Bab 11

605 19 0
                                    

Seawal 7 pagi lagi aku sudah terpacak di depan cermin solek di bilik aku. Bukannya bersolek tapi lebih kepada berfikir. Berfikir tentang baik dan buruknya keputusan yang bakal aku lakukan sebentar lagi. Semalaman aku menimbang kewarasan keputusan aku. Aku juga tidak putus-putus berdoa kepada-Nya agar ditunjukkan jalan kebenaran. Moga-moga aku tidak tersalah langkah kali ini.

Aku turun ke bawah untuk bersarapan bersama Mummy dan Papa. Yang lain sudah pasti sedang tidur lagi. Ya lah hujung minggu pasti semua orang sambung tidur selepas subuh.

"Morning, Mi, Pa" ucap aku agak ceria.

"Morning sayang. Ceria nampak pagi ni. Alhamdulillah Papa turut gembira"

"Itulah awal pula tu Mummy tengok Alya bangun. Dah bersiap semua ni nak ke mana? Ada plan ke?"

"A'ah Mi. Alya nak keluar sekejap lagi. Mak Jah masak apa breakfast pagi ni? Bau sedap betul menusuk kalbu" balas aku sengaja menukar topik.

Aku tidak mahu Mummy atau Papa menaruh harapan apabila aku berterus-terang bahawa orang yang akan aku jumpa sebentar nanti ialah Mateen. Biarlah kami selesaikan dulu masalah kami. Nanti apabila keputusan sudah pun sepakat dibuat, aku pasti akan memberitahu Mummy dan Papa. Bukan aku berniat ingin membelakangkan mereka cuma aku tidak mahu mereka menyimpan hasrat yang terlalu tinggi buat hubungan kami.

"Betul lah tu, Alya. Papa pun tak tahan dah bau nasi lemak Mak Jah ni. Itu yang terus nak makan ni walaupun lepas jogging pagi tadi tak mandi lagi"

Aku menarik nafas lega apabila Mummy dan Papa tidak meneruskan topik cepumas itu. Aku lihat Mummy sudah pun menyendukkan nasi lemak buat aku dan Papa. Maksudnya Mummy sudah lupa tentang pertanyaannya sebentar tadi. Alhamdulillah.

"Thanks, Mi. Muah" ucap aku apabila Mummy menghulurkan pinggan berisi nasi lemak itu kepadaku.

"Ha nanti dah kahwin, jangan suruh suami pula sendukkan nasi. Haru jadinya" usik Mummy.

Aku sudah tarik muka masam dengan mulut yang sengaja aku muncungkan. Bukannya terasa dengan kata-kata Mummy tapi lebih kepada sengaja mengada.

"Tak salah pun. Dulu masa kita mula-mula kahwin pun, kita masak sama-sama, buat kerja rumah sama-sama okay je, ye tak?" balas Papa menyebelahi aku

"Serious lah Pa?! Alya perlu cari suami macam Papa. Sempurna! Boleh terima kekurangan seorang isteri. Ya lah isteri bukan orang gaji nak buat semua kerja rumah. Kalau ada masa lapang buat lah sama-sama. Kan, Pa?"

Papa hanya mengangguk mengiyakan kata-kata aku. Ya lah zaman sekarang, lelaki semua demand mahukan isteri yang pandai masak, pandai gosok baju, kemas rumah, jaga anak dan pandai serba-serbi lah dalam membuat kerja rumah. Sudah seperti ingin mencari orang gaji, bukan isteri lagi. Sedangkan Rasulullah SAW sendiri tidak pernah bersikap seperti itu. Apabila isteri baginda tidak masak, baginda langsung berpuasa. Bukannya merungut. Baginda juga turut membantu isteri-isteri baginda dalam menguruskan hal rumah tangga. Itu lah contoh teladan yang patut diikuti. Ini tidak, orang lelaki sekarang mahukan yang terbaik sahaja dalam diri calon isterinya tetapi diri sendiri jadi imam solat juga belum tentu mampu. Apatah lagi mahu menjadi ketua keluarga dan menggalas tanggungjawab yang berat. Tepuk dada tanya selera lah, bang oi.

"Ha kalau nak suami macam Papa baguslah Papa ada jumpa sorang ni. Sebiji macam Papa. Handsome, tough, berbudi bahasa, baik, dan yang paling penting Papa yakin dia boleh jaga Alya"

Aku sudah mula mengerutkan kening. Serious lah ada orang sebiji macam Papa? Seronoknya kalau macam itu. Aku mengangkatkan keningku kepada Papa bertanyakan tentang siapakah gerangan itu.

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now