Bab 16

1.2K 26 6
                                    

"Sayang" panggil Mateen.

Aku terus berpusing ke arahnya yang berada di belakangku.

Click!

"Abang! Buruk lah kalau candid macam tu. Dengan muka berkerut seribu. Sekali lagi lah Alya posing"

"Tak nak. Biar lah bagi abang comel. Abang suka tangkap gambar sayang candid. Lagi jujur perasaannya. Tapi kalau sayang nak abang snap kan gambar sayang sekali lagi mari lah. Abang tangkapkan"

Dan aku pun menuruti lagaknya. Pose seperti kebiasaan orang yang meneroka dunia luar. Selain dari tanah tumpah darah. Sudah hampir seminggu di sini, barulah hari ini kami berdua dapat menerokai Bandar Sepanyol. Dari Bandar Sotogrande kami ke Granada. Mulanya pagi tadi, Mateen mengajak aku ke Polo Santa Maria, tempat kebiasaannya dia bermain polo bersama rakan-rakannya di sana. Kemudian kami singgah makan di restoran berdekatan dan berjalan menikmati pemandangan dan window shopping. Aku sempat membeli sedikit souvenir buat mereka yang ditinggalkan di Malaysia dan Brunei.

Dan kini, kami sedang berjalan di gigi air, di Pantai Playa de la Barrosa menikmati masa berdua dengan yang tersayang. Aku memaut lengan sasa Mateen sambil berjalan. Aku perasan sepasang mata milknya memandang aku dengan senyuman. Dan aku faham makna senyuman itu. Tetapi aku malu untuk bertentangan mata dengannya saat ini. Entah kenapa tetapi apabila berdua begini dengan suasana yang agak romantik, aku jadi tidak keruan. Hati tiba-tiba menggila.

Dalam pada aku melayani gelodak hati yang tidak tentu hala, aku merasakan ada tangan yang melingkar di pinggang aku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dalam pada aku melayani gelodak hati yang tidak tentu hala, aku merasakan ada tangan yang melingkar di pinggang aku. Aku terus memandangnya di sebelah. Dia tersenyum. Manja. Dan aku turut membalas senyumannya. Jujur aku katakan ketika ini aku berasa sungguh bahagia. Ini yang aku maksudkan apabila aku ingin menghabiskan masa dengannya. Tidak perlu suasana romantik seperti ini juga aku sudah bahagia. Hanya dengan menghabiskan masa kami berdua. Tanpa gangguan.

"Lama tenung abang. Relaks lah sayang belum masuk Maghrib. Kalau ya pun tunggulah lepas solat isyak. Kalau tak kan nanti leceh nak mandi wajib" usik Mateen yang mampu membuatkan jantung aku berdetak makin kencang dan pipi merona merah.

Aku tidak mampu membalas kata-katanya. Sudahnya aku hanya mencubit tangan sasa miliknya. Mengusik lagi. Naik sepit ketam ini tahu pula menjerit.

"Sayang, jangan lah cubit-cubit manja dekat sini. Kalau ya pun dekat bilik nanti lah"

Nampaknya Mateen masih galak mengusik. Hati aku ini sudah berdentam-dentum memainkan irama lagu. Mungkin lagu rock barangkali kerana degupnya sungguh kuat aku rasakan.

"Abang ni! Tak nak lah kawan" balas aku lantas melepaskan pelukan di tangannya dan berjalan mendahuluinya.

Dia sempat menarik tanganku dan memegangnya kembali. Erat.

"Abang saja je bergurau. Suka tengok sayang malu macam ni. Apalah sayang ni dengan abang pun nak malu lagi?"

"Abang. Sudah lah. Asyik cakap pasal tu je"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Oct 23, 2018 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now