empat belas

105 15 9
                                    

Mikael menolak pintu bilik dengan kuat  dan berlari kearah Ammar yang berada dihadapan cermin sambil memegang pipi gebunya. Muka terkejut Ammar menyapa pandangan Mikael. 

"Wei kita dah dapat badan kita balik" kata Ammar. Mikael tidak percaya dia berjalan ke arah meja solek yang mana terletaknya cermin.  'Tak mungkin' bisiknya.  Dia pun membelek mukanya  berkali-kali . Memang betul mereka sudah mendapatkan tubuh mereka semula.  Ada rasa teruja dalam masa yang sama dia rasa tidak puas hati. 

"Aku nak bagi tahu yang lain"Ammar berlari keluar dan menuju ke  ruang tamu.  Mikael masih membelek wajahnya. Pipi yang bengkak disertakan dengan warna biru keunguan. Bagaikan cat yang menghiasi wajahnya .

"Hmmm tukar badan sedih dapat balik badan sendiri pun sedih juga"

_________

Aris menguap beberapa kali. Sedikit aktiviti senaman ringan dilakukan. Stelah habis melakukan senaman ringan dia melihat sekeliling.  "Bukan dalam bilik ke tadi? " Aris mengangkat bahu.  Biarkan sajalah sudah banyak perkara yang pelik terjadi kepadanya. Jadi tidak hairan la kalau secara tiba-tiba dia  tidur di luar rumah sekali pun. 

Aris mengemas bantal dan juga selimutnya.   Dia berjalan perlahan.  Masih mamai lagi. Dia menguap yang entah ke berapa kali nya. Pipi  tidak terasa sakit pula.  Digosok-gosok pipi yang ditumbuk Ammar.  Tiada rasa sakit.  Bengkak pun tidak. Pelik.  'Dah surut kut' bisiknya. Tiba-tiba bahunya dipegang seseorang.

"Kau pahal Mat? " tanya Aris.

"Kita dah dapat badan kita balik"

"Oh" Aris terus berjalan melepasi Ammar . Dia harus menyimpan selimut dan bantal ,berat pegang lama-lama kemudiannya balik ke rumah dan sambung tidur.  Itu saja yang dia fikir.  Dia meninggalkan Ammar seorang diri. Asyik nak main saja. Cuba bersikap serius sikit.  Aris membiarkan saja.  Dia terus  masuk kedalam bilik dan terserampak dengan...

"Eh Mikael?  Macam mana? " Aris pelik bukankah aku berada didalam badan Mikael saat ini?

"Ammar tak bagi tahu kau ke?  Kita dah dapat badan kita balik"

"Serius la.  Ya Allah"  Aris pun menuju ke cermin.  Saat ini dia tidak rasa mengantuk dah. Ditilik wajahnya yang tampan itu.  Dia rasa sangat gembira lepas ni boleh jumpa Yana.  Boleh hikhik kawin dengan dia awww. 

"Jangan gembira sangat.  Ni nampak ni?  Semua kau punya pasal" Mikarl menunjuk pipinya yang bengkak.  Aris tersenyum sumbing , dia menyebut perkataan 'maaf' pada Mikael.  Mikael membuat muka menyampah.

__________

"Mak long kitaorang balik dulu"

"Ya la.  Nanti senang-senang datang la lagi" kata Mak Long.  Mak Long menghampiri Ammar dan menyerahkan bekalan sewaktu perjalanan nanti. 

"Mamat bawa kereta elok elok ye.  Jaga kesihatan lepas ni boleh la kawin dengan Alia"

"Erk ye mak cik eh Mak- Mak Long" Ammar menyambut huluran Mak Long. Ammar memandang muka  Mamat.  Mamat hanya tersengih. Malu pula bila Mak Long kata begitu.  Nampaknya Mamat  tidak memberitahu pada Mak Long hal yang sebenar lagi.  Kesian. 

"Ok kami gerak dulu.  Bye.  Assalamualaikum" mereka semua masuk ke dalam kereta.  mereka melambai tangan ke arah Mak Long.. 

"Tak sangka kita dah dapat badan kita balik"

"Kan? "

"Alhamdulillah"

"Eh guys tak nak lawat Wak Jombrol dekat hospital ke? "

"A Ah la aku baru teringat.  Jom la lawat dia.  Minta maaf sekali"

____

Satu bab lepas tu habis kahkahkah.. 

Body - Swap (COMPLETE) Where stories live. Discover now