Thorny menguyah sandwich yang terakhir. Dia sedang menonton Ejen Ali ,Misi : Legasi. Dalam hatinya bersorak apabila Ejen Ali sudah berubah kepada overide mood
"Thorny ,kawan - kawan kamu dah sampai." Ujar Puan Cheri. Yaya, Ying dan Ice masuk ke dalam. Muka Ice nampak mengantuk sangat seperti tidak tidur selama seminggu.
"Thorny, kau sihat?" Tanya Yaya , lembut. Thorny hanya mengangguk sambil tersenyum.
Thorny menulis sesuatu di atas sehelai kertas. Diserahkan kertas itu kepada Yaya.
Apa yang berlaku waktu
saya pengsan lemas
haritu?-Thorny-
"Oh, haritu lu lemas woo... Solar orang paling risau. Ada orang kata Solar yang bagi bantuan pernafasan pada kau," terang Ying. Mulutnya penuh dengan biskut buatan Puan Cheri.
Thorny serta merta blushing . Bantuan pernafasan? Maknanya--- Solar ci--- Argh!
"Ya, kau bernafas semula tapi tak sedarkan diri-- huargh..." Ice mengoyoh matanya sebelum menyambung," cikgu telefon aunty Cheri dan uncle Alix yang kau lemas kat sekolah."
Lemas? Dia lemas? Yalah takkan berjoget pula!
"Sebenarnya.."
Yaya mengetap bibir. Ying memeluk bahu Yaya, bagaikan sesuatu yang sedih berlaku pada Yaya.
"Saya akan berpindah ikut papa ke Kedah. Papa dinaikkan pangkat menjadi guru penolong kanan di sekolah sana. Jadi --- saya--- kena tsk.. tsk.. ikut keluarga saya berpindah.."
Ice dan Thorny terdiam.
Thorny tersenyum. Dia tidak sedar air matany sudah mengalir di pipinya.
Sekali lagi, Thorny menulis sesuatu di atas kertas.
Arigatou
" Arigatou ? " Yaya mengerutkan dahinya. Ying tersedu - sedan menangis sambil memberitahu maksud ayat jepun itu, " Arigatou bermaksud terima kasih,"
"Kenapa awak berterima kasih?"
Terima kasih jadi kawan saya
Terima kasih sudi bantu saya
Terima kasih selalu ada saya
Terima kasih atas segalanya.Jangan lupakan saya.
"Thorny..." Yaya mengalirkan air mata.
Thorny mengangguk. Matanya berwarna hijau polos itu membuktikan keikhlasannya. Ya, ucapan terima kasih.
"Saya pun-- nak ucap terima kasih juga. Terima kasih datang ke dalam hidup saya. Terima kasih kerana wujud. Terima kasih kerana sudi menceriakan hidup saya walau sekejap!" Yaya meraung menangis sambil memeluk Thorny," Terima kasih.. terima kasih sangat - sangat..."
Ying dan Ice menyertai Thorny dan Yaya. Mereka menangis beramai - ramai. Ice yang mulai mengenali mereka juga turut menangis.
Xxxgambar
Solar menongkat dagu. Dia menyentuh bibirnya sendiri. Teringat dia membuat bantuan pernafasan pada Thorny.
Entah...
Solar menekup wajahnya yang terasa panas membahang. Tidak, hati ini hanya untuk Taufan Wind.
Dia perlu hilangkan perasaan ini.
📺📺📺
Ochobot : Bila watak aku nak muncul pula?
Taufan : Yalah!
Nooroo : Diamlah -_-#
Maaf kalau pendek.
Tag :
GegegirlThunder YaaSuha natnajwa DarkNshades princesshero02 i_am_kacang
YOU ARE READING
Arigatou (BBB)
RandomThorny Leaf , gadis yang bisu. Dia baru sahaja berpindah ke Sekolah Menengah Pulau Rintis. Nasib dia bertambah malang apabila dia dibuli oleh kumpulan THREE ELEMENT , lagi lagi ketua kumpulan dia adalah Solar Light. Nasib baik kawannya, Yaya dan...