"Eh bapak dia. Boleh pula dia halau. Dah tu nak tidur mana? "
mereka semua sudah memeluk bantal dan juga selimut. Ketika mereka mahu masuk tidur mereka menuju ke bilik. Mikael memulas tombol pintu bilik mereka tetapi ia berkunci. Setelah memberi salam dan juga memanggil orang di dalam tidak menyahut. Diketuk berulang kali "Aris woi bukak pintu ni! " tuk tuk tuk!!! Dan baru kalini Aris menyahut. "Pergi tidur luar jangan kacau aku" tidak sampai beberapa saat. Pintu dikuak dari dalam. Segala selimut dan bantal dicampakkan ke luar. Aris memandang ke tiga-tiga rakannya dan menutup pintu dengan kuat.
"Perghh aku pon tak berani nak buat macam tu. Dia selamba badak buat macam tu ingat ni rumah dia? Lagipun ni bilik aku. Hish " Mamat tidak berpuas hati. Selama dia duduk di rumah Mak Long di tak pernah dia membuat sedemikian. Tetapi Aris! Suka hati nenek moyang saja.
"Jom la tidur ruang tamu. Nanti aku ambil dekat bilik belakang" semua setuju dengan cadangan Mamat. Nak buat macam mana? Sudah la dihalau orang kene tidur diruang tamu pula sudah macam gelendangan. Sadis.
_____________
"Huh aku dekat mana? "
Dia kini berada dikandang kambing . Tidak tahan dengan Bau busuk yang memasuki rongga hidungnya dia dengan pantas berlari keluar. Matanya silau apabila terkena sinaran matahari. Retina matanya mengecil menyebakan matanya turut mengecil kerana tidak dapat menerima sebarang cahaya. Lambat-lambat dia membuka mata supaya matanya boleh menerima sedikit demi sedikit sinaran matahari. Kini matanya sudah selesa dengan cahaya dia boleh melihat apa yang berada dihadapannya.
"Banyaknya kambing. " katanya. Dia berjalan kearah kambing. Dia pun tidak tahu kenpa dia pergi kearah kambing. Tiba tiba semua kambing memandang kearah dia. Kambing itu mula bercakap
Susu!
Susu!
Susu!
Susu!
Susu. !
Kelibat wak Jombrol yang tiba-tiba sahaja muncul di belakang kambing berjalan perlahan kearahnya. Ditangannya memegang botol yang mengandungi susu. Dijulang tinggi ke langit.. Sussuuuuuuuuu!!!!!.
Selepas wak Jombrol menjerit 'susu' dia sepertinya ditolak dari belakang sehingga terjatuh menghempap bumi. 'Aduh' rintihnya dia mendongak memandang kehadapan. 'Susu,susu!' Dia melihat kawan kawan ya berebut susu yang berada ditangan Wak Jombrol. Semakin lama semakin tinggi badan Wak Jombrol hingga kelangit. Dia menyebut " penderitaan kamu semua berakhir'
Kawan kawan nya memanjat kaki Wak Jombrol seperti memanjat pokok kelapa. Wak Jombrol gelak sakan. Bergema suara dia di atmosfera. Zup!! dia terus memandang Ammar yang masih terbaring di atas rumput. Dia mula memanggil Ammar .
Ammar!
Ammar!
Ammar!
" Ammar woi bangun la hahlul. Kau tak nak balik ke? "
Ammar terus terbangun dari mimpinya. Basah baju akibat berpeluh. Mimpi apa macam tu? Dia memandang kearah orang yang mengejutnya. Ternyata Aris.
"Eh Ammar pula.. Mamat bagun la tak nak balik ke?. Ni lagi dua ekor nak kejut"
"Betul la aku Ammar. Wei aku minta maaf Aris sebab tumbuk kau semalam. Sebab aku tumbuk kau juga aku mimpi ngeri malam tadi" Ammar memeluk Aris dia menangis bukan kerana sedih tetapi takut kene pukul dengan Aris.
"Merepek apa kau? Lepas!. Aduh sakitnya pipi aku"
" jangan merajuk lagi"
"Ha? Siapa merajuk? "
"Aris sorry sebab tumbuk kau semalam"
"Kau dah kenapa? Aku Mikael la. Aduh pipi aku. Jatuh katil ke apa?? Sakit sangat ni"
Ammar melihat keliling rumah Mak Long tidak silap dia baring di atas sofa macam mana dia boleh baring dibawah? Dia melihat sofa yang dia baring sebelum tidur terdapat sekujur tubuh berada di atas sofa. Dia merangkak menghampiri sofa dan melihat wajah orang yang baring di atas sofa itu. Terkejut beruk dia. Tak mungkin.
Dia berlari menuju ke bilik yang mana malam tadi dia dan kawannya dihalau . Mikael pelik sudah kenapa budak sorang ni. Mikael biarkan saja dia masih memegang pipi yang bengkak .
"Nanti Mak Long balik pasar aku minta minta angin la. " Mikael bagun dan ingin menuju ke bilik untuk mengemas pakainya. Mikael pun ada rasa pelik. 'Aku rasa aku tidur dekat ruang tamu macam mana boleh berada di dalam bilik?'
Mikael memulas tombol pintu, baru saja ingin membuka Ammar menjerit"Arrggggghhhhhhg! "
_________
maaf merapu sikit. Hahahahahaha.
YOU ARE READING
Body - Swap (COMPLETE)
FantasyDisebabkan kejadian pada malam itu semuanya berubah. SUSU KAMBING!!!! "Wei nanti nak mandi tutup mata ke tak payah??" "Asal??" "Sebab nanti kalau buka nampak benda lain. Kalau tak buka tak nampak jalan" "Straight to the point laah " "Kan ini badan...