prolog

1.4K 37 11
                                    

Susu?

--

Pada malam itu kilat menyambar. Bunyi guruh serta kilat bersambung-sambung seperti terikat antara satu sama lain. Aingin yang kuat menandakan ribut bakal mengjampiri.

Salah satu bilik di kediaman itu ,seorang lelaki sedang nyenyak tidur terasa tidurnya terganggu. Peluh membasahi anggota badan. Bagai ada sesuatu yang menganggu tidurnya. Mungkin dia mengalami mimpi ngeri. Tidurnya tidak setenang biasa. Dia bergerak kekiri dan ke kanan. Mulutnya bergerak, terkumat-kamit entah apa yang dibicarakan. Matanya terpejam rapat seperti dijahit.

Sesuatu bergerak dari kaki kemudiannya naik ke perut. Masa itu terasa sakit yang amat. Mulut tidak mampu berbicara, suara hilang entah kemana. Kini dia hinggap di dada. Naik turun dadanya kerana tak dapat menerima oksigen dengan baik. Kemudian 'sesuatu' itu naik ke pangkal leher. Tersekat pernafasan. Tangan sejuknya memengan lehernya. Urat tersembul di sekitar batang leher.

Tiba masanya 'sesuatu' itu menjalar dari batang leher ke umbun-umbun. Baru kini matanya terbuka luas. Terlepas dari benang-benang yang 'dijahit' pada matanya. Matanya terbeliak sambil memandang keatas dahinya. Asap putih keluar dari umbunya dengan perlahan. Makin sakit tuan badan.

Saat saat akhir ini baru dia perasan. Adakah malaikat menyabut nyawanya tika ini??

Saat dia ingin mengucap . Rohnya telah keluar dari badan.

Dalam masa yang sama perkara itu berlaku di bilik-bilik yang lain

Body - Swap (COMPLETE) Where stories live. Discover now