Chapter 6 : The Bloody Fight

134 4 0
                                    


"Forth!!!"

Beam dah kecut perut dia bila dia nampak ada lelaki yang berjaket hijau melayangkan penumbuk ke arah Forth. Tapi tahu je lelaki tu bukannya budak engineering for nothing. Dengan mudah je dia tepis dan balas balik. Lagipun bagi Forth, benda ni semua dah biasa. Dah jadi makanan dia pun.

Forth macam dengar sayup-sayup ada orang panggil nama dia. Dah kenapa, masa nila ada orang nak panggil nama la apa la. Tak nampak ke dia tengah sibuk ni?

Bagi Beam ni adalah kali pertama dia tengok bloody fight macam ni. Tak- tak... dia sebenarnya pernah tengok lagi teruk dari ni. Dulu masa sekolah menengah, ada kes sorang senior sekolah dia bertumbuk dengan ramai orang budak dari sekolah lain. Depan mata dia pulak tu. masa tu dia gementar bukan sebab takut... tapi more kepada rasa excited nak join.

Nasib baik ada Phana dan Kit cepat-cepat tarik dia pergi kat tempat lain. Sebabnya diorang takut, nanti diorang pun terlibat sama dengan 'perang' yang tak adil tu. dia pun tak tahu apa nasib senior yang lawan sorang-sorang tu.

"Forth! Kau dengan kawan-kawan kau memang tak guna kan?! Gunakan kawan-kawan kau untuk tutup kesalahan kau!

Forth menatap tajam pada seorang lelaki yang berjaket hijau. Em...lelaki ni lain sikit dari orang-orang yang berjaket hijau kat sini. Sebabnya dialah ketua, dialah yang jadi pencetus perang kat kawasan ni.

"Apa yang aku buat, itu aku punya pasal lah! Kau yang takder kaitan tetiba pnas plak! Dahtu pergi serang orang dengan cara paling pengecut sekali! Setakat menyalak kat sini, samalah kau cakap ngan dinding. Tak de sape nak layan. Blah la!"

Em meludah ke tanah, nampak pada wajahnya terdapat beberapa kesan lebam   Kesan daripada berlawan dengan minions si Forth ni.

Pengecut? Dia? "Hello, tu lagi okay dari dilabel sebagai pengkhianat atau pembunuh! Baguslah kau dengan Pha tu! Sorang pengkhianat, sorang lagi pembunuh!"

Forth adalah type yang malas nak cakap banyak. Kalau boleh settle dengan 2,3 kata lagi bagus dari bercakap buang air liur, buang tenaga dan buang masa. Please, takyah cakap banyak. Nak settle dengan fist cakap je. Dia sedia.

Brawl over brain. Itu bukan Forth. Otaknya penuh dengan calculation untuk settlekan masalah gang, atur pergerakan berlawan dan avoid peperangan yang tak berguna.

Baginya kalau dah takder makna tu, tak payah nak diperjuangkan lagi.

Tapi pertarungan ni lain, ia seolah menjanjikan satu perjanjian di mana jika salah satu pihak menang, maka Em dan geng-geng dia dah tak boleh nak tunjuk muka lagi di hadapan Forth, itulah apa yang dia fikir kalau pihak Em kalah, dia boleh diamkan Em buat selamanya.

Tapi memandangkan rasa dendamnya pada Em dah lama dipendam lama dah, boleh pergi jalan dengan peraturan. Dia nak tengok sape tumbang dulu je. Em memang cari pasal bila dia berani buat Pha macam tu.
Dah rasa hidup lama kot.

Yang lain semua bertarung dengan sengit, Beam takder pilihan lain bila dia tengok salah seorang dari jaket hijau tu asyik menyerang Forth dan asyik bangun je bila tumbang.

"Em... Forth!"

'Kalau macam tu sampai bila pun tak habis!'

"Woi, Beam kau buat apa kat sini?!"

Dia tengok dari jauh Lam jerit nama dia, ah sudah! Sekarang semua orang tengok dia. Dia dah macam berpeluh-peluh dah. Perlu ke sekarang?

Lam made his way to him kot. Susah payah tendang ramai orang dengan kaki panjang dia tu. untunglah ada kaki panjang. Kepala dia dah berdarah-darah, lepas tu dekat tulang pipi sebelah kanan dia tu dah nampak kesan membiru kat situ. Tshirt putih dia yang kat dalam tu dah basah dengan darah. Gila la diorang ni.

SinWhere stories live. Discover now