sebarangan orang yang boleh dia manipulate supaya pemuda ini confessed pada mereka hal yang sebenar. tetapi sebaliknya, dia yang merasa seperti dimanipulasikan dalam mainan psikologi ini! cukup dengan pandangan, waktu isolasi dan menyebut namanya. Detektif Agnes sudah di 'checkmate' terlebih awal lagi oleh main lawannya tanpa sedar!
Agnes mengeluh, dia sudah kalah sejak dari awal lagi. she could cut some slack...
dia melemparkan clipboardnya di atas meja, nothing. tiada cacatan yang tertera pada kertas. mana pergi dengan cacatan yang konon-kononnya ditulis semasa menyoal pemuda ini?
pemuda itu tersengih untuk kemenangan kecilnya, dia melihat clipboard tersebut dan wajah cantik Agnes secara bergantian.
"cantik nama Agnes... sama macam tuannya..."
"excuse me?"
Agnes menaikkan alisnya, apa yang budak ni nak cakap sebenarnya? "yeah... my mom named me after the writer cristie agatha"
"yang tulis detective novels?"
"also with 6 romance novels." Agnes menambah dengan bangganya.
"pfft! Hahahaha!!!! okay, detektif sangat kelakar!"
"hey! apa yang kelakarnya?!"
Agnes tak menerima jika dia dipermainkan oleh pemuda mentah macam dia ni. Rasa macam nak telan hidup-hidup je mamat macam ni. ada ke patut dia perlekehkan idola kesayangan ibunya.
"you know what, detektif pernah dengar kisah si bongkok?"
agnes menaikkan alisnya, okay permainan apa pulak kali ni?
"you mean locals? i think i've heard of it when I was little. kenapa?"
kenapa dengan nenek si bongkok tiga? apa kaitannya? Agnes betul-betul buntu. dah kenapa?
pemuda itu mendiamkan diri, nampak garisan kedutan pada dahinya. nampak sangat yang dia tak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh pemuda ini.
"huff!" pemuda itu menghela keluhan yang berat. no one could ever think like him.... no one can understand him at all.
"Quasimodo?"
"yup! I'm talking about him! " kata pemuda itu bersemangat sekali.
"okay... what about him? wait- apa kena mengena dengan semua ni?"
"you know what....nama awak ingatkan saya pada Esmeralda. Nama sebenar dia adalah Agnes, and how tragic their love story..." dia tersenyum mengingatkan kasih Quasimodo pada Esmeralda. sanggup berkorban apa sahaja, bahkan cuba melindungi Esmeralda sehingga ke akhr hayatnya.
agnes berpeluk tubuh. "but Esmeralda tak pernah cintakan Quasimodo..."
"exactly! kesian kan Quasimodo? Esmeralda cintakan orang yang salah... orang yang terlalu pentingkan dirinya... sampaikan dia tak nampak apa yang betul dan apa yang salah... tahu apa pengunjung cerita mereka? Esmeralda tetap dibunuh... dan Quasimodo memeluk jasadnya sehingga dia sendiri mati akibat kebuluran. But anyway... Quasimodo masih dapat bersama dengan orang yang dia cinta kan?"
agnes cuba mencari kaitan dalam cerita ni, but she got none from it. Lagi dia merasa keliru adalah.
"I don't get it. Apa kaitan dengan Phana, Forth dan Arthit?"
"And P'Kongpob."
"Him too?!"
"Cuba check balik hasil laporan siasatan awak. Apa yang cik detektif tertinggal?"
Tanpa membuang masa Agnes terus keluar dari bilik siasatan dan menuju ke arah officenya berada.
"Cik Agnes! Dah habis ke interrogation?" Kelihatan Robert melihatnya dengan wajah yang terpinga-pinga. Iyalah siapa yang tak terkejut apabila melihat atasan mereka datang ke office bagaikan dikejar hantu.
"No! Find me something about Kongpob suthilack! I think we might missed something!"
"Tapi Cik Agnes, laporan akhir mengatakan Kongpob Suthilack hilang selepas Arthit Rojnapat ditemui. I mean, dah 2 tahun... almost nak masuk tahun ketiga. I don't think he still alive."
Langkah Agnes terhenti.
Wajahnya pucat untuk seketika, dia cuba untuk mengingat kembali apa yang pemuda di dalam interrogation room berkata.
"Quasimodo memeluk jasad Esmeralda sehingga ke akhir hayatnya. Well, anyway, dia masih dapat bersama dengan Esmeralda hingga ke akhirnya jugak kan?"
"What the- Robert! Arahkan team kita untuk ke pemakaman Arthit Rojnapat! Now!"
Robert menaikkan alisnya. What? For what? Untuk interrogate orang yang dah mati? Apa kena dengan atasan dia hari ni?
"Cik Agnes?"
"Kita akan gali semula makam Arthit Rojnapat."
Wtf?!!! Dah hilang akal ke apa Cik Agnes ni?!
"Gali?! Are you out of your mind?!" Dia hilang sabar, tak logik langsung nak pergi gali balik kubur Arthit Rojnapat nak buat apa?! Kita memang boleh soal balik orang mati ke apa ni? Ataupun Cik Agnes ada kuasa psikik yang boleh bercakap dengan orang mati? Hah kalau macam tu qualified sangat masuk team Avengers lepas ni!
"Just do it! Saya akan dapatkan waran daripada chief."
Robert dah pening. Dia tanpa sembunyikan sedikit pun riaksi 'I had enough of this' sambil mengurut kepalanya di hadapan Agnes.
"At least tell me, What are we going to look for..."
Agnes membalikkan tubuhnya, melihat Robert yang kemungkinan akan pengsan selepas mendengarkan hal ini.
Dengan senyuman yang kelat, "Kongpob Suthilack"
.
.
.
.
.Interrogation Room;
"Auu... kenapa detektif Agnes pergi dengan begitu cepat. Saya belum habiskan cerita saya lagi." Pemuda itu buat-buat seperti dia sedang merajuk. Tetapi kemudian riaksi wajahnya berganti dengan senyuman sinis."Aku harap dia faham apa yang aku cuba nak sampaikan. Tehehehe... dan berharap dia jumpa apa yang dia nak."
Pemuda berlesung pipit itu, manaip sesuatu pada skrin telefon bimbitnya, dan menghantar pesanan tu pada seseorang.
"Done my job. -kittinan"
YOU ARE READING
Sin
Misteri / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?