Siapa kata menjadi Cinderella itu seronok? Siapa kata pengakhiran cerita Snow White itu sebenarnya indah? Itu hanya fantasi yang dimomokkan oleh orang dulu-dulu untuk menjadi pemanis buat kanak-kanak. Cerita yang sebenar tidak seindah itu. Snow White diracuni oleh ibunya sendiri kerana kecantikannya yang mempesona dan Cinderella yang membunuh ibu dan kakak tirinya kerana didera sebegitu rupa. Tiada realiti seindah fantasi.
Sepanjang malam aku tidak boleh tidur lena. Aku masih memikirkan kata-kata Mateen. Sudah aku timbang dengan logik akal aku namun sayang, masih tidak mampu meyakinkan aku. Masih tidak kuat untuk memecahkan kuatnya batu prasangka di dalam hatiku ini. Bagi aku itu hanya sekeping alasan yang dia layarkan untuk memperelokkan lakonannya. Tiada keikhlasan.
Knock! Knock!
"Alya, jom turun makan. Mateen ada tu nak jumpa Alya. Pagi-pagi lagi dia dah datang. Turun ya, sayang" ajak Mummy lembut
"Nanti lah Mummy. Alya belum bersedia" jawab aku lemah
"Buka pintu sekejap, nak"
Aku membukakan pintu untuk Mummy. Aku tahu Mummy sangat risau akan keadaan aku. Sudah tentu dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Dan aku juga tidak mahu kecundang dengan emosi sendiri.
"Alya, dalam setiap hubungan, ada naik dan turunnya. Kadang-kadang kita perlu memberi peluang untuk penjelasan dan rayuan. Rendahkan ego demi hati dan perasaan. Kalau betul masa tu Alya rasa tiada lagi perasaan cinta atau sayang yang tersisa buat dia, jadi jujurlah sayang. Tiada yang lebih pedih daripada perhubungan yang tergantung begitu saja" nasihat Mummy kepada aku.
Aku akui ada kebenaran pada kata-kata Mummy. Namun, aku juga manusia. Aku perlukan masa. Kalau sebelum ini, kedatangan dia ke sini memberi sejuta erti, kini aku hanya ingin dia kembali. Kembali ke Brunei. Berikan aku masa. Aku tidak mahu menangis di depannya. Aku tidak mahu menunjukkan yang aku lemah. Dan ya, itu ego aku.
"Tapi, Mi. Alya perlu masa. Alya rasa lebih baik kalau dia balik. Alya tak rasa Alya nak jumpa dia, Mi" balas aku dengan harapan Mummy dapat memahami.
Belum sempat Mummy membalas, ada satu suara memotong.
"I tak akan balik selagi kita tak selesaikan masalah kita, Alya. Please. Kita bukannya duduk dekat kalau jadi apa-apa pada hubungan kita, macam mana?"
Entah mengapa tetapi kata-katanya tidak langsung berbaur memujuk. Bagi aku dia mementingkan dirinya sahaja. Dia mengugut aku untuk tidak mahu pulang walaupun dipaksa Daddy. Bagus. Drama siapa entah ini yang harus aku lakonkan.
Aku memandangnya tajam.
"Kalau I cakap I tak peduli you balik atau tidak? And one more thing, kenapa perlu risau apa-apa jadi pada hubungan kita bila semuanya dah pun terjadi. Dan hubungan kita? That's nonsense! I yang bertepuk sebelah tangan. I sedar. Tak perlu lah you nak berbasa-basi di sini"
"Alya, jangan macam tu. Mummy minta sangat Alya berbincang dengan Mateen elok-elok" harap Mummy.
"Okay kalau tu yang boleh buat semua orang puas hati"
Aku bingkas bangun dari birai katil lalu mengatur langkah laju ke rooftop. Aku akan menyelesaikannya hari ini juga. Aku sudah rimas!
"Okay sekarang cakaplah apa yang you nak cakap sangat sampai pagi-pagi dah terpacak dekat sini? Well anyway, where's your girlfriend? Asal tak bawak sekali? Kan bagus macam malam tadi" ujar aku dengan geram.
"Alya, I tak ada niat nak bergaduh. Kalau pun you tak boleh terima I lagi, I sangat berharap hubungan kita boleh berakhir dengan baik. At least, kita boleh jadi kawan"
YOU ARE READING
Seteguh Kasih Sedalam Rindu
Fantasy"Why don't you marry me? We can be happy together. I mean.......I akan try bahagiakan you?" - Pengiran Muda Abdul Mateen "Tak semudah itu, Mateen. Kebahagiaan yang I cari mungkin tak sama dengan definisi kebahagiaan you" -Alya Balqis "We'll try. Tak...