Bab 12

746 14 0
                                    

"Apa guna tangan ketul-ketul macam ni Penguin tu pun tak dapat-dapat dari tadi" usik aku kepada Mateen yang sejak tadi tidak henti-henti mencuba untuk mendapatkan anak patung daripada mesin itu.

Dia masih gigih mencuba, bermain dengan punat hijau itu sehingga menimbulkan urat-urat di tangannya. Mateen memang pantang dicabar egonya. Semuanya dia ingin nampak sempurna. Bak kata orang, nak menang saja!

"Yes! Nah ambil Penguin you. Dah jangan minta lagi. Mesin ni kuat menipu. Nak telan duit orang saja" rungutnya tidak puas hati.

Mana tidaknya sudah hampir 6 kali dia mencuba dan akhirnya berjaya pada percubaan yang ke-6. Mateen, oh Mateen.

"Thank you! Jom I belanja aiskrim"

Dia hanya tersengih memandang aku. Alahai pandangan matanya memanah terus ke hati aku. Cewah sejak kami kembali baik ini aku sudah pandai bermain kata seolah pujangga. Itulah akibatnya apabila duduk dengan Mateen yang hari-hari ada saja ayat manis diucapkan. Al-maklumlah kasanova tersohor suatu ketika dulu.

Aku memesan McFlurry Oreo dan Sundae Chocolate buat Mateen. Belum sempat aku mengeluarkan wang, dia sudah terlebih dahulu membayar. Sengaja nak tunjuk gentleman la tu. Aku tahu sikap Mateen. Dia tidak mahu aku mengeluarkan satu sen pun untuk dia. Bagi dia, dia lelaki jadi harus dia yang membayar segalanya. Walaupun aku pernah bertekak soal ini dengan dia, aku terpaksa beralah kerana prinsip dia sangat teguh. Bukan apa aku cuma tidak mahu dia atau sesiapa sahaja memandang aku sebagai mata duitan yang bersama dengan Mateen hanya kerana pangkat dan hartanya. Kerana itu bukan aku. Aku tidak mahu hartanya. Cukup hanya dia untuk aku. Walaupun dia bukan Pengiran Muda Brunei, aku tetap akan bersetuju untuk berkahwin dengannya. Aku pasti!

"Dah sampai mana, Alya? Hong Kong? Korea? Ke Europe?" perli Mateen

Aku tahu dia sedar bahawa aku jauh mengelamun. Ya lah kalau tidak mulut aku tidak akan berhenti mengomel sudah seperti bertih jagung. Sampai kadang-kadang dia pun naik pelik kerana pada awal perkenalan aku seorang yang tidak banyak mulut. Tetapi sebenarnya memang ini sikap aku cuma aku hanya akan membebel, mengomel dan sebagainya hanya apabila aku sudah berasa selesa dan rapat dengan seseorang. Dan saat ini, aku yakin bahawa aku dan Mateen sudah berada di satu tahap di mana aku mempercayakannya sepenuh hati. Dan itu yang menonjolkan sikap aku yang sebenar. Aku selesa menjadi diri sendiri apabila dengannya.

"A'ah. Dah sampai Maldives. Dah terbayang laut biru dia sambil duduk bersantai di villa Velassaru dia. Ah! Indahnya!" sengaja aku ingin membalas usikan Mateen. Lebih-lebih lagi apabila aku teringat percutian Hanis Zalikha baru-baru ini ke Maldives. Sungguh indah!

"Oh ya ke? Kenapa tak bagitahu awal-awal teringin nak ke Maldives. Nanti kita pergi sana okay bila dah kahwin. Honeymoon" ajaknya sambil mengenyitkan mata. Gatal!

Belum kahwin lagi dah fikir nak berbulan madu. Belum lagi aku menjalani ujian protokol dia sudah ingin menempah tiket ke Maldives. Terburu-buru.

"Tak mahu lah. Kita bercuti di Malaysia atau Brunei saja pun dah cukup. Lagipun I memang berminat nak bercuti dekat Pantai Timur macam Terengganu. Nampak lagi menarik. Baru seronok berbulan madu dekat sana. Maldives nanti jetlag lagi, dengan jadual you yang busy mesti tak dapat habiskan masa bersama dengan puas"

"Hm kalau nak habiskan masa bersama dengan I saja, apa kata kita duduk bilik saja lah. Baru puas habiskan masa dengan I. Daddy pun mesti lagi suka sebab cepat sikit dia dapat cucu" ujarnya sambil tersengih-sengih macam kerang busuk.

Muka aku sudah mula merona merah. Mateen ini kalau dah naik ulat bulunya bukan boleh dilayan. Melarat jadinya nanti. Aku juga yang naik segan. Dia bicara seolah-olah tiada apa-apa. Aku yang sudah memikir bukan-bukan. Walaupun aku tahu padanya hanya gurauan.

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now