I love this song so much, can't help but keep listen to the song. And its not even helping when the MV is so interesting to watch. And give some ideas for 2moons/sotus cast friendship, I keep thinking the endless circle, make them confused with their feelings. And between friendship, love, hatred, and secret, make each of them choose.
But btw! Enjoy! While listening to this song.
"I just want this darkness to go away..."Why we can't be together like before...
We can't... because I already blinded myself with hatred.
I missed our friendship...
Me too...
Bila orang tu dah move on dari kau, janganlah kau datang balik dalam hidup dia. Kau tak tahu betapa susahnya dia untuk lupakan kau, bukan tu je, dan dia terpaksa teruskan hidup dia tanpa kau lepas tu. kau takkan pernah tahu apa yang dia lalui lepas kau tinggalkan dia.
"Pha..."
Suara lembut yang cukup dikenalinya menyapanya dari belakang. Dia tak perlu berpaling untuk melihat siapa pemilik suara tersebut, dan terus memberi ruang kepada orang itu untuk duduk di sebelahnya.
"Mana Forth pergi? Kenapa tak balik dengan Forth?"
Beam meraih tangan Pha dan meletakkan tangan yang lebih besar darinya itu di atas ribanya. Beginilah setiap masa jika hanya tinggal mereka berdua, Beam adalah seorang yang hyper sebenarnya dan dia memang jenis yang tak reti nak duduk diam. Dan untuk membuat dia fokus adalah bermain dengan sesuatu atau buat dia sibuk dengan hal lain.
Disebabkan itulah, habit bermain dengan tangan Pha atau Kit sudah menjadi kebiasaan dan sukar untuk dihentikan serta merta. Kalau orang lain yang tidak mengenali mereka sudah tentu menganggap mereka sepasang kekasih. Mujur pasangan masing-masing sudah sedia maklum tentang hal ni dan mereka juga tak ambil pusing. Yela, kalau jealous jugak dengan kawan sendiri tak tahu la.
"Forth ada kelas, nanti dia datang sini. Mana yo?"
"Entahlah..." Pha mengangkat bahunya. Betul, nampak macam tak endah walaupun cerita sebenarnya dia macam terasa dengan Yo. Semenjak 2,3 hari ni Yo dah lain macam dengan dia. Macam menjauhkan diri pun ada. Nak kata dia tak cukup bagi perhatian, rasanya dia layan Yo macam biasalah. Dia tak tahu apa masalahnya, dan dia rasa macam takder mood nak melayan ditambah lagi dengan masalah yang ada.
Beam menaikkan alisnya. Pelik betul pasangan lovey dovey ni ada masalah rumah tangga. Lagipun kalau nak diikutkan PhaYo selalu sahaja nampak bahagia, dan kalau ke mana sahaja mesti bawak sekali aura bunga-bunga diorang tu. Sampaikan rasa geli geleman tengok. Kit apatah lagi muntah keluar pelangi dah rasanya.
Tapi Beam being Beam la kan. Tak mungkin dia nak push Pha suruh cerita masalah dia kalau dia tak nak. Nak buat apa? Nanti dia rasa stress pulak. So sebagai kawan yang baik hati serta memahami ni, apa yang dia mampu lakukan adalah dengan memujuk Pha.
"Kau ni... ada masalah bukan tahu nak selesaikan. Kalau korang asyik larikan diri sampai bila nak selesai masalah?"
Pha berpaling pada Beam, matanya nampak redup dan sendu je. Beam pulak rasa kasihan dan tak tergamak nak beleter panjang-panjang.
"Tapi Beam, tak semua orang macam kau... ada orang nak kan masa untuk diri sendiri supaya dia boleh tenangkan diri. Kalau aku... itu adalah masa untuk merawat luka..."
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?