"I need you to tell me what happen? Between you, Forth, P'Arthit, and P'Kongpob... I need to know... so I can help you."
Air muka Pha mula bertukar menjadi keruh, anak matanya sibuk meliau melihat ke pelbagai arah tetapi tidak berani sekali menatap pada Beam.
"Pha.. kalau kau diam aku tak boleh tolong kau." Pujuk Beam lembut. "Pha, aku ajak kau bincang berdua macam ni- aku ingatkan aku akan lebih terbuka dengan aku. Kau boleh verita apa sahaja yang kau nak... kalau kau tak nak bukak mulut-"
"apa yang aku perlu lakukan untuk mendapatkan pengampunan dosa?"
Beam terkekeh pelan "oi? Dosa? Pengampunan? Kenapa kau yakin sangat yang kesalahan yang kau buat tu boleh dimaafkan? Sedangkan apa yang kau buat pun tak terbayar harganya...." Bisik Beam perlahan. Tapi masih kedengaran di telinga Pha, makanya dia berpaling pada Beam dan menatap pemuda di sebelahnya ini dengan tatapan tak percaya.
"Beam?"
"HAhahahahaha!!! Kenapa serius sangat? Rilexla! Aku gurau je. Pha! Salah apa je yang kau buat sampai kau jadi macam ni. Hahahha, chill okay? Yang aku maksudkan , dah kenapa engineering berpecah belah sampai macam tu sekali. Dan nampaknya, kau pun tahu dan terlibat sekali. Gosh Pha... whatever you did dah buatkan perang dunia ke-3 meletus!"
Pha mendengus, ada ke sampai perang dunia ke-3. Rasanya takderla seteruk tu. tapi...
"Its just, diorang ingatkan aku pun ada kaitan dengan punca kematian P'Arthit dan kehilangan P'Kongpob."
Beam menaikkan alisnya, "so apa kaitannya dengan kau?"
Pha mengeluh, "sebab sebelum P'Arthit mati dia gaduh dengan P'Kongpob. And kebetulan aku pun ada sekali kat tempat kejadian."
Beam terkedu. Memang dia pernah mendengar ura-ura yang romantik couple tu bergaduh sehari sebelum P'Arthit meninggal. Tapi tak tahu apakah sebabnya dan yang dia dengar tak lama selepas tu, ada andaian yang mengatakan P'Kongpob yang bunuh dia. Lepas tu campak dekat bawah Rama Bridge. Dan apa yang paling meyakinkan yang rumour tu benar adalah tak lama selepas siasatan polis dijalankan P'kongpob hilang macam tu je. Macam ditelan bumi, dan tak pernh wujud pun kewujudannya.
"Wait kau? Asal kau boleh ada kat situ? Jap! So kau tahu ke kenapa P'kongpob gaduh ngan P'Arthit?"
Pha sedikit teragak-agak untuk mengatakan hal yang sebenarnya. Yalah dia sangat hormatkan P'Arthit, dia tak mahu orang lain bersangka buruk pada lelaki tu selepas dia menceritakan hal ni.
"Diorang gaduh sebab... Phi Kongpob tuduh dia curang."
"WHAT THE FUCK?!!!"
.
.
.
.
.
"Kau memang tak nak bagitahu hal yang sebenar pada Beam eah?" Lam membuang puntung rokoknya dan memijak cancer stick itu sampai apinya benar-benar padam.Dalam mental imagenya dia benar-benar ingin pijak je Forth macam dia pijak saki baki rokoknya tadi. All of this happen because of this guy. Dahlah membohong pada Beam, bukan setakat tu je apa yang Forth buat ni bakal musnahkan semuanya apa yang mereka ada selama ni.
Tapi dia rasa kesian pada Forth pun ya jugak, tengoklah lelaki yang dipanggil king of 2nd year of engineering kusut, jiwa galau. Nak buat macam mana dah kadang-kadang Forth ni pun bodoh dia tak boleh bawak bincang.
"Kalau kau tak buat hal dulu. Semua benda ni takkan jadi. Engineering still ada sotus, no secrets dan hipokrit dalam friendship kita, P'Arthit masih hidup dan mungkin... akan bahagia dengan P'Kongpob. Dan mungkin kau pun boleh bahagia dengan dia sekarang... " ejek Lam.
"Apa yang kau cakap ni hah setan? Aku ngan dia dah takder pape ah. Lagipun aku tak sangka perasaan aku, confession aku boleh bawak bala kat kita semua. Ya aku ngaku aku bodoh Lam. Tapi everything will be just fine kalau orang tu tak pernah kantoikan apa yang aku buat pada P'Kongpob."
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?