Bab 3

699 16 0
                                    

DIA?! Ya, dia. Pengiran Faiq Jefri Bolkiah, sepupu kepada Pengiran Muda yang berjaya mematahkan hati ramai perempuan di upacara perasmian SEA Games tadi. Sudah semestinya aku terkejut. Aku hanya bercakap dengan Pengiran ini tidak sampai beberapa saat. Itupun sekadar menuturkan sepatah "Hai" sewaktu Pengiran Azemah memperkenalkan kami sebentar tadi. Tapi situasi kini berbeza apabila jarak antara kami kurang daripada 2 inci. Sangat rapat sehingga aku sempat menilik rupanya sebentar. Kulit yang tan tapi manis dengan senyuman tidak lengkang di bibir. Sangat bertentangan dengan Pengiran Muda kekwat itu.

"Are you okay?" sapa Pengiran Faiq menyedarkan aku tentang posisi dan situasi kami ketika ini.

"Oh.. ya...ya I'm okay" aku menjauhkan diri daripadanya tetapi nasib aku malang apabila sekali lagi kepala aku menjadi mangsa tingkap. Dang! 'Ouch! Sakitnya!' geram hatiku. Aku sempat berkerut sebelum sekali lagi disapa oleh Pengiran Faiq. Tapi kali ini disertakan dengan aksi. Dia memegang kepala aku seraya bertanya,

"Are you really okay? Rasanya sakit tu terhantuk banyak kali and this time sangat kuat"

Eh ini dah lain macam pula. Baru sebentar tadi aku puji dia ini tidak lokek dengan senyuman tapi taklah aku sangka dia sebegini. 'Hish kau ni Alya, dia nak tolong kau je. Kalau tak kerana tangan dia, mungkin dah bengkak kepala kau terhantuk lagi ataupun mungkin kau dah biul terus' bisik hatiku. Ya tak ya juga, kalau tak sebab tangan dia menahan kepala aku yang hampir bercantum dengan cermin tingkap kereta ini sudah pasti aku terhantuk lagi.

"Hm, I am okay. Thank you anyway" balas aku tersenyum sambil aku alihkan tangannya daripada kepala aku.

Dia tersenyum. 'Ah. Dia memang pemurah dengan senyuman. Manis pula tu!' But wait. Bukanlah aku dah jatuh hati pula. Cuma dia tampak berbeza dengan darjat yang dia ada.

"Sayanglah kalau rupa ada tapi biul pula nanti, kan Faiq?" sahut satu suara yang amat menjengkelkan. Wow, sekejap! Aku palingkan muka aku ke belakang dan mata aku bertembung dengan mata Pengiran Muda Abdul Mateen kegilaan ramai ini. Wah, aku ingat rupa dia saja yang annoying, rupa-rupanya mulut dia lagi menyakitkan jiwa raga. Malas nak bertikam lidah kerana tiada manfaatnya. Sampai ke pengetahuan Mummy atau Papa, aku juga yang kena bebel. Ya lah itu kan 'special guest' Papa dan menantu pilihan 'Mummy'. Aku memusingkan muka aku ke depan kembali tapi sebelum itu, sempat aku menjeling Pengiran kekwat itu. Aku perasan senyuman sinis yang dia berikan kepadaku.

"Bro, apa ni? Jangan macam tu" tegur Pengiran Faiq. 'Yes! Thank you Pengiran Faiq!' jerit hatiku girang kerana aku sangkakan Pengiran Faiq ini di pihak aku.

"Kalau biul pun don't worry, I accept you as who you are" sambung Pengiran Faiq dengan kenyitan mata dia hadiahkan buatku. Eh sekejap! Apa maksud dia? Dan apa perlu aku balas?

"Err....Thanks, Pengiran Faiq" jawab aku tersenyum kekok. Janganlah dia panjangkan perbualan lagi. Tolonglah cepat sampai Grand Hyatt Hotel. Ya, Grand Hyatt Hotel, tempat penginapan mereka. Yeay! Aku tidak lagi perlu menghadap muka Pengiran Muda kekwat itu di rumah.

"Just call me Faiq. Lagi mesra and seems lagi rapat, kan?" dia masih dengan senyuman di bibir. Cuma ayat yang dia tuturkan itu bagi aku tidak menyenangkan. Malas mahu memanjangkan perbualan itu, aku hanya membalas dengan anggukan yang disertakan dengan senyuman tawar. Aku bersyukur kerana akhirnya kami sampai di Grand Hyatt Hotel. Tugas aku masih belum tamat. Aku turun bersama mereka dan aku berikan kunci bilik kepada mereka semua. Aku tidak perlu hantar sampai ke depan pintu bilik sebab mereka semua sudah punya pengawal masing-masing.

"Ini kunci bilik you guys. Esok pagi I will come here again and pick everyone to go to Equestrian Polo at Putrajaya. Sebab first time kan so I will tag along, after this we'll meet there only, okay? Thanks everyone for today. Have a good night. Bye" aku sempat berbasa basi dengan mereka. Ya lah walau bagaimanapun mereka tetap tetamu dan aku melambangkan Malaysia, tanah air tercinta. Aku perlu menunjukkan budaya sopan santun kepada mereka.

Seteguh Kasih Sedalam RinduWhere stories live. Discover now