"Lepaih ja aku tau si Adam masuk minang Laila. Aku teruih ja p rumah hangpa. Aku sakit hati. Sedih apa semua. Baru ja aku nak buat jahat. Allah dah balas. Aku tak mau la jadi orang ketiga. Tak baik tau dak. "
"Cis hati tisu" kata Aris. Asyraf geram time ni la fia nak bagi orang marah. Bukan nak pujuk ka apa.
" lepaih sampai rumah hangpa aku aku menyorok dulu susu tu dekat kabinet atas sebab aku terbawak sekali benda tu. Aku ingat nak buang atas jalan tapi duk leka asyik menagis ja.. Payah beb"
"Laa patut la aku jumpa dekat kabinet.. Masa tu aku nak buat cekodok ke apa tah aku lupa. Lepastu aku jumpa susu tu aku ajak la diorang minum sekali"
"Jadi semua sudah terungkap. Sekarang mati kita selesaikan. Mana susu tu? " Tanya Wak Jombrol . Mereka berpandangan antara satu sama lain. Susu apa yang Wak Maksudkan.
"Haish hangpa ni slow betul.. Susu kambing tu la. Wak nak jampi bagi hangpa masuk balik badan hangpa sendiri.
"Tak bawa. "
___
Semua berwajah sunggul. Peluang di depan mata tetapi terlepas begitu sahaja. Susu itu memang disimpan Ammar di dalam peti ais kerana Ammar kata mana tahu ada kegunaanya nanti. Tapi boleh pula mereka lupa bawa. Nasib ikut cadangan Ammar, jika ikut cadangan Aris sudah buang susunya.
"Aku tak terfikir langsung kene bawa susu " kata Mamat.
" Itu la pasal" balas Mikael.
"Aku rasa elok je kita balik rumah lepas itu pergi ke rumah Wak tu balik. " cadang Aris.
"Betul juga tu" Mamat setuju. Semua setuju dengan cadangan Aris.
"Tapi tak larat la. Ulang alik dari KL ke kedah. " kata Ammar.
"Bukan kau yang kena bawa pun" jawab Aris. Ammar yang duduk di bahagian belakang menarik rambut aris yang duduk di hadapan ya. Aris menjerit kesakitan. Mamat tidak menolong malah mentertawakan Aris. Asyraf ditengah-tengah berusaha menghentikan pergaduhN itu. Mikael rungsing. Kereta Naza Citra bewarna silver itu berhenti ditepi jalan. Jalan highway yang sunyi dan gelap tidak banyak dilalui kereta. Lampu berkedip kerdip membuatkan suasana lahi menyeramkan. Mereka semua senyap. Sudah kenapa Mikael tiba-tiba memberhentikan kereta di tempat yang sunyi. Suasana yang riuh tadi bertukar suram. Semua memandang Mikael. Hampir 1 minit mereka berdiam diri. Mikael berbicara.
"Esok petang kita gerak sana. Malam kita tidur rumah Asyraf. Ok tak? " tanya Mikael. Mikael memandang keempat rakanya. Senyuman manis terbit dibibir Mikael. Pada pandangan mereka pula senyuman itu senyuman yang seram. Mereka hanya mengangguk sahaja. ammar sudah melepaskan rambut Aris. Mamat yang gelak tidak ingat dunia pun berhenti. Aris hanya memandang lurus kehadapan bergitu juga Asyraf.
Selepas mendapat persetujuan dari sahabatnya. Dia mula memandu semula.
________
Hampir 4 jam mereka berada di dalam kereta. Masing-masing menuju ke bilik. Asyraf sudah tahu dia akan tidur diruang tamu. Memang rutin dia bila datang rumah mereka. Aris kata tak payah ikut. Nak ikut juga. Rasakan. Tadi sempat mereka makan malam dan menunaikan solat Isyak dan maghrib di R&R.
Dibilik Aris. Aris mengemaskan katilnya yang sedikit berkedut. Aris lap kepalanya yang basah. Mungkin baru lepas mandi. Dia duduk di birai katil sambil tangannya membuka telefon. Oh Ada mesej dari Daniel.
"Aik bukan ke kitarang dan bagitau cuti 3 hari? Yang mesej ni dah kenapa? " Aris membuka peti mesej didalam telefonya. Kenapa tidak WhatsApp sahaja. Tidak la membazir kredit. Satu persatu perkataan dibaca. Terbeliak mata Aris nasib tidak tersembul.
"Sally berhenti kerja??! "
YOU ARE READING
Body - Swap (COMPLETE)
FantasyDisebabkan kejadian pada malam itu semuanya berubah. SUSU KAMBING!!!! "Wei nanti nak mandi tutup mata ke tak payah??" "Asal??" "Sebab nanti kalau buka nampak benda lain. Kalau tak buka tak nampak jalan" "Straight to the point laah " "Kan ini badan...