Bab 7

618 14 0
                                    

Boom! Boom!

Jam menunjukkan tepat 00:00. Letupan bunga api yang berwarna warni menghiasi ruang udara Malaysia. Aku sendiri menyaksikannya bersama-sama ribuan rakyat Malaysia yang lain di langit Stadium Bukit Jalil.

Ya, hari ini ialah upacara penutupan SEA Games 2017 yang bertempat di Kuala Lumpur. Tamat sudah acara SEA Games yang berlangsung kurang lebih 2 minggu ini. Rasa pantas sekali masa berlalu. Jika dahulu, waktu Papa menempatkan aku sebagai ketua sukarelawan yang menjaga Pasukan Polo Brunei, aku berasa langit jatuh ke kepala, terbeban di jiwa dan hari-hari serasa lambat berlalu. Tapi kini, aku berasa agak sedih kerana segalanya sudah berakhir. Aku dan pasukan kerabat diraja Brunei itu sepertinya sudah rapat sekali. Mereka sangat merendah diri dan sekiranya aku tidak tahu tentang status mereka, sudah tentu aku anggap mereka rakyat biasa.

Lebih-lebih lagi Mateen. Baki beberapa akhir yang ada ini aku luangkan dengannya. Aku sedar bahawa yang lain perasan akan perubahan pada hubungan ini termasuklah orang tua kami, tapi, aku hanya diam membisu. Begitu juga dia. Kalau dibahan, kami hanya menolak dengan senyuman. Aku mengaku bahawa dia tidak seperti yang aku sangka. Sikapnya yang baik dan tuturnya yang lembut membuatkan aku sangat selesa berkawan dengannya. Dan tidak lebih daripada itu. Sepanjang kami berkawan, tidak pernah sekalipun antara kami ada yang mengutarakan soal jodoh atau membawa hubungan ini ke arah yang lebih serius. Dan aku senang dengan caranya itu.

"Merdeka! Merdeka! Merdeka!"

Laungan kemerdekaan itu mengejutkan aku dari lamunan aku yang terlalu jauh melayang ke padang Ekuestrian Polo di Putrajaya. Aku kembali memfokuskan minda aku kepada upacara malam ini.

Malam ini, Malaysia sudah mencapai kemerdekaan yang ke-61. Aku mempunyai perasaan yang agak sentimental apabila menyebut tentang kemerdekaan tanah airku. Mungkin kerana aku amat meminati subjek Sejarah waktu di bangku sekolah lagi. Aku seolah-olah terbayang jerih payah orang-orang kita dahulu sewaktu dijajah dan usaha pahlawan serta perwira negara demi menuntut kemerdekaan. Antara tokoh yang paling aku segani ialah Dato Onn Jaafar dan juga Tunku Abdul Rahman. Tidak lupa juga kepada Tun M Sambathan dan Tun Tan Cheng Lock. Kalau kini mereka melaungkan 1Malaysia, aku ingin mengingatkan mereka bahawa betapa keharmonian dan perpaduan kaum ini sudah lama terbentuk sejak saat kemerdekaan Tanah Melayu diperjuangkan. Aku bersyukur aku lahir di dalam negara Malaysia. Terima kasih Malaysia. Dan pada hari-hari begini, aku memanjatkan doa dan kesyukuran kepada tokoh tanah air yang banyak berjasa. Tanpa kalian, Malaysia tidak akan terbentuk dengan kerajaan tersendiri.

Upacara bersurai dan kami semua kembali ke kediaman masing-masing.

"Singgah lah dulu rumah kami. Esok dah nak berangkat"

"Esok lah Ahmad. Pagi. InsyaAllah" balas Tuanku Sultan.

Ah! Esok mereka sudah mahu berangkat pulang ke negara Brunei. Satu perasaan sebak melingkar di hati. Seolah-olah tidak mahu melepaskan. Tidak sengaja mata aku bertaut dengan mata coklat milik Mateen. Lama kami merenung ke dalam anak mata masing-masing. Seperti dunia ini hanya ada kami berdua pada ketika ini. Sehinggalah aku tersedar. Dia bukan teman istimewa. Hanya kawan. Aku melarikan pandangan. Namun sempat aku berikan senyuman hambar.

"Bye Alya. Bye!"

"Bye!"

Aku berasa sedikit terkilan apabila dia langsung tidak melambai dan mengucapkan selamat tinggal kepada aku. Hakikatnya, malam ini, dia hanya diam seribu bahasa. Dia agak dingin dengan aku. Aku lihat elok sahaja dia berbual dengan yang lain. Tapi apabila dengan aku, dia hanya diam. Sepi. Malah, dia duduk agak jauh daripada aku malam ini. Aku bingung. Namun, jujur aku katakana, aku terasa dengan perbuatannya. Aku sangkakakan hubungan kami baik-baik sahaja. Apa yang kurang?

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now