Bab 2 : Mangsa baru?

370 32 8
                                    

  "KRING!"

  "Okay, kelas kita tamat sampai di sini sahaja. "

  Thorny memasukkan buku ke dalam beg sekolah. Bekal dikeluarkan. Hari ini Puan Cheri membuat roti bakar untuknya.

  "Hei, apa ni? Roti bakar ke?" Solar merampas roti bakar itu. Terkejut Thorny dibuatnya. Dia cuba mengambil roti bakar itu kembali ," Be--- be---ragi (Bagi!)"

    "Hahaha.. Sah perempuan bisu!" Bekal itu disuakan pada Hali dan Api. Api makan dengan enaknya. Hali pula makan dengan muka mendatar -_-. Thorny sudah ingin menangis. Tapi, dia tidak boleh menangis di kantin.

  "Nak nangis ke? Ngembeng!" Hina Api. Mulutnya masih lagi menguyah roti bakar itu.

Solar memandang Thorny.

Entah kenapa dia rasa sayu pada Thorny.

  "Hei, korang!"

  THREE ELEMENT memandang. Kelihatan Yaya dengan Ying dengan wajah yang marah.

  "Aduh, pengawas pula. Jom pergi," Solar,mengajak dua ahlinya beredar dari situ. Memang mereka anti dengan dua perempuan itu. Lebih - lebih lagi , Aunty Wawa, ibu Yaya rapat dengan Tuan Pengetua.

  "Awak okay, Thorny?" Yaya membetulkan tudung Thorny yang senget itu akibat berlawan dengan tiga pembuli itu. Thorny menggeleng tanda tidak apa - apa.

  "Saya ada bawa salad maa.. Ini mempunyai banyak nutrien daripada roti bakar. Kita boleh kongsi. Lagipun, salad ini kurang kalori dan mempunyai nutrien yang tinggi," bebel Ying sambil menyuakan bekalnya yang berisi salad sayuran.

Nooroo : Apa ni... kongsilah salad sikit.

Ying : Kau buat lah sendiri

Nooroo : T√T  *menangis tidak berlagu*

  Thorny tersengih. Tidak pasal - pasal  belajar tentang nutrien.

🌿🌿🌿

"KRING!"

  Loceng berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat. Thorny masuk ke dalam kelas. Yaya dan Ying ada perjumpaan ahli Kelab Rakan Pembaca lepas waktu rehat.

'Eh, roti bakar?' detik hati Thorny. Ada bekal yang berisi sekeping roti bakar. Hati Thorny girang. Dapat juga merasa air tangan ibunya sementara cikgu tidak masuk ke dalam kelas .

  Ngap!

  Thorny menguyah. Erk, kenapa rasa lain macam.

  "Blek,"lidahnya dikeluarkan. Pahit! Ubat gigi? Seriously ?! Kalau nak letak inti pun, letaklah coklat ke vanilla ke. Ini ubat gigi?!

  Kedengaran ketawa terburai. Ia datang dari tiga orang budak lelaki dan beberapa pelajar lelaki yang lain.

  "Sedap?" Hali seperti biasa, dia lebih serius orangnya. Dia tidak gelak tapi bertanya soalan bodoh dengan muka mendatar dia tu -_- .

  "Hahaha! Serius lawak. Korang memang chef yang terbaiklah! Cipta roti bersifat ubat gigi untuk perempuan bisu!"  Stanley menambah acara hinaan.

  Api hanya membuat dab. Hali hanya mengangguk - angguk. Solar melakonkan balik aksi Thorny memakan roti bakar.

Thorny tertunduk malu. Kenapa dia dibuli?

🌿🌿🌿

WAKTU BALIK...

Thorny menggalas beg sekolahnya. Hari ini dia menaiki teksi kerana ibunya sibuk di Hospital. Katanya ada pembedahan yang  melibatkan ibunya yang memegang jawatan pakar bedah.

  "Hei..."

  Thorny memandang ke belakang. Kelihatan Solar dengan muka yang sayu. Alamak, syaitan nirojim datang!

"Hei , kau tak balik ke?"

  Thorny tidak menafikan lagi. Menggeleng tidak , mengangguk pun tidak.

  " Kau nak tumpang aku?"

  Thorny memandang  Solar. Matanya terpancar mata ikhlas.

  " I love you ."

  "Ha?" Thorny tidak dengar dengan jelas kerana sibuk mengelamun. Solar hanya menggeleng. Dia menarik Thorny masuk ke dalan kereta.

  "Ehh---?" Thorny berdetik ketakutan. Kenapa? Kenapa? Apa ni?

"Oh, nama kamu siapa?" Tanya pemandu perempuan itu.

"Inilah kawan Solar ibu. Nama dia Thorny ,"  Solar yang duduk bersama Thorny memperkenalkan Thorny. Thorny hanya mengangguk sambil tersenyum manis.

"Panggil sahaja mak cik. Rumah kamu kat mana , Thorny?" Tanya ibu Solar atau dikenali sebagai Puan Aisyah.

"Ibu, dia tak boleh bercakap," bisik Solar. Puan Aisyah memahami istilah itu mengangguk perlahan. Tangan kanannya sibuk memandu dan tangan kirinya sibuk mencari pen dan buku. Pen dan buku itu dihulurkan kepada Thorny.

  "Tulis alamat rumah kamu, Thorny,"

  Thorny faham , mengambil pen dan buku itu. Ditulis pada sekeping mukasurat buku itu sebelum dihulurkan semula buku dan pen itu pada Puan Aisyah.

  "Kamu tinggal di Lot 1 , Taman Pulau Rintis? Hahaha! Dekat sahaja dengan rumah Solar. Rumah mak cik ada pada Lot 3."

  Thorny hanya mengangguk.

  Sampai sahaja di hadapan rumahnya, Thorny bersalam dengan Puan Aisyah. Thorny hanya tersenyum manis seolah olah itu ucapan terima kasih.

  "Sama - sama.."

  Sampai di rumah Solar, Puan Aisyah sengaja mengusik anak terunanya , " Kenapa kamu tersengih tu? Teringat menantu ibu ke?"

  "Hei, mana ada. Merepek je ibu ni," Solar menahan wajahnya daripada menjada tomato.

  "Ibu gurau jelah. Kalau jadi menantu ibu, ibu gembira juga."

✨✨✨

Lol. Kenapa saya guna simbol Solar.

Hohoho. Korang rasa Solar sukakan Thorny ke 😏. Macam suka je kan? Hrm. Korang nak Nooroo buat happy ending or sad ending? 😦

Nooroo ceritakan pengalaman Nooroo tengok orang kena buli. Jadi kita ambillah pengalaman tu bawa masuk dalam buku ni. Apa tunggu lagi. TEPOOKKK

 

Arigatou (BBB)Where stories live. Discover now