Bab 8

864 18 3
                                    

"How was your day?"

"Busy. Teman Daddy meeting with all corporates. Penat but I remember that tomorrow would be my last meeting. Then, that night, I boleh turun Malaysia. Meeting. With my loved one ni"

"Ah lamanya nak tunggu esok malam. Anyway, kalau you letih, tunggu lah Khamis baru datang. Tak perlu terkejar-kejar. I dekat sini juga"

"But I miss you. So much"

"Mengada. We facetime hari-hari"

"You tak rindu I ke? Facetime mana cukup. I nak tengok depan-depan"

"Of course I do. Tapi I kena faham you. Dapat facetime pun I dah bersyukur. Lamanya 2 minggu kan. Rasa macam bertahun"

"Yes. Apparently. By the way, you ada jumpa...."

"Mateen! Mateen!" jerit satu suara dari tempat Mateen.

"Gotta end it here. Later I Whatsapp"

"Okay. Bye........."

"Love you"

"Love you more"

Setiap malam, tanpa jemu, aku dan Mateen akan facetime bersama. Ini sahaja cara untuk kami melepaskan rindu. Kami tidak seperti yang lain. Rindu sahaja, terus berjumpa. Keluar makan, tengok wayang, pergi arcade, berseronok berdua-duaan. Kami terpisah dengan Laut China Selatan yang tidak mungkin aku mampu renangi. Bukannya tidak tergerak hati mahu melawatnya di sana, cuma aku tidak mahu menganggu kerjanya. Aku sudah berjanji mahu menjadi teman wanita yang memahami. Teman wanita?

Tiba-tiba fikiran aku menerawang jauh pada saat dia ingin memasuki perut pesawat Royal Brunei Airlines tempoh hari. Waktu itu, segala bebanan jiwa terlepas namun, satu lagi perasaan sebak menguasai hati. Aku tidak mahu dia pergi. Baru sahaja ingin bercinta, ternyata tiada masa buat kami berdua. Mungkin aku terlalu leka, hingga terlepas peluang di depan mata.

"I akan datang. Dalam minggu depan mungkin if I tak busy. As soon as possible. I janji" janjinya sewaktu dia ingin terbang.

Terbang dibawa burung jadian itu. Jauh daripada aku. Membawa segala jiwa raga aku. Aku buntu. Aku seolah-olah sangat rapuh. Perasaan sebak menjalar di dalam hati.

Aku hanya mengangguk. Aku tidak mampu membicarakan walau sepatah perkataan jua. Kerana hakikatnya aku tidak mahu dia tahu aku bersedih. Aku berjanji aku akan sentiasa memahami keadaan kami. Namun, hati yang rapuh, apabila disentuh, pasti luluh.

"Hey, janganlah macam ni. You make me don't wanna go back. Macam mana I nak tinggalkan you macam ni" tuturnya lembut meluluhkan semangat diri.

Akhirnya, aku menangis teresak-esak di bahunya. Di depan semua orang. Ugh! Malu. Tapi ketika itu aku tidak berasa apa-apa. Aku hanya inginkan dia. Tapi aku gagahkan kembali hati aku. Aku sempat berfikiran waras. Aku tidak mahu mereka melihat aku sebagai seorang yang cengeng dan mementingkan diri. Dia pergi untuk negaranya. Membantu Daddy. Bukan suka-suka. Dan aku hanya teman wanita yang berusia kurang dari 24 jam.

"Janji? I akan tunggu you" balas aku.

"Ya, I janji" tuturnya menawarkan janji yang aku pegang sehingga hari ini.

"Ha! Mengelamun. Dah facetime, sampai ke Whatsapp pun masih nak termenung ke, Cik Alya? Dulu bukan main benci, sekarang tak boleh tinggal walaupun sesaat"

Itulah ayat Affy. Dulu benci sekarang tak boleh berenggang. Suka sangat kaitkan kisah dulu. Dulu orang tidak sudi, aku pun tariklah diri. Takkan mahu jadi terhegeh-hegeh pula. Tapi kini, dia tabur janji, lalu aku sambut tangannya. Dan aku kirimkan doa buat dia dan kami. Setiap hari. Biar berkat, bak kata orang! Entahlah, sekarang ini aku masih mahu memikirkan yang indah-indah. Soal perkahwinan, masih panjang lagi bagi aku. Masih jauh.

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now