Semua di meja makan ini sedang menanti jawapan aku. Ya lah, kan Pengiran Muda Abdul Mateen baru sahaja mengatakan dia sudi memperisterikan aku. Huh! Macam lah aku akan terpedaya dengan permainan bodoh dia. Aku pandang Mummy dan Papa. Wajah mereka penuh pengharapan. Apa lagi yang bisa aku jawab? Aku tidak mahu memalukan mereka.
"Let time decides? Alya masih study lagi"
"I won't mind you continue your study. Dekat Brunei pun ada medical course, kan Daddy?" sambut putera raja itu. Tuanku Sultan mengangguk senang.
Apa yang ingin aku jawab ini?
"She's right. Alya kan baru kenal Timmy. Takkan nak terus get married kan, Timmy? Timmy lain lah lelaki. Perempuan banyak yang perlu disiapkan. Tak termasuk pula semua yang Alya perlu belajar especially bahagian protokol istana. Lagipun dia perlu siapkan mentalnya juga nak duduk jauh dari family. I feel you, Alya" tiba-tiba Pengiran Azemah bersuara.
'Thanks a lot, Aze!'
Kalau tidak ada Aze mungkin aku terpaksa menjawab 'ya' sahaja pada ketika ini. Kerana aku sudah tidak punya alasan untuk menolak. Aku tidak ingin dilabel sebagai jual mahal pula. Pengiran Muda elok mahu menjadikan aku Pengiran Bini tapi aku pula yang kekwat tidak mahu. Ya lah, mereka bukan tahu perkara sebenar. Apa yang sebenarnya dimaksudkan oleh putera raja itu.
"Yes, betul tu Aze. Alya rasa lebih baik biar masa yang tentukan. Kalau ada jodoh tak ke mana kan?" dengan senyuman paling manis aku menyuarakan pendapat.
Besar harapan aku sekiranya mereka menerima dan mempertimbangkan kata-kata aku. Aku memandang Pengiran Muda itu dengan mata sengaja aku kecilkan. Geram. Dan dia? Tersenyum sinis. Kan aku dah cakap, dia memang tidak ikhlas dengan apa yang dia tuturkan. Asalkan dapat menyakitkan hati aku, dia rasa puas.
"Uncle setuju. Kalau jodoh tak ke mana. Kalau dah memang nama Alya tertulis di Luh Mahfuz, tercipta untuk Mateen, seribu tahun nanti pun takkan berubah jika itu kehendak-Nya" jawab Tuanku Sultan.
Aku memanjatkan kesyukuran kerana dengan kata-kata Tuanku Sultan sebentar tadi, semua di meja turut sama mengangguk bersetuju. Terima kasih, Ya Allah!
Usai makan malam, aku naik ke rooftop. Aku tahu mereka semua masih di bawah, di halaman rumah. Tapi aku tidak betah mahu duduk bersama mereka disebabkan adanya putera raja itu. Aku memberi alasan bahawa aku tidak berasa begitu sihat untuk bersantai di luar dengan cuaca yang agak sejuk malam ini. Ironinya, aku di luar, di rooftop, merendamkan kaki ke dalam pool. Fikiran aku kusut. Perbualan di meja makan sebentar tadi terngiang-ngiang di telinga. Mengapakah dia bertindak sebegitu?
"Tak tahu pula Uncle Ahmad ada kolam air panas" ucap satu suara yang sangat aku kenal.
Suara lelaki egois yang hanya mementingkan diri. Aku tidak ingin lama-lama di sini. Aku bangun, ingin menuju ke bilik tidurku. Sebelum aku sempat keluar dari ruangan itu, dia menarik tangan aku dengan senyuman sinis di bibir dia berkata.
"Tak betul ke I cakap you anak manja? Buktinya baru kena tegur sikit dah lari balik rumah. Bukan tu je, entah-entah you dah bagitahu parents you, to reject the marriage proposal. Langsung tak kesiankan mak bapak kan perangai you ni. Selfish!"
Wah! Dia benar-benar menguji kesabaran aku. Aku selfish atau dia yang pentingkan diri? Menegur aku? Lebih kepada menghamburkan rasa marah yang membuak-membuak yang telah dia simpan untuk aku.
"Itu bukan tegur namanya, Tuanku. Tegur ada gayanya dan cara Tuanku lebih kepada meluahkan ketidakpuasan di hati. Kan mudah kalau bibir bertutur seiring dengan hati. I bukan hipokrit. I cakap berdasarkan apa yang I rasa. Ya, memang I dah reject. Sebab I tahu kita tak layak dan Tuanku bencikan I. Tapi yang I pelik, kenapa Tuanku beriya-iya nak memperisterikan I? Bukan ke I ni yang tergila-gilakan Tuanku?" balas aku dengan sinis.
YOU ARE READING
Seteguh Kasih Sedalam Rindu
Fantasy"Why don't you marry me? We can be happy together. I mean.......I akan try bahagiakan you?" - Pengiran Muda Abdul Mateen "Tak semudah itu, Mateen. Kebahagiaan yang I cari mungkin tak sama dengan definisi kebahagiaan you" -Alya Balqis "We'll try. Tak...