"No way, Papa. Pa, you can't force me. Alya tak sedia lagi untuk kahwin. Cukuplah sekali Alya gagal, Alya tak nak gagal lagi buat kali kedua.", buat kesekiankalinya aku menolak.
"Papa tak Nampak mana kurangnya dia untuk Alya tolak. Cubalah buka ruang dalam hati Alya untuk terima orang lain selain dia", papa melontarkan pandangannya yang pada aku tidaklah salah cuma tidak kena tempat.
"Mummy setuju. Alya takkan nak hidup sendiri sampai tua?", sampuk Mummy yang ku kira mengarut.
Aku? 21 tahun. Pelajar perubatan di Universiti Malaya. Aku bukan berumur 40 tahun yang Mummy perlu risau tak kahwin dan mereput seorang diri sampai tua. Meskipun bagi aku tiada salahnya hidup sendiri tanpa suami di sisi. Asalkan hati tak sakit. Itu kebahagiaan bagi aku. Satu pencapaian yang besar. Berdikari.
"Mi, Pa, Alya bukannya andartu. Alya masih muda. Alya nak fokus pada cita-cita Alya", luah aku.
Aku punya cita-cita. Aku ingin menjadi wanita independent. Aku tidak ingin bergantung hidup pada seorang lelaki. Aku punya matlamat hidup. Goals yang ingin aku kecapi. Bukannya duduk di dapur, memasak dan mengabdikan diri pada sang suami yang entah siapa dia jumpa di luar. Bukannya aku tak baca di FB page Kisah Rumah Tangga itu, ramai wanita meruntun jiwa meluahkan perihal suami yang aku kira tidak masuk akal dan kejam.
"Tapi tak bererti Alya akan gagal bersama Mateen, kan? Masa lalu tak perlu lah Alya ungkit dan ingat kembali. Let bygones be bygones. Papa yakin Mateen calon yang sesuai buat Alya. But darl, I won't force you. Alya jantung hati Papa, nyawa Papa, mana mungkin Papa paksa Alya untuk berkahwin dengan lelaki pilihan Papa. Alya bijak, Papa yakin Alya boleh buat keputusan. Kalau Alya taknak, katakan, pandailah Papa pujuk Uncle nanti", kata-kata Papa begitu menyentuh hati aku. Ya, Papa tidak pernah memaksa kami hatta memarahi kami kerana tidak memenuhi hatinya. Bagi dia, hidup kami, biar kami yang tentukan. Tapi tidak bagi Mummy....
"No. Abang, saya tak setuju. Alya, perkahwinan tetap diteruskan. Oh, dulu kamu gilakan si Usman sampai Mummy suruh sabar satu saat pun tak mahu. Mummy dah penat ikutkan rentak kamu. Berkawan entah apa-apa kemudian kecewa. Mummy sudah cukup berendam air mata hanya nak besarkan kamu. Abang, setuju saja. Katakan setuju pada Tuanku Sultan".
Kan aku dah kata. Mummy sebaliknya. Kalau orang kata ibu ialah yang paling memahami, bagi aku tidak. Mummy tidak pernah faham aku. Tak. Dia tidak pernah cuba untuk faham aku. Bagi Mummy, mudah. Aku hanya perlu ikut telunjuk dia. 'Tak selamat hidup tak dengar cakap ibu'. Itulah ayat dia. Kuasa veto sebagai seorang ibu dia gunakan. Itu yang Papa selalu kalah. Dan aku juga. Aku tak mampu nak berlawan kata dengan Mummy lagi. Sudah cukup aku jadi anak derhaka. Jadi, keputusan terbaik ialah keluar dari bilik ini.
Aku naik ke rooftop. Rendam kaki di pool lagi bagus dari melayan Papa dan Mummy yang tak habis-habis tentang Pengiran Muda itu. Kisah tahun lepas berulang kembali di ingatan aku.
2016
"Sampai hati you buat I macam ni. You tahu tak peritnya, pedihnya hati I. Tapi, I sanggup maafkan you. Kembali pada I, Man. I terima you. Next week kan kita dah nak kahwin. You lupa ke janji-janji kita?"
"I can't. Sorry. Baliklah Alya. Nanti I suruh Ibu pulangkan cincin dan barang-barang hantaran. I masih simpan lagi. Soal wedding, I akan tanggung semua kerugian. I akan bayar semuanya"
"Bukan duit yang I nak!!!!! I nak YOU!!! Sampai hati you............. I tak sangka."
Aku menggoncang-goncang tubuhnya, menagih janji. Janji yang dia sendiri tabur waktu ingin memikat hati aku dahulu. Mana perginya Usman yang tak lengkang dengan kata-kata manis. Mana perginya tunang yang telah terikat denganku selama setahun? Mana ikrar setianya? Lupakah dia?
YOU ARE READING
Seteguh Kasih Sedalam Rindu
Fantasy"Why don't you marry me? We can be happy together. I mean.......I akan try bahagiakan you?" - Pengiran Muda Abdul Mateen "Tak semudah itu, Mateen. Kebahagiaan yang I cari mungkin tak sama dengan definisi kebahagiaan you" -Alya Balqis "We'll try. Tak...