"Aku terima nikahnya Alya Balqis binti Tan Sri Ahmad dengan mas kahwin seperangkat alat solat"
Sah! Ya aku sudah sah menjadi isteri buat Mateen. Oh silap, Pengiran Bini untuk Pengiran Muda Abdul Mateen. Hari ini merupakan hari kedua upacara perkahwinan kami. Dan masih berbaki kurang lebih 4 hari lagi. Biasalah upacara diraja banyak protokolnya. Oh ya! Sebut sahaja protokol aku teringat ujian protokol yang aku ambil baru sahaja minggu lepas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Hari ini aku sah menjadi seorang isteri buat seorang lelaki yang sangat aku cintai. Tidak pernah aku membina impian untuk menjadi sebahagian daripada golongan diraja dan bersuamikan seorang lelaki yang cukup sempurna di mata aku.
Pegangan tangan Mummy menyedarkan aku daripada lamunan jauh. Mummy menangis. Begitu juga Papa. Walaupun Papa tidak menangis, namun aku tahu bukan mudah Papa ingin berdepan dengan realiti bahawa anak daranya sudah menjadi milik orang. Segala tanggungjawab Papa telah diserahkan kepada Mateen. Dan Mummy dengan Papa juga tahu selepas ini, pasti susah untuk bertemu dengan aku. Terpisah dengan negara yang berbeza dan status aku yang bukan mudah untuk ditolak ke tepi. Tapi aku sentiasa ingat pesanan Papa.
"Papa sentiasa doakan kebahagiaan Alya. Papa harap ini keputusan yang terbaik. Papa harap Alya bahagia kahwin dengan Mateen. Papa harap Alya tak berasa terpaksa. Lepas ni, jangan lawan cakap suami. Ingat Alya bukan semua orang boleh sabar dengan perangai kita. Mummy, Papa mungkin sudah lali dengan sikap Alya tapi Alya kena berubah. Kalau terasa hati, berbincang, jangan buat muka dengan suami. Kalau ada silapnya suami, tegur dengan elok. Jangan tinggikan suara dengan suami. Hormat dia dan jaga maruah dia. Papa sayang anak Papa"
Aku kembali teringat kata-kata Papa. Ya lah perangai aku yang seperti air laut, ada pasang surutnya. Aku yang sarat dengan emosi. Aku perlu berubah. Aku sedar itu. Cuma aku masih takut sekiranya aku tidak mampu berubah seratu peratus buat masa ini dan Mateen akan mula berasa jemu dengan sikap aku. Betul kata Papa, Mateen sendiri tidak biasa dengan perangai aku yang tidak menentu. Mana tidaknya belum setahun kami berkenalan sudah berkahwin.
Esakan tangis Mummy menyentakkan aku.
"Mummy jangan lah sedih. Nanti Alya pun sedih macam mana?"
"Mummy tak sedih sayang. Mummy gembira cuma Mummy akan rindu Alya. 22 tahun Mummy jaga Alya, sekarang Alya akan tinggalkan kami dan hidup di negara orang. Mummy takut kalau Alya tak selesa atau tak bahagia nanti, nak"
"Mummy jangan lah cakap macam tu. Alya bahagia, insyaAllah. Berkat doa Mummy dengan Papa insyaAllah rumah tangga Alya akan bahagia macam rumah tangga Mummy dan Papa. Cuma Alya perlukan doa Mummy. Doakan Alya kuat dan mampu menjadi seorang isteri yang baik untuk Mateen. Menjadi contoh yang terbaik buat rakyat Brunei dan Malaysia. Alya memang hidup di negara orang, tapi, ini pun negara suami Alya sendiri, kan? Mummy jangan lah nangis macam ni" balas aku sudah mula teresak-esak.
Aku memeluk Mummy dengan erat sekali. Rasa seperti tidak mahu melepaskan. Aku sebenarnya masih tidak tahu bahawa aku sudah bersedia atau tidak menggalas tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dengan usia yang begini, mampukah aku? Namun, bila aku terpandangkan Mateen yang sudah tersenyum sambil berjalan ke arah aku, jiwa aku bergetar. Hati aku tetap menyatakan bahawa dengannya, aku pasti mampu mencorakkan kehidupan kami dengan lebih bahagia.
Mateen menyarungkan gelang emas putih di tangan aku untuk upacara batal air sembahyang. Aku ambil tangannya untuk bersalam dan dia mengucup dahi aku. Lama. Aku dapat rasakan kehangatan nafasnya. Ya Allah! Semoga ini bahagia buat kami dan semoga kebahagiaan ini akan kekal abadi buat selamanya. Kami bertatapan. Lama. Berbicara melalui mata lalu turun ke hati. Aku tidak mahu memikirkan tentang kesediaan aku menjadi isteri. Yang aku tahu kini, aku bahagia. Dengan Mateen. Sebagai suami aku.
YOU ARE READING
Seteguh Kasih Sedalam Rindu
Fantasy"Why don't you marry me? We can be happy together. I mean.......I akan try bahagiakan you?" - Pengiran Muda Abdul Mateen "Tak semudah itu, Mateen. Kebahagiaan yang I cari mungkin tak sama dengan definisi kebahagiaan you" -Alya Balqis "We'll try. Tak...