"Arthit.... Arthit..."kelihatan seorang wanita paruh baya sedang terduduk di atas lantai, di dalam sebuah kamar milik seseorang dan perasaannya cukup menyedihkan, jika melihat wanita itu sedang menangis meratap sesuatu. dalam dakapannya, terdapat sebuah bingkai gambar yang terpasang sekeping foto. Foto yang menyimpan banyak kenangan sang ibu pada anaknya...
"mae..." datang seorang pemuda yang masuk ke dalam kamar tersebut lalu meluru memeluk ibunya. "mae... jangan macam ni naa... jangan menangis lagi naa...please mae...."
rayuannya hanya dianggap sebagai angin lalu, tiada satu pun butir bicaranya yang terdengar. malah yang lebih menyedihkan pemuda itu ditolak dan wanita itu mula mengamuk.
"pergi! pergi! kau pun sama saja! kau yang ambik anak aku kan?! pulangkan anak aku! pulangkan anak aku!ARGHHHHHH!!!!"
"maeee!!!!" pemuda itu tersungkur di hadapan kamar tersebut, matanya teralih pada papan tanda kecil di hadapan pintu bilik ini,yang tertulis 'Arthit's Room'.
Bam! Pemuda itu diusir kuat dan masih kedengaran di dalam bilik itu, wanita itu masih mengamuk dan menjerit histeris.
"mae..." pemuda itu bersandar pada pintu dan mula menangis. "P'Arthit..."
"siapa ada abang yang paling cool dalam dunia ni?!!!" jeritnya seperti kanak-kanak Ribena. dan isi jeritannya membuatkan sang abang mula merona dan tersenyum lebar. ternampak barisan gigi putihnya bersama lesung pipit lengkap di pipi chubbynya, menambahkan lagi seri pada wajah sang abang. ah, sang abang memang cantik pada dasarnya. dan dia mencintai abangnya lebih dari apa pun.
P'Arthit... I love you....
I love you...
I love you...
I love you...
I love you...
I love you...
bip!
notification satu pesanan ringkas terpapar pada skrin telefon bimbitnya. dia menatap dingin pada telefonnya. Jarinnya malas menekan pada banner notification tersebut.
From : Phana
kita jadi kan pergi ke pantai? jumpa di cafe fakulti teknik nanti?
pemuda itu mendengus keras, hatinya terlalu lelah untuk membaca pesanan tersebut sehingakan ke akhirnya. hatinya sakit...
Bukan salah korang ke yang sebabkan dia jadi macam tu?
Bukan salah korang ke yang pisahkan mereka berdua?
Bukan salah korang ke yang rampas kebahagiaan mereka?
Bukan korang ke?!!!!kenapa mereka semua berlagak seperti tiada apa yang berlaku? kenapa diorang semua boleh tersenyum bahagia menjalani hidup masing-masing tanpa ada sekelumit pun rasa bersalah? sedangkan dirinya... di sini tenggelam dengan perasaan rindu dan dendam.
kerana rindu pada orang yang dah tiada itu lebih menyakitkan...
bagaikan hidup tiada artinya lagi... kenapa dia tak mati sahaja? itu lebih mudah kan? P'Arthit pun takkan sunyi lagi...
"Argh!!!!!!" "mae?" "mae!!!!" pemuda itu terkejut mendengar suara jeritan yang datang dari bilik P'Arthit, secara tiba-tiba, dia risau jika ibunya kenapa-kenapa, dia cuba untuk merempuh sahaja pintu tersebut, tetapi bila memikirkan itu adalah bilik.... P'Arthit... dia tak sanggup untuk merosakkannya. rosakkan satu-satunya yang masih tersisa mengenai P'Arthit.
kenapa... kenapa mereka yang kena hadapi semua ni? kenapa?
"mae...sabar ya... saya akan balaskan semuanya... saya akan rampas setiap satu yang membuat mereka punya tujuan hidup mereka...biarkan mereka juga merasakan kehilangan seperti kita mae... saya takkan lepaskan mereka... itu janji saya" gumam pemuda itu, sebelum dia pergi dari rumah itu dengan perasaan penuh dengan dendam.
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?