empat

293 24 5
                                    

'Pegantin baru~~
Pengantin baru~
Duduk bersanding~
Tersimpul malu~

Kepak kepak kebom kebom kepak kepak kebom kebom... ~~

Bunyi kompang bergema menandakan kedatangan raja sehari. Kedua mempelai itu sungguh cantik dan tampan. Diikuti dengan tema berwarna putih berkilauan. Bunyi kompang yang masih tidak berhenti dimasukkan sekali dengan lagu-lagu bagi ia tampak menarik. Para pemain kompang juga tidak kurang hensemnya. Berkaca mata hitam, tinggi lampai, ada kurus ada gemuk, bersongkok.. Sedap mata memandang... Bacaan ayat dimulai oleh tuan rumah. Sesudah itu mula la sesi fotografi yang bakal dijalankan..

"Haaa hari ini awak ke yang tangkap gambar? Selalunya si Aris tu" tanya Sally atau nama sebenarnya Salleh

"Suka hati la"

Sally mengerut dahinya.. Selalunya Mikael elok-elok sahaja dengan dia. Tapi kenapa hari ini dia layan sebegitu?. Ada masalah mungkin..

"Aris mana??? Bukan ke selalunya dia yang tangkap gambar? " Sally tidak puas hati. Selalunya dia akan bergaduh dengan Aris. kalau tidak gaduh tidak sah Tapi hari ini tak nampak pula..

"Cis. Buta ke? Tak nampak? Mata letak mana? Lutut?" Aris bercakap tanpa memandang Sally "sudah jangan kacau aku nak buat kerja" sambung Aris

"Eee geram nyaa! I benci you. You sama je dengan Aris tak guna tu. Nyampah!! " Sallay mengipas-ngipas mukanya. Berterbangan rambutnya habis terkena di muka Aris. "I pergi dulu. Sakit hati je duduk si lama lama" lengang lenguk badanya berjalan. Meninggalkan Aris sudah la gemuk, tinggi, hitam ada hati nak jadi perempuan.

"Ha pergi pergi .. Balik terus"

"Eee benci" Sally sudah mengamuk dari jauh. Dihentak-hentak kakinya diatas rumput. Gegar satu saat..

Kedengaran ketawa kecil dari mulut Aris. Suka barangkali. Itulah rutin harian Aris bila dapat kerja sekali dengan bapok itu.

_________

" pakcik Hasyim saya balik dulu. Nanti sudah siap gambar saya call pakcik"

"Ok terima kasih ye.. Nanti duit saya bagi masa ambil gambar ye?''

"Baik pakcik" Aria bersalaman dengan pakcik Hasyim dan minta kebenaran untuk pulang. Seharian dia disitu menangkap gambar dan mengusik Sally.. Dia memang suka bekerja dengan Sally. Sally selalu menghiburkan hatinya sebab bila dia mengusik Sally walau macam mana pun dia marah lepastu dia ok.. Bukan macam rakan sekerja dia yang lain.. Satu hari tu.. Dia dapat job dengan bapok lain.. Bila diusik merajuk smpai nak balik rumah.. Gedik gila.

Aris berjalan menuju ke van. Segala peralatan sudah diangkut ke dalam van. Aris terpandang kelibat Sally yang termenung jauh..

"Wow jantan jom la balik.. Kau tak nak balik ke hah? " tanya Aris.

"Hmm ye la.. " Sally bangkit dan menuju ke arah Aris. Monyok mukanya. Eh tidak habis lagi kah?

"Mikael. I rasakan i nak berubah.."

"Psttt.. HAHAHAHAHAH serius la bapak arrr" Aris memengan perutnya.. Sakit sebab gelak terlampau kuat

"Apa ni you?? I betul-betul la nak berubah. Ni nak merajuk ni" Sally menghentikan langkahnya memeluk tubuh. Tidak lupa juga muncung yang panjang sedepa..

"Kalau aku letak hanger ni boleh tersangkut dah ahahahah" Sally hanya diam tidak bercakap apa..

"Ok ok sorry. Kalau macam tu Bagus la.. Tak malu la mak bapak kau nak mengaku anak"

"Eeee apa ni? I tak nak balik la macam ni.. I benci you.. You sama je dengan Aris.. Benci benci.. " Sally mencangkung seraya itu dia memeluk lututnya dan dia menangis.

"Haha ha haha haa.. Ok ok" bengah perut Aris.. Air matanya keluar sedikit.. Merah habis mukanya.. " ok la Sally macam ni la. Kau nak berubah betul? Jadi sekarang apa salahnya kau taubat kalau betul kau nak berubah. Jangan berubah secara drastik. Berubah sedikit demi sedikit. Baru dapat hidaya.. Kan? "

Sally memandang muka Aris di angguk-angguk kepalanya. Basah lencun muka Sally. Aris hanya menahan tawanya dari tadi. Nanti ada yang merajuk lagi. Aris membantu Sally bangun.. Lantas dia memeluk bahu Sally..

"That my boy" Aris menepuk bahu Sally

"Tapi kan you.. Kenapa you ni macam Aris? "

"Dah memang aku Aris.. Buta? " terus Aris berlarh meninggalkan Sally

"Eeee benci! "

__________

Aris sudah pulak ke Galeri.. Dia menuju ke pejabat Mikael. Mengetuk sedikit seraya itu dia membuka tombol dan masuk.

Mikael sedang bercakap dengan telefon. Nampaknya macam ada tempahan lagi. Dia menunggu sekejap sehingga Mikael habis bercakap dengan telefonya...

"Ha. Dah ke? " Tanya Mikael yang baru sedar dengan kehadiran Aris.

"Dah baru je tadi. Letih dohh"

"Biasa la beb.. Kerja mana je yang tak penat? " Mikael menyusun kertas dimejanya.. Serabut dengan kertas yang banyak.. " oh ya.. Gambar tadi tu mana? " tanya Mikael.

"Ada atas meja aku. Nanti aku nak bagi Mamat suruh cuci. "

"Oh ok.. Sudah jom la balik.. Esok Mamat kata kita pergi rumah Asyraf"

"Serius la? Tak sabar aku.. Ha jom jom! "

.......

Sambung.....

Body - Swap (COMPLETE) Where stories live. Discover now