Bab 4

649 13 0
                                    


Ini yang aku tidak berapa gemar bila duduk di tengah-tengah kota metropolitan. Jalan raya yang sesak, suasana yang bingit dengan hon yang tidak henti-henti dibunyikan menyuarakan rasa tidak puas hati, dan pemandu yang mementingkan diri memotong jalan orang lain.

'Alamak aku dah lambat ni. Mati lah!'

Aku lihat jam berjenama Fossil yang berwarna rose gold di tangan, sudah pukul 8.55 pagi dan aku masih sangkut dalam kesesakan lalu lintas ini. Aku sangat resah pada ketika ini. Aku buka aplikasi Waze. Aku dijangka akan tiba di padang Ekuestrian Polo pada pukul 9.30 pagi.

'Kali ini kau memang betul-betul cari nahas, Alya' Aku dapat bayangkan muka Pengiran Muda Mateen yang bengis itu. Sekali tersalah cakap mahu aku dibaham. Ish! Gerun.

Aku memang sudah lambat dan kini aku hanya menunggu masa menjadi mangsa harimau kerana aku sudahpun masuk ke dalam kandangnya. Aku ketuk pintu bilik persalinan mereka, namun, tiada jawapan. Perlahan-lahan aku buka lalu masuk ke dalam.

'Aik, pelik! Tak ada orang? Takkan dah ke padang?' fikir aku.

Aku mencuba nasib, menapak ke arah padang. Ya, tepat! Mereka semua sudahpun memulakan latihan. Aku lihat kelibat Affy dan ahli-ahli volunteers yang lain sudah menjalankan tugas. Aku memanjatkan kesyukuran tidak terhingga kerana mereka melakukan tugas tanpa perlu disuruh.

Aku masuk ke dalam khemah pasukan Brunei itu untuk melihat semua kelengkapan, sama ada sudah cukup ataupun ada yang kurang. Aku sempat menyapa dan memohon maaf daripada Pengiran Azemah yang aku lihat sedang bersiap-sedia mahu berlatih.

"I am really sorry, Aze. I stuck dalam traffic jam. Heavy traffic."

"It's okay. Your team ada tolong kami and by the way kitorang pun baru je start practice. I tahu you penat sangat semalam, kan? Okay lah I pergi praktis dulu" jawabnya lembut sambil menepuk bahu aku.

Aku menarik nafas lega. Pertama, kerana aku sudahpun meminta maaf dan Aze sangat memahami tentang situasi aku. Kedua, aku tidak terserempak dengan Pengiran Muda yang pasti tahap kemarahannya menggunung ketika ini. Atau, dia sudah berubah? Tiba-tiba aku teringat kata-kata maaf daripadanya malam tadi. Mungkinkah dia sudah berlembut dengan aku?

Aku terdengar suara orang berdehem di belakang. Aku dapat merasakan bahawa itu ialah Pengiran Muda lantas aku menampar mulutku kerana menyebut namanya walaupun di dalam hati. Dengan berat hati, aku memusingkan badan dan menghadapnya. Belum sempat aku meminta maaf, dia bersuara.

"Bagus lah ketua sendiri datang lambat. Kalau tak suka, bagitahu pihak atasan kan lebih senang. Tak perlu nak throwing tantrum macam budak kecil. Kalau dah memang anak manja, tak boleh kena panas, tak boleh penat, tak boleh tepati masa, bagitahu awal-awal. Senang cari pengganti. Game belum mula dah tunjuk belang. Belum kahwin dengan putera raja lagi perangai dah macam princess. Orang pula nak kena tunggu dia. Pagi-pagi merosakkan mood!"

Suara dia yang dalam dan ditekankan lagi, mampu membuat seluruh badan aku menggigil. Aku sudah mahu menangis pada ketika ini. Aku dapat rasakan muka aku sangat panas dan air mata sudah bertakung hanya menunggu saat untuk pecah sahaja. Aku hanya mampu menundukkan wajah.

"Maaf, Tuanku" hanya itu sahaja aku boleh ucapkan sebelum aku keluar dari khemah, menuju ke tandas.

Di sana, aku menangis semahu-mahunya. Ya, memang salah aku. Tapi perlukah dia menghukum aku dengan kata-kata sebegitu? Tahukah dia betapa pedihnya kata-kata dia umpama belati yang menghiris hancur hati aku. Memang aku salah sebab terlambat tapi berilah aku peluang untuk menjelaskan. Belum sempat kata maaf aku tuturkan, aku sudah dihambur dengan lava gunung berapinya. Yang paling menggegarkan segenap pelusuk hati ialah apabila dia mengatakan;

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now