"Kau adalah orang yang paling licik sekali."
Pemuda itu langsung tidak mempedulikan suara di belakang yang terus dengan nada menyindirnya. Lagipun buat apa dia nak marah? Memang satu kenyataan pun kan?
Dia adalah jahat, dia pengkhianat, dia licik dan dialah manusia yang bertopengkan dengan perangai setan sebenarnya.
Menjadikan Beam sebagai kambing hitamnya, cukup mudah. Bukan kemahuannya tapi... keadaan sudah memaksa untuknya memperalatkan Beam.
"Pandai kau ya... berpura-pura merasa takut, berpura-pura berlagak seperti orang yang tak bersalah- oh lupa... kau memang pandai buat diri kau seolah tak terwujud dalam masalah mereka...kit... kau memang pengkhianat."
Kit tersenyum. Tangannya masih lagi memegang sekeping gambar di mana dia,Phana dan Beam bersama di sebuah atap bangunan terbiar. Itu adalah tempat favourite mereka. Jauh dari pandangan orang, jauh dari kehadiran manusia-manusia selain daripada mereka. Hanya mereka bertiga...
Sebelum P'Arthit, P'Kongpob, Ming, Wayo dan Forth hadir dalam hidup mereka, mereka bahagia menjalani kehidupan-kehidupan seharian mereka. Cukup ada satu sama lain... cukup dengan kepercayaan untuk satu sama lain. Dan cukup... dengan mencintai antara satu sama lain.
Walaupun tak pernah terucap...
"Auch... that's cold. Pengkhianat tu- sangat serius bunyinya. Aku lebih suka menggelarkan diri aku adalah seorang genius!"
Pemuda di belakangnya ini hanya mendengus pelan. Dia faham kenapa Beam buat semua ni, tapi apa yang dia tak faham adalah Kit? Why? Kenapa Kit pun terlibat sekali? Dan lebih-lebih lagi dialah dalang semua ni berlaku! Apa motif lelaki ni?!
"Kalau kau tanya aku kenapa... aku hanya boleh katakan terlalu banyak 'kerana' untuk dijadikan alasan kepada kenapa aku buat macam ni."
"Kau sanggup buat macam tu dekat kawan-kawan kau. Aku tak faham! Kau tak sayangkan diorang ke?! Kau tak kesiankan diorang ke?!"
Sayang? Jujur dia katakan... dia sudah muak dengan kata-kata sayang yang cukup murah diucapkan kepada sesiapa sahaja yang mereka mahu. Kata-kata sayang yang tiada makna... kosong... yang ada hanyalah kebiasaan kerana kita selalu menyebut perkataan sayang.
"Kau tak faham Yo... kau tak faham. Sebabkan aku cintakan diorang la aku buat macam ni."
"P'kit... i don't get it."
Kit bermain-main dengan gelasnya, dan mencebikkan wajahnya.
"Seseorang yang sedang beremosi sangat senang dikawal. Kalau tiap hari kau bisikkan kata-kata hasutan dah tentu dia akan termakan jugak kan? By the way kau nak tahu macam mana aku boleh buat semua tu? First thing first, bukan p'Bright sorang yang ada kebolehan untuk menggodam. Aku pun~ mula-mula aku hantar email pada Em, uishhh dia mangsa yang paling senang aku manipulate."
"Fuck you!" Wayo berdesis.
"Hahahah! No! I fucked you! Already did! Tengoklah sekarang ni kau kat mana?! Lepas tu aku suruh dia serang Phana atas nama Kongpob. Tak susah kan? Oh by the way, yang viral dekat internet tu aku yang buat, dekat buletin fakulti pun aku upah orang untuk buat semua tu. You see, its kinda fun actually, tapi kesian Pha. Menangis dia."
Kita ketawa sambil menggelengkan kepalanya, perutnya terasa geli apabila mengenangkan Beam yang berpura-pura comfortkan Pha. Ahhh mesti Beam meluat kan masa tu? Dia boleh bayangkan. Si penipu dengan penipu! Padanlah diorang berdua berkawan!
"Ahhh ya, aku la yang yakinkan Beam untuk matikan watak aku terlebih awal sebab- hurmm macam mana nak cakap ya? I don't know, well kalau aku ada sekali macam mana aku nak tengok drama ni betul-betul kan?"
YOU ARE READING
Sin
Mystery / ThrillerApabila dendam dan cemburu melebihi segalanya dan persahabatan menjadi galang gantinya... Shhh~ setiap orang juga memiliki rahsia mereka sendiri. Bagaimana dengan anda pula?