Bab 15

735 17 0
                                    

Sotogrande, Spain.

Kesejukan pagi ditambah pula dengan penghawa dingin mengejutkan aku daripada tidur yang lena. Aku meraba-raba di sebelah pembaringanku. Kosong. Tanganku tercapai satu nota yang ditinggalkan.

'Abang keluar dulu meeting. Tak nak kejut sayang tadi tengok nyenyak sayang tidur. Talk to you later. Breakfast abang dah order kan. Sayang makan tau. Nanti balik kita jalan-jalan'

Aku mengeluh panjang. Sudah 3 hari kami di sini dan inilah rutin harian aku dan Mateen. Dia terlampau sibuk dengan kerja dan aku hanya terperap di dalam bilik. Bila aku ingin berjalan sendirian dia tidak membenarkannya. Katanya bahaya di tempat orang. Tapi aku bosan duduk dalam bilik saja. Tengok tv, makan, tidur. Saban hari dia berjanji untuk berjalan menerokai Sotogrande ini tapi tak pernah pun dilunaskan janjinya yang satu itu. Aku faham dia sibuk tapi aku juga perlukan masanya untukku.

Ini tidak. Setiap pagi, aku hanya dikejutkan dengan terangnya mentari atau sejuknya penghawa dingin. Dengan berbekalkan nota, aku mulakan hari aku. Kadang-kadang dia balik sekejap tengah hari ke hotel, dan kemudian kembali menjalankan tugas. Larut malam baru pulang. Itu pun aku sudah tidur. Tiada masa untuk kami berjumpa atau makan bersama. Dia pasti sudah makan dengan client dan aku sudah awal-awal dia pesankan makanan. Aku bersyukur dia masih mengambil berat tentangku tapi aku juga mahukan dia.

Aku tidak mahu terus larut dengan perasaan. Aku bingkas bangun dari katil. Aku tolak langsir sehingga cahaya matahari menembusi kamar kami. Aku lihat pemandangan yang serba indah di luar. Langit yang sangat cerah mampu memulihkan semangat dan membantu aku supaya bersabar, memahami keadaannya. Aku lihat sarapan yang disediakan, toast, scrambled egg dan beans. Dimewahkan lagi dengan strawberi yang dicelup dengan coklat sebagai pencuci mulut. Semuanya disediakan oleh pihak hotel The Villas by Villa Paediarna ini.

Hanya Instagram menjadi peneman sewaktu aku makan pagi. Setelah itu aku mandi. Kemudian, tengok tv. Tunggu sehingga Mateen pulang. Hari-hari begitu lah. Apa boleh buat. Suami sibuk aku perlu lah faham. Perasaan dia pun aku perlu jaga. Cuma itulah bila perasaan rindu datang mencengkam boleh hilang rasa memahami.

Hari sudah pun menginjak petang namun bayang Mateen masih tidak kelihatan. Tiada sebarang mesej ditinggalkan. Makan tengah hari aku dihantar oleh pihak hotel seperti biasa namun hari ini dia tidak pulang untuk berehat sebentar. Tiba-tiba hati aku jadi sayu. Aku tidak tahu kenapa tetapi hati aku mudah sangat tersentuh dengan perbuatannya. Kadang-kadang aku terfikir apakah dia mengabaikan aku walaupun aku tahu jawapannya tidak. Bukannya apa, setiap kali dia tidak dapat menunaikan janjinya untuk membawa aku berjalan, dia akan meminta maaf denganku. Aku tahu dia bukan sengaja. Tapi hati ini mengada sangat.

Aku terjaga apabila mendengar pintu bilik air ditolak. Ya, aku terlena dalam pada aku menunggu kepulangan suami. Aku lihat jam di dinding. 9.35 malam. Aku pasti Mateen baru pulang. Aku bangkit dari pembaringan dan merapikan diri. Aku ingin bertanyakan harinya. Seharian aku tidak melihat wajahnya. Rasa rindu.

Dia keluar dari bilik air dengan hanya bertuala. Tubuh sasanya itu sudah biasa menjadi pameran untukku tapi masih lagi menggetarkan jiwa apabila aku melihatnya.

"Abang" panggil aku manja

"Abang buat sayang bangun ke? Sorry"

"Mana ada. Alya memang nak jumpa abang. Seharian tak jumpa rasa rindu. Abang dah makan?"

"Dah makan tadi dengan client. Abang rindu juga. Nak buat macam mana, kerja. Sayang dah makan?"

Sudah dapat aku agak. Pasti dia sudah makan dengan client. Walaupun begitu namun aku tetap membatalkan pesanan untuk makan malam aku. Bagi aku, that's it. Malam ini, aku dan dia harus makan malam bersama. Aku akan paksa dia makan lagi.

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now