Aris mencekik batang leher wak Jombrol menggunakan kedua belah tanganya.Wak Jombrol menggelupur . Dia menolak-nolak bahu Aris supaya dapat melepaskan diri. Tetapi malangnya nasib Wak Jombrol dia tidak sekuat Aris.
Wak Jombrol memejam matanya memikirkan ajalnya yang bakal sampai tidak lama lagi. Paling hina bila mati kene bunuh dengan orang yang lebih muda darinya. Eh tak dicekik.
Mikael yang berada lebih dekat dengan Aris menarik lengan Aris supaya Wak Jombrol boleh bernafas. Mamat yang duduk disebelah kiri Aris memeluk belakang badan Aris. Ammar pula memukul jari Aris yang berada di batang leher Wak Jombrol menggunakan keris yang berada disisi Wak Jombrol.
Asyraf juga turut serta dia tidak tahu mahu membuat apa jadi dia memeluk belakang badan Wak Jombrol. Walaupun dia tahu yang itu sangat tidak membantu.
"Erkk erk erk! Toh.. Luu.. Ongg. " Wak Jombrol memandang ke atas. Dia membayangkan rohnya keluar dari ubun-ubunnya.
"Wei sudah la tu. aris.. Stop. SeTop laa. Hiyark ambil kau" Ammar menjerit sambil tangannya tidak lepas memukul.
"Lepaskan Aris"
"To... "
"Aris!!!!"
''erkk erkk! "
"Bagi balik badan aku. !!! Bagi balik bomoh gila. Bagi balik!! "
"Engkau yang gila Aris. Lepas LAAA"
Bukk!
_______
"Terima kasih mak cik sedap makan malam yang mak cik masak" puji Mikael. Kini mereka sedang makan malam diruang tamu rumah Mak Long. Kata Mak Long elok makan diruang tamu sahaja.
"Tak ada la. Biasa-biasa saja. Oh ya! aris mana?. Kenapa tak keluar lagi? Tak habis merajuk lagi? " seloroh Mak Long.
Lepas kejadian tadi Aris tak mahu keluar dari bilik. Merajuk rasanya. Balik tadi Mamat mengusung Aris ke kereta dan Mamat juga yang mengangkatnya naik ke rumah dan terus ke bilik.
Tumbukkan Ammar sangat padu. Tidak sangka selembik Ammar dia boleh tumbuk sehingga pengsan. Ammar rasa tidak selera untuk makan selagi Aris tidak maafkan dia.
"Ammar ni asyik termenung saja. Makan lah bagi habis . Dari tadi tak luak nasi sedikit pun" kata Mak Long.
"Erm tak ada selera la mak cik. Lagipun nak gumpal nasi pun tak larat. Tangan sakit" Ammar mengangkat tangan yang sakit dan juga tangan yang telah menumbuk pipi Aris. Bengkak tangan Ammar. Kuat sangat dia tumbuk tadi sampai bengkak. Ni lama nak surut.
"Ok la lepas makan rehat sekejap dah tu pergi la tidur" kata mak long. Mak Long mengemas meja makan. Pinggan kosong diangkat menuju ke dapur. Ammar yang ingin tolong dihalang oleh Mamat.
"Tak payah biar aku aja yang tolong. Kau kan tangan sakit. Lagipon ada adik sepupu aku dekat dapur. Tak elok" kata Mamat. Mamat pun bgun menuju ke dapur sambil mengangkat pinggan kotor.
"Mika perasan tak? "
"Mamat suka dekat Alia? " Mikael memotong percakapan Ammar.
"Ish bukan la. Aku nak cakap lain tapi betul ke Mamat suka Alia?? "
"Rasanya. So apa yang kau nak cakap? " tanya Mikael
"Aku perasan tau. Kita dah tak tertukar nama lagi. Kau perasan tak?? kan selalunya kau panggil aku Aris . Tapi sekarang kau panggil aku Ammar . Kan? Kan?.?"
"Eh A Ah la. Aku baru perasan. Mungkin dah terbiasa"
"Betul. Dah nak masuk 4 bulan juga la" Ammar rasa teruja. Itu la yang orang kata setiap yang berlaku ada hikmah nya. Tapi rasa teruja beransur hilang. Dia teringat dekat Aris. Habis la.
_______
Teaser
"Auch! Sakitnya pipi aku. "
"Aku mimpi ngeri malam tadi"
"Aris jangan merajuk lagi"
"Siapa merajuk? "
"Aris sorry aku tumbuk muka kau semalam"
"Kau dah kenpa? Aku Mikael. Aduh pipi aku"
"Ha? "
YOU ARE READING
Body - Swap (COMPLETE)
FantasyDisebabkan kejadian pada malam itu semuanya berubah. SUSU KAMBING!!!! "Wei nanti nak mandi tutup mata ke tak payah??" "Asal??" "Sebab nanti kalau buka nampak benda lain. Kalau tak buka tak nampak jalan" "Straight to the point laah " "Kan ini badan...