sebelas

82 16 7
                                    

Banyak kali Aris telefon tak dapat juga.  Mungkin Sally sudah tidur fikirnya.

"Nanti nanti la" Aris duduk di birai katil.  Dia mengambil gambar di atas meja disebelah katil.  Gambar itu ditenung lama.

"Dengan keadaan macam ni.  Macam mana aku nak kawin dengan kau?  Semalam kau mesej aku minta putus.  Salah aku juga sebab berahsia dengan kau" tangan sebelah kirinya pula mengangkat sekeping kertas. Aris & Yana.  Tanggal 8 haribulan 12 , 2018. Tarikh perkahwinan mereka.  banyak surat sudah diagihkan.  Sahabatnya juga rasa gembira.  Kata mereka 'dapat anak buah la lepas ni'.

Bagaimana dia harus beritahu Yana?  Mungkin lepas ini dia akan akata aku gila pula. Haish

Tuk tuk!  Pintu bilik diketuk.

"Assalamualaikum " tersembul kepala Ammar di sebalik pintu.  Aris tahu apa niat Ammar kemari.  "Wa'alaikumussalam.  Masuk la"

Ammar hanya menurut.  Ammar menuju ke arah meja yang bersebelahan katil Aris.  Ditarik kerusi dan duduk menghadap Aris.

"Pasal TU ke? " sengaja Ammar menekan perkataan 'tu'. Aris hanya mengangguk.  Walaupun ramai kata mereka bagai anjing dengan kucing.  Ammar paling rapat dengannya. 

"Dia...  Dia minta putus"

"Hah???  Tak akan sampai macam itu sekali? " Mata Aris mula bertakung air.  Ammar rasa ini pertama kali insan bernama Aris menangis dihadapannya.  Tidak malukah egonya jatuh di hadapan dia??.

"Shuuu sudah..  Kita boleh settel lain kali sekarang ni kita focus dengan masalah kita dulu.  Tak pun kau terus terang je.  Kalau kau simpan pun jadi teruk nanti.  Biar la dia fikir kau gila ke apa yang penting kau jujur. " ammar menenangkan Aris.  Dia bagun dan menepuk bahu Aris.

"Ok la aku masuk tidur dulu" Ammar terus berjalan kearah pintu tanpa menunggu balasan dari Aris.

"Ya Allah aku anggap ini ujianmu.  Dan aku harus bersabar" malam itu dia tidur bertemankan gambar Yana.  Air mata diseka perlahan.  Dia tidak harus menangis.  Dia kene tabah.  Dia kena redha dengan ujian yang diberi oleh Nya

________

. Harini mereka akan ke Kedah.  Baju yang dikemas diletakkan didalam satu beg. Tak payah bawa beg banyak-banyak kerana hanya satu malam sahaja. Ammar sebagai 'suri rumah' mereka mengemas beg dengan kemas sekali. Ada seketika dia merungut. Kawan-kawannya hanya mencampak baju, seluar ,boxer mereka didalam beg. Ingat muat ?? dia dengan sukarelanya melipat semua baju. Selepas siap  beg itu diletakkan di bonet kereta. .

"Wei.  Susu jangan lupa bawak.  " Aris mengingatkan.  Mamat yang berada didapur segera mengeluarkan susu yang berada didalam peti ais.  Sesudah itu mereka menuju ke destinasi yang ingin ditujui.

Hanya mengambil  masa  dalam 3 jam sahaja mereka ke sana.  Hanya berhenti makan dan solat  asar di R&R.  Tempat pertama mereka tujui ialah rumah Mak Long.  Mereka berehat sebentar kerana sebentar lagi mereka akan mendapat semula badan mereka.

________

"Assalamualaikum" mereka berlima meberi salam serentak.

"Waalaikumussalam masuk" arah wak Jombrol.  Wak mempersilakan mereka berlima masuk . "Bawa susunya? " tanya wak Jombrol.  Mikael yang memegang botol susu itu menghulurkan botol ke arah wak Jombrol. 

"Nasib kamu semua tidak minum sampai habis.  Kalau habis panjang lagi cerita ini" Wak jombrol bangun dan menuju ke biliknya.  Tidak sampai 5saat.  Wak keluar bersama bekas hitam ditanganya dan kembali duduk dihadapan mereka. 

Wak membuka bekas hitam kelihatan serbuk bewarna putih memenuhi ruang mata mereka.  Susu kambing dituang kedalam mangkuk.  Sebuk putih itu dicampur dengan susu kemudiannya dikacau sehingga sebati. Wak Jombrol membaca ayat ayat yang tidak didengari mereka.  Terkujat kamit mulutnya membaca apa tah. 

"Hirup sedikit.  Orang yang last harus menghabiskan" mereka hanya menuruti kehendak Wak Jombrol.   Mula dari Mikael dihulurkan kepada Aris kemudiannya Mamat dan terakhir Ammar.  Dengan sekali teguk habis susu itu di minum oleh mereka berempat.

"Bapak manis" kata Ammar.

"Ouh itu wak taruk gula sedikit" kata Wak Jombrol sambil mengangkat bekas hitam yang mengandu gi serbuk putih tadi.. 

"Tak pernah lagi aku jumpa bomoh pakai gula selalunya garam" kata Mamat.

"Kira ok aku bubuh gula dari aku bubuh garam hangpa  semua nanti sembur habis keluaq balik semua"

Tiba-tiba angin bertiup kencang.  Bunyi guruh berdentum,  bumbung zink Wak berbunyi kuat.  Inikah pertanda mereka akan bertukar badan kembali?  Semua teruja dlam masa yang sama takut menyelubungi mereka.  Hampir 3 minit suasan bertukar sepi.  itu tandanya sudh reda...  Tiada apa apa berlaku.  Termasuk mereka.

"Ada perubahan? " tanya wak Jombrol

"TAK! "

Body - Swap (COMPLETE) Where stories live. Discover now