Rumah kampung yang diperbuat daripada kayu tersegam indah. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar perlahan pipi ke-empat mereka. Sungguh nyaman. Kerusi kayu dihadan rumah itu jadi tempat mereka duduk. Memerhati setiap satu pokok kelapa dan juga pokok pisang yang bergoyang ditiup angin.
"Ok lah. Daripada kita tercongok dekat sini. Eh mari lerr masuk. Assalamualaikum. Mak Long oh Mak Long" Mamat memberi salam.
"Waalaikumussalam.. Siapa tu? " perempuan separuh baya menyahut. Keluar la wanita tua itu sambil sudip ditangannya. Dikecilkan sedikit mata melihat siapakah gelaran yang datang ke rumahnya.
"Mamat datang ni. Nak jumpa Asyraf"
Mendengar kan anak buah kesayangannya datang terus wanita itu berlari menghampiri Mamat lalu memeluknya. Mikael tercengang. Mak Cik ni salah peluk ke?? Mamat yang melihat kejadian tadi hampir menangis. Mana tidaknya Mak Long dia salah peluk orang
"Err Mak Cik. Saya bukan Mamat" Kata Mikael. Tangannya asyik menolak perlahan badan Mak Long. Ye la tak akan nak berkasar dengan orang tua. Walaupon dia Agak malu dipeluk oleh seorang wanita. Wanita tua.
"Apa hang ingat aku buta ka? Aku kenai lah mana satu anak buah aku"
"Tapi... "
"Apa tapi tapi?? "
"Mamat dekat sini la Mak Long"" Mak Long mengerut dahinya. Rabun aku teruk sangat kah sampai tak kenal mana satu anak buat aku?
"Dah tu hang sapa? " Mak Long melepaskan pelukannya dan memerhati wajah dihadapannya. Rasanya betul la ni anak buat dia.
"Panjang ceritanya Mak Cik. Mari la bincang dekat dalam"
Aris sudah bosan. Drama yang ditontonya sebentar tadi memang bosan. Sekarang ni dia nak jumpa dengan Asyaraf. Settelkan masalah. Tak ada la dia selalu cancel date dengan awek dia dengan keadaan macam ini.
_________
Mamat menceritakan segalanya pada Mak Long. Baru mak long mengerti , ada rasa malu terbit mana tidaknya. Yang dipeluk itu kawan Mamat bukan mamat. Yang sudah berlalu itu biiarkan saja.
"Jadi la ni??" tanya mak long
"Asyraf dia mana??" Aris sudah tidak sabar
"Dia pi kedai sat lagi dia balik. Dah mak long nak masak sat. Hampa duk sini dulu naa. " mak long bangun dan berjalan kearah Ke-empat mereka bersembang sambil menunggu kehadiran Asyraf dan Mak Long yang tidak muncul sedari tadi. Mamat bangun dan menuju ke dapur. Mungkin mahu menolong Makcik. Tidak sampai 5 minit Mamat muncul kembali.
"Mak Long aku tengaah balut popia.. Tunggu dulu la.. " mereka mengangguk. Kenapa kau tidak tolong sekali Mamat? Tidak la lama sangat mereka tunggu. Air pun tidak smpai lagi. Alahai..
"Assalamualaikum. Asy dah balik Mak! " Asyraf masuk sambil ditanganya memegang plastik. Banyak betul yang dibeli. Tiba tiba Asyraf rasa dirinya diperhati. Dia berhenti ditengah-tengah ruang tamu. Dipandang kiri tiada siapa. Dipandang pula kanan. Terbeliak matanya. Terkejut yang amat
"Allah" terlepas gegaman tanganya berterabur sayur yang dibeli tadi. Orang-orang dihadapanya memandang seakan mahu membunuh dia sahaja. Apa salahnya hingga ditenung sedemikian rupa??.
"Eerr Assalamualaikum. " sapa Asyraf.
_______
"Hai Laila" sapa Asyraf
Laila yang mahu keluar dari rumah menyahut mesra. Kelihatan kalut sedikit dia menyarung kasut. Asyraf lihat laila mengenakan tudung bawal bermanik. Baju pink bercorakan love. Dan seluar jeans hitam yang tidak terlalu ketat tidak terlalu lonngar. Disertakan dengan kasut berwarna hitam.. Lawa sungguh si
Laila ini."Hang nak pi mana tu? Nak aku hantarkan?? " Asyraf cuba berbasa basi.
"Aaamm tak payah kut. Satgi Adam datang nak ambil aku. " gak lama kemudian Adam datang dengan motor besarnya itu. DoubleR bewarna biru hitam sesuai bila Adam yang menunggang. Cemburu betul Asyraf. Adam itu tidak la hensem pun. Aku ni hidung mancung, mata yang tidak terlalu sepet, bibir yang munggil. Tak mahu pula dia pandang.
Asyraf hanya memerhati Laila dan Adam pergi. Bukan main suka kau Yana. Kau tak tahukah aku tengah cemburu. Aku mesti buat sesuatu. Asyraf mencapai kunci motor dan menunggang motornya ke rumah Wak Jombrol. Bomoh terkenal di kampung itu. Perjalan yang mengambil masa selama 30minit itu telah pon tiba. Asyraf membuka helmat dn memerhati seluruh kawasan rumah Wak Jombrol itu. Sungguh seram tiada seri langsung. Adakah apa yang aku buat ni betul? Fikirnya. Tak apa demi Laila semua boleh..
"Assalamualaikum wak Jombrol. Oh Wak Jombrol . Saya datang ni ada hajat. Nak minta minyak dagu boleh? "
"Eh apa kene mengena minyak dagu dengan susu kau ni?. "
"Sabaq dulu. Aku belum habis ceghita lagi. Hang ni buat spoi la. Aku dah lupa tang mana aku ceghita.. "
"Minyak dagu" kata Aris.
"Oh ya.. Lepaih tu.. ......"
YOU ARE READING
Body - Swap (COMPLETE)
FantasyDisebabkan kejadian pada malam itu semuanya berubah. SUSU KAMBING!!!! "Wei nanti nak mandi tutup mata ke tak payah??" "Asal??" "Sebab nanti kalau buka nampak benda lain. Kalau tak buka tak nampak jalan" "Straight to the point laah " "Kan ini badan...